Keesokannya mereka pulang ke rumah papa dan mama. Sebelum pulang, Nuh membawa Izzah ke kafe Ghazi yang baru dibukanya pada hari itu. Ghazi sengaja memilih tarikh opening pada hari itu kerana ingin Nuh ada bersamanya. Sepupu yang paling rapat dan dia juga menganggap Nuh sebagai abangnya.
"Siapa punya kafe ni sayang?" Soal Izzah. "Jomm masuk, nanti sayang tahu.." Izzah pamer senyum.
"Bukan sotong kan?" Nuh kerutkan dahinya. "I tak sanggup tau tidur luar.." Izzah tertawa. "Perli I lah tu.." "Jommm.." ajak Nuh.
Masuk sahaja di kafe itu, Izzah teruja. Cantik dan bau coffee yang menenangkan. "Dah sampai pun.." kata Ghazi kepada Nuh dan Izzah. "Sorry lambat sikit, ada hal sikit dekat rumah.." Izzah memandang suaminya. "Hal apa ajelah kau tu.." Nuh pamer senyum. Izzah menjeling suaminya.
"Jomlah duduk sana. Aku dah reserved untuk korang.." Nuh dan Izzah terus sahaja mengikuti langkah Ghazi.
"Toilet dekat mana?" Tanya Nuh. "Dekat belakang. Nak aku teman ke?" Nuh mengecilkan matanya. "Ingat aku budak-budak?" "Manalah tahu, kot sesat.." balas Ghazi. Nuh bangun dan Ghazi menemani Izzah di situ.
"You sihat tak Izzah?" Tanya Ghazi. "Alhamdulillah, sihat aje. Tapi biasalah tengah mood swing ni, ada masa tak okay juga.." balas Izzah.
"Faham..biasalah tu orang mengandung. You nak air apa? Tapi, boleh ke minum coffee?" Izzah pamer senyum. "Boleh aje..apa yang paling special?" Tanya Izzah. "You duduk aje, I buatkan paling special untuk korang berdua.." "Sounds good." Balas Izzah sambil tersenyum. Tidak lama kemudian Nuh kembali semula ke meja itu.
"Sayang dah order ke?" Tanya Nuh. "Ghazi dah buatkan. Dia kata, nak bagi yang paling special.." "Wow! Macam menarik aje.." "Kann??" Izzah melihat sekeliling kafe itu.
"Cantik kafe ni, I suka.." kata Izzah. "Kalau you nak tahu, dari dulu lagi Ghazi simpan impian nak ada kafe macam ni. Sekarang dia dah mampu, dia buka juga kafe ni. I tahu dia struggle." Balas Nuh. "Lepas tu sayang, kerja dia macam mana?" Tanya Izzah. "Kerja macam biasa, tapi nanti dia akan datang setiap hari lepas balik kerja. Macam yang Ghazi cakap, untuk permulaan ni dia akan kerap datang. Nanti, dah stabil sikit mungkin dia akan datang on weekend aje." Jelas Nuh.
"Fahammm..I rasa okay aje macam tu. Cuma I harap dia tak stress lah. Nak buat dua kerja dalam satu masa bukan perkara yang mudah tau. I tengok along dulu pun boleh tahan.." kata Izzah.
"Awal-awal memang susah kot sayang. Lama-lama In shaa Allah okay tu." "In shaa Allah.." Tiba-tiba Izzah teringatkan Naura. 'Okay ke kakak ipar tuu?' Kata Izzah dalam hati. "Sayang, I nak pergi tengok kek dekat chiller tu kejap.." Nuh mengangguk kepalanya.
Terliur Izzah melihat pelbagai jenis kek yang ada. Rasanya seperti ingin dibeli semuanya. Semua nampak sedap dan menyelerakan. Sedang Izzah memilih kek di situ, ada seorang lelaki datang di sebelah Izzah.
"Nampak sedap kan semua?" Izzah pamer senyum. "Itulah, I pun tak tahu nak pilih yang mana satu." Balas Izzah ramah. "Tapi, kalau I..I pilih you.." Izzah tertawa. "Punch line ke?" Izzah menggeleng kepalanya. Lelaki itu tertawa. Sebenarnya dari awal tadi dia memerhatikan Izzah dan dia menunggu masa sahaja untuk berada dekat dengan Izzah.
Entah kenapa Nuh tidak berasa tidak senang dengan lelaki di sebelah Izzah itu. Dia bangun lalu menghampiri isterinya. Dirangkul pinggang Izzah dihadapan lelaki itu.
"Sayang dah pilih?" Izzah terkejut dengan kedatangan suaminya. "Tak tahu nak yang mana.." balas Izzah.
"You pilihlah dulu.." kata Izzah kepada lelaki itu. "Kawan sayang? Kenapa tak kenalkan?" Tanya Nuh. "Ohhh..bukanlah sayang..baru aje kenal dekat sini.." balas Izzah. Nuh kemudian menghulurkan tangan untuk bersalam. "I suami dia.." lelaki itu hanya pamer senyum dan dia terus sahaja memilih kek di situ.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.