NL❤️IS 28

2.1K 106 78
                                    

"Ibu, abah.." Izzah memeluk kedua orang tuanya.

Janganlah nangis, patut dah ada suami seronok duduk dengan suami. Kenapa nak nangis?" Soal ibu. Izzah mencebikkan mulutnya. "Memanglah seronok, tapi nanti Izzah jarang duduk sini." Ngongoi Izzah.

"Berlakon aje kau ni. Padahal seronok nak tinggalkan rumah ni. Dapat berkepit aje dengan suami kau tu." Balas Syakir.

"Cakap dengan cermin ke along????" Perli Izzah. Syakir geram sahaja dengan adiknya itu.

"Nuh.." panggil abah. "Iya abah.." "Dah duduk sekali ni nanti, ada perangai kita yang pasangan baru tahu. Baik kamu atau Izzah, kena selalu saling memahami. Biasalah, semua orang ada kekurangan. Jangan cepat melatah. Isteri kena hormat suami, suami kena hormat isteri. Kalau gaduh, jangan lama-lama. Salah sorang kena mengalah." Kata abah penuh nasihat itu.

"Terima kasih abah. In shaa Allah, Nuh dengan Izzah ingat semua pesan abah." Abah senyum memandang menantunya itu.

"Baju semua dah bawa ke ni?" Soal ibu. Izzah mengangguk. "Ala ibu, dia bukan pakai baju pun duduk rumah. Tak sempat pakai.." Syakir menyampuk. Izzah menjeling tajam. "Dengkilah tu..." balas Izzah tidak mahu kalah. Izzah bersalam dengan semuanya dan berakhir dengan Syakir.

"Cium tangan aku, banyak dosa kau ni.." arah Syakir dengan gaya berlagaknya. "Kau yang suka cari pasal dengan aku tau.." balas Izzah. Izzah terus sahaja mencium tangan abangnya itu. Syakir memeluk adiknya erat. Bergenang air mata Izzah. Orang yang selalu menjaga dan melindungi dirinya. Rasa macam tidak percaya dia sudah berkahwin dan akan mengikut suaminya keluar daripada rumah itu.

"Jaga diri. Jaga suami, jaga perangai. Jangan tunjuk sangat keras kepala kau tu. Dengar cakap suami. Sekarang ni, dosa kau suami yang tanggung. Sebelum nak buat apa-apa fikir panjang dulu. Jangan lari dari rumah." Sempat Syakir menjeling isterinya Naura. Naura buat tidak tahu sahaja. Solat jangan tinggal. Kalau lambat tu aku faham." "Apa yang faham?" Soal Izzah. "Mandi wajib...." Balas Syakir mengusik. "Awwww!! Sakitlah!!" Izzah mencubit perut abangnya itu. 'Menyempat aje..' bisik Izzah dalam hati. Semua tertawa melihat telatah dua beradik itu.

"Aku sayang kau dik, kalau ada masalah..settle elok-elok." Pesan Syakir ringkas tapi sangat bermakna. Izzah hanya mengangguk. Tidak mampu untuk menjawab kerana dia sangat sebak.

"Thank you along." Balas Izzah. "Nanti, aku pergi rumah kau tinggal anak-anak tau." Syakir tayang sengihnya. "Kau nak pergi mana?" "Honeymoon.." balas Syakir dengan senyuman meleret.

"Eloklah perangai kau, nak honeymoon tinggal anak-anak. Aku rasa maknya yang menangis, kau tahu lepaskan hajat kau aje kan?" Izzah geram.

"Bawa anak-anak tu Syakir. Jangan memandai kamu nak letak dekat adik kamu." Kata abah membuatkan Syakir tersenyum kelat. "Kau memang nak malukan aku eh dikkk.." Izzah tersenyum puas. "Padan muka!" Balas Izzah.

"Syakir gurau aje abah. Tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak pun." Syakir tidak memaksudkan pun sebenarnya. Dia saja bergurau. "Abah tahu." Balas abah sambil menepuk bahu Syakir. "Bukan maknya aje nangis, dengan kamu menangis nanti." Kata abah lagi. Syakir tayang senyumnya. 'Betul lah tu abah.' Kata Syakir dalam hati.

"Nauraaaaa.." panggil Izzah.

"You jangan nak nangis ehh..kita bukan jauh pun." Naura memandang Izzah dengan muka tersebik itu.

"He he he..tahu..saje aje drama sikit." Balas Izzah.

"Alaa..tak dapatlah I duduk hotel you lagi." Nuh dan Syakir berpandangan. Naura menjeling ke arah Izzah. "Izzah pernah stay hotel sayang ke?" Soal Syakir. "Errrr..abang salah dengar tu.." Izzah diam seketika. Nuh memandang isterinya meminta penjelasan. "Baik cakap.." kata Nuh dan Syakir serentak.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now