Nuh baru sahaja ingin masuk ke dalam rumah dan tiba-tiba..
"Luq..." panggil Darya. Nuh menoleh dan dia terkejut melihat Darya berada di situ.
"Ma-macam mana you tahu rumah I?" Soal Nuh gagap.
"I dah lama cari you, Luq.."
"Untuk apa, Darya? Tak cukup lagi ke apa yang I dah cakap masa dekat hospital tempoh hari? I nak kena guna bahasa apa bagi you faham ni???!" Naik seoktaf suara Nuh.
"Luqqqqq..." Darya memegang tangan Nuh.
"Hands off, Darya!!!" Nuh merentap kasar tangannya daripada terus dipegang.
"Maafkan I Luq..I masih sayangkan you.." Darya mengalirkan air mata. Dia merayu sepenuh hatinya.
"Pergi mati dengan you punya sayang Darya! Sekali lagi I cakap, jauhkan diri you daripada I dan tunang I!!! You dah bercerai ke apa, itu bukan masalah I! I nak you ingat dalam kepala you, I hanya cintakan Izzah Syakirah. Tolong ingat!" Nuh mendengus kasar.
"You mampu Luq, I sanggup jadi nombor dua." Kata Darya tanpa berputus asa. Nuh memandang tajam ke arah Darya. Hatinya membara ketika itu.
"Aku bukan jenis lelaki yang nak menduakan orang yang aku cinta tambah lagi insan bernama isteri. Cinta aku hanya untuk seorang perempuan yang setia dan sanggup susah senang dengan aku. Kau pernah dapat peluang tu, tapi kau sendiri tak hargai peluang tu dulu. Kau tahu betapa hancurnya hati aku bila dapat tahu kau nak kahwin dengan orang lain? Kau tau rasa sakit tu macam mana? Kau tahu tak????!!! Mencerun pandangan Nuh terhadap Darya. Darya menunduk pandangannya ke lantai. "Kau tahu kenapa aku bawa diri? Kau tahu tak kenapa Darya??????!!!!" Tengking Nuh. Dia sudah tidak boleh berlembut dengan Dilla Darya. Darya pula hanya diam dan menanti bicara Nuh selanjutnya.
"Sebab aku tak suka hancurkan kebahagiaan orang yang aku sayang. Aku redha semuanya bila kau pilih dia sebagai suami kau. Aku berjanji dengan diri aku yang aku tak akan muncul lagi depan kau. Aku tak nak ada rasa sakit yang boleh mengundang rasa dendam dalam diri aku. Aku pilih untuk pergi jauh." Jelas Nuh. Dia sedang mengawal emosinya. Kalau diikutkan hati, mahu ditampar sahaja Dilla Darya itu.
"I tak cintakan dia, Luq. Tu semua pilihan keluarga I.." Darya tidak mahu kalah.
"Bukan masalah aku..." balas Nuh.
"Tolong Nuh..I merayu, kita akan lebih bahagia lepas ni.." rayu Darya.
"Ha ha ha.." Nuh ketawa sinis. "Bahagia? Kau buat lawak apa ni Darya??? Kau nak apa sebenarnya? Harta aku? Kenapa? Bekas suami kau tak cukup kaya ke? Bukan itu yang family kau banggakan?!!" Perli Nuh. Darya semakin teresak dengan tangisannya. Dia tahu Nuh sangat marah dan membenci dirinya. Dahulu, dia juga tidak mempunyai pilihan. Dia tidak berani untuk membangkang keputusan keluarganya.
"Kenapa diam??? Betulkan apa aku cakap? Kau dengan family kau sama aje. Tamak!" Nuh merengus kasar. Darya tidak mampu untuk berkata. Hanya tangisan yang mengalir laju.
"Baliklah Darya. Aku rasa aku dah beritahu apa yang perlu kau tahu. Kita memang bukan ditakdirkan untuk bersama. Daripada awal, semuanya tidak mudah Darya. Aku perlukan perkahwinan yang mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. Kita berkahwin hanya untuk sekali seumur hidup dan hal itu hanya akan terjadi dengan tunang aku yang bakal menjadi isteri aku. Dia segalanya bagi aku, Darya. Kau baliklah.."
"Tak akan tak ada sikit pun ruang untuk I dalam hati you, Luq? I sanggup tunggu you Luq. Mana tahu kalau satu hari you cerai, I tetap ada untuk you Luq." Darya seperti gila bayang. Nuh semakin hilang sabar. Dia tidak sangka, sejauh itu Darya boleh berfikir tentang dirinya.
"Jadi perempuan biar ada maruah, Darya. Jangan disebabkan perangai murah kau ni, kau rosakkan semua orang yang berstatus macam kau. Bukan niat aku untuk menghina, tapi diri kau yang membuatkan orang menginjak-injak maruah kau. Balik!!!!!" Nuh menghalau Darya. Air mata Darya semakin laju dan dia tidak sangka Nuh melayannya seperti itu.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.