Nuh telah memberitahu kepada kedua ibu bapanya akan kehendaknya untuk meminang Izzah Syakirah. Papa dan mama juga tidak membantah dan mereka tahu pilihan Nuh pastinya yang terbaik. Sewaktu mereka membeli cincin tempoh hari di kedai jewellery terkemuka, mereka terserempak dengan Nazreen juga anak perempuannya Ayla.
~Flashback~
"Aunty!!!!" Jerit Ayla. Izzah menoleh dan melihat Nazreen dan anaknya. Nuh yang berada di sebelah Izzah memandang senyum ke arah Ayla.
"Heii sayang..buat apa dekat sini?" Nazreen bersalaman dengan Nuh.
"Saja..jalan-jalan..." balas Ayla. "Jalan-jalan? Tak sekolah ke?" Soal Izzah. Ayla tayang sengihnya. Izzah memandang ke arah Nazreen. "You ajar dia tak pergi sekolah ke Nazreen?" Soal Izzah.
"Bukan macam tu..Ayla tadi pagi sakit perut, lepas tu dia tak larat nak pergi sekolah.." Izzah mengangguk faham. "Dah jumpa doktor?" Soal Izzah. "Ini you ada, kira doktor juga kan?" Balas Nazreen. Wajah Nuh masih beriak biasa. "I tak main-main Nazreen..you kena bawa jumpa doktor.." kata Izzah tegas.
"Risaunya you dekat Ayla. Boleh jadi mummy Ayla macam ni.." Nazreen tertawa kecil. Nuh yang mendengar sudah mengepal tangannya. 'Kau ni, aku sabar aje dari tadi..' getus hati Nuh.
"I risau, sebab itu dah memang kerja I. Jangan anggap sakit perut tu perkara yang kecil. Macam-macam boleh jadi, tambah pula umur macam Ayla ni." Balas Izzah.
"Jangan risau..I dah pergi klinik..doktor cakap, maybe dia ada salah makan. I dah bagi makan ubat, itu nampak dia bertenaga sikit. Tapi itulah, dia request bawa pergi mall nak beli toys pula." Nazreen tersenyum memandang anaknya.
"Good girl, sayang..makan ubat tau.." "Okay aunty cantik!" Balas Ayla ceria.
"Jom sayang..kita ada banyak hal nak settle ni.." ajak Nuh. Dia tidak betah berada di situ. Melihat muka Nazreen, hilang sabar juga dibuatnya. Bercakap tidak menghiraukan perasaan orang lain.
"Sorry Nazreen. I kena pergi dulu. Bye Ayla..jaga diri tau sayang.." Izzah mengelus lembut pipi mulus anak kecil itu. "Bye aunty.." balas Ayla.
Izzah dan Nuh meminta izin untuk beredar daripada situ."Ayla suka aunty tu papa.." Nazreen tersenyum. "Kalau suka, Ayla doakan untuk papa dengan aunty lah macam tu.." "Doa apa papa?" Soal Ayla. Nazreen mengusap kepala anak perempuannya. "Doakan semoga aunty boleh jadi mama Ayla.." balas Nazreen. "Haaa? Boleh ke papa? Aunty kan dah ada uncle handsome?" Soal Ayla. Nazreen terdiam seketika. "Doa yang baik-baik..mana tahu, Allah makbulkan doa Ayla..doa anak kecil, Allah cepat makbulkan." Balas Nazreen. "Yeayy! Ayla doalah macam tu..Ayla suka aunty, aunty baik.." Nazreen tersenyum. Dia tahu anaknya rindu dengan belaian seorang insan bernama ibu. Mungkin apabila Izzah melayannya dengan baik, terubat juga rindunya itu. 'Izzah Syakirah..' gumam Nazreen perlahan.
Nuh dan Izzah terus sahaja masuk ke kedai jewellery itu bagi membeli cincin pertunangan. Nuh ingin Izzah memilihnya sendiri. "Yang ni cantik tak Nuh?" Soal Izzah. "Ermm..cantik, tapi cuba tengok sebelah dia..I rasa tu lebih sesuai dengan you." Balas Nuh. Izzah kemudian mencuba seperti yang dicadangkan Nuh dan nampaknya pilihan Nuh menjadi pilihan Izzah.
"Betul nak yang ni?" Soal Nuh. Izzah mengangguk laju. "Confirm, sayang.." Balas Izzah. Nuh tersenyum. "Tak boleh ke kita kahwin je terus?" Soal Nuh dengan sengaja. "Kenapa tak sabar sangat?" Tanya Izzah. "You panggil sayang pun, I dah turn on tau.." Izzah memandang Nuh atas dan bawah. "How's your big d**k? Sihat?" Bisik Izzah perlahan. "Izzah Syakirah...." panggil Nuh meleret. Nuh meraup mukanya. 'Boleh gila!!' Getus hati Nuh. Izzah tertawa. Dia sengaja mengusik Nuh kerana dia tahu kelemahan terbesar Nuh adalah dirinya. Yakinnya Izzah?
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.