Hari Yang Dinanti..
Hari bersejarah yang bakal menyatukan Nuh Luqman dan Izzah Syakirah. Hati mana yang tidak berdebar. Nuh telah menggunakan bilik hotelnya sebagai persiapan dia dan Izzah yang akan menjadi raja sehari. Biliknya itu adalah connecting room yang boleh menghubungkan mereka berdua tetapi buat masa sekarang itu, mereka bersiap di bilik masing-masing seperti yang telah ditetapkan. 'Belum sah lagi.'
Pernikahan mereka diadakan di sebelah pagi dan malam itu merupakan malam resepsi buat mereka. Keesokannya mereka akan meninggalkan bumi Sabah untuk berbulan madu.
"I yang perempuan ni melopong mulut tengok you cantik macam ni..macam mana lah suami you tengok you eh?" Kata Arya iaitu makeup artist kepada Izzah itu.
"You ni..janganlah memuji sangat. Biasa aje I ni.."
"Biasa?? Orang cantik macam tulah kan..selalu tak mengaku cantik.." Izzah tersenyum. "Semua orang cantik, you pun cantik." Balas Izzah. "Bagus you ni..sebab tu, suami you pilih you jadikan isteri.." Izzah tertawa. 'Mesti handsome kan Nuh tu..' getus hatinya.
"Doktor..." panggil Auza.
"Hurmm..masa dah time.." Izzah mengangguk faham. Masa untuk dia turun dan semua sedang menunggu pengantin perempuan masuk ke Hall Debunga itu.
"Nervous?" Tanya Auza. Izzah mengangguk. "Cantiknya doktor.." Auza memuji. "You janganlah Auza. I nervous betul ni."
"Sabarlah..husband doktor handsome betul tau." Semasa Auza berada di bawah, dia sempat juga melihat pengantin lelaki. Tidak dinafikan, Nuh Luqman itu sangat handsome. 'Kalau macam ni punya elok, aku pun duduk dalam bilik aje..' kata Auza dalam hati. Auza menggeleng kepalanya. 'Gila kau tengok laki orang!'
"You jangan nak imagine laki I eh! I pun tak rasmi lagi tau.." Auza tertawa. "Hebat betul doktor, boleh fikir apa yang I fikir." Izzah mengecilkan matanya. "Cucuk mata you nanti!" Balas Izzah bergurau. Auza hanya tertawa.
"Jom..." ajak Auza. Mereka menuju ke lif dan beberapa minit kemudian, sampai di ground floor itu. Maklum sahajalah, bilik itu di tingkat atas sekali dan perjalanan untuk turun itu mengambil masa sedikit.
Kini, Izzah dan Auza sudah bersedia di luar pintu Hall Debunga itu. Ibu juga sudah berada di sisi Izzah. Ibu memandang anak perempuannya itu. "Cantiknya anak ibu.." puji ibu sambil dia merangkul pinggang anaknya. "Anak ibu mestilah cantik.." balas Izzah sambil tersenyum. Izzah bukan apa, cuba mengurangkan rasa gementarnya itu.
Perasaan itu semakin berdebar sebaik sahaja diumumkan untuk masuk. Izzah berjalan dan ibu mengiringi Izzah sehinggalah ke pelamin yang telah disediakan. Sepanjang Izzah berjalan, banyak mata yang memandang dan rata-ratanya memuji kecantikan Izzah.
Nuh yang berhadapan dengan jurunikah itu juga tidak berkelip matanya memandang ke arah bakal isterinya itu.
"Sabar sikit..malam nanti tengok puas-puas.." bisik Syakir perlahan. Nuh buat tidak tahu. Dia sudahlah cukup nervous, nampak pula bakal isteri cantik bak bidadari..semakin tidak fokus dirasakan.
"Sabar pengantin lelaki.." kata jurunikah itu dengan nada bergurau. Nuh tersenyum sahaja.
"Boleh kita mulakan.." Nuh mengangguk laju. "Haa, laju mengangguk yee.." jurunikah itu mengusik dan semua yang berada di situ turut tertawa.
"Bismillah....."
Dengan sekali lafaz, Nuh Luqman sah menjadi suami kepada Izzah Syakirah. Bergenang air mata Izzah dan dia memeluk ibunya. Atas persetujuan bersama, jumlah wang hantaran itu dirahsiakn dan biarlah ianya kekal menjadi rahsia.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.