"Buatkan air lagi boleh?" Izzah mengetap bibirnya. "Banyak ke sikit?" Soal Izzah. "Ikut you, sayang..." balas Nuh menggoda. Izzah senyum nakal. "Jommm.."
Nuh tidak sampai hati untuk memberitahu Izzah hal yang sebenar tambah pula dengan keadaan Izzah seperti itu. Apa yang boleh Nuh lakukan hanyalah menjaga dan melindungi Izzah sebaik mungkin. 'You akan selalu selamat bila dengan I, sayang..' kata Nuh dalam hati.
Keesokannya, mereka bersiap untuk pulang semula ke Kota Kinabalu. Nuh mahu Izzah berehat di rumah sahaja tetapi sebenarnya Nuh mempunyai urusan bersama Syakir.
"Sayang..kita singgah rumah Syakir boleh?" Tanya Nuh kepada Izzah. "Kenapa sayang?" Soal Izzah. "Saja aje..sebab Syakir nak bincang pasal event Visit Sabah untuk next project." Izzah kerutkan dahi. "Dekat rumah?" Nuh angguk kepalanya. "Sampai ke rumah hal kerjanya.." "Nak buat macam mana sayang..bukan senang jadi ketua.." Izzah senyum segaris. "I tak kisah, boleh sembang dengan Naura." Nuh tersenyum lalu mencium bibir isterinya.
"Thanks sayang, thanks sebab faham kerja I.." "Ingat free ke?" Izzah senyum nakal. "I tak kisah, you yang penat nanti. Macam you cakap, I reti kejap ke?" Izzah mencebikkan mulutnya. "Gatal..." balas Izzah. "Ha ha ha.." Nuh tertawa,
Perjalanan selama dua jam itu akhirnya sampai di rumah abang iparnya. Turun sahaja kereta Naura terus mendapatkan Izzah. "You ni kann..kenapa lari?" Izzah tayang sengih. "I belajar dari you tau.." balas Izzah. "Lain kali lari jauh sikit, biar teruk laki you cari.." bisik Naura. Izzah mencebikkan mulutnya. "Takutlahhh.." Naura ketawa. "Jomlah masuk..diorang tu ada hal kerja, kita sembang sampai lebam.." Izzah laju angguk kepalanya.
Sebaik sahaja Syakir dan Nuh berada di bilik kerja, mereka memulakan perbincangan itu. "Kau kenapa tak beritahu aku?" Soal Nuh. "Kau dah la dengan Izzah macam tu.." balas Syakir. "Kau dah jumpa jantan tu?" "Dah, tapi Yara kata biar dia uruskan." Balas Syakir. "Dia ni yang buat onar masa dekat kafe Ghazi hari tu.." tambah Nuh. "Itulah, kalau dah sampai semenanjung dia ikut maknanya diorang ni tengah plan sesuatu." Balas Syakir. Nuh mengeluh perlahan. "Dia dah beritahu siapa upah dia?" Tanya Nuh dan Syakir geleng kepala. "Mampuslah dia nak mengaku.." balas Syakir lagi.
"Kau dah jumpa Affan?" "Esok, in shaa Allah..tapi, aku nak cakap apa dengan Izzah?" Soal Nuh. Syakir mula berfikir. "Cakaplah nak jumpa Alma.." "Elok aku tak payah tanya kau kot.." Syakir ketawa. "Alahhh, sejak nak jadi bapa orang ni..sensitif macam Izzah dah.." perli Syakir. "Kau pun idea yang bukan-bukan juga.." balas Nuh. "Kau yakin ex kau tak terlibat dalam hal ni?" Syakir memandang Nuh. "Hurmm..itu yang buat aku terfikir..dia nak apa lagi?" Nuh berdecit perlahan. "Dia sakit hatilah tu.." "Dia nak sakit hati kenapa? Dia yang tinggalkan aku dulu.." "Manusia ni Nuh, benda dah tak ada depan mata baru nak menyesal." Balas Syakir. "Mungkin..dan pada masa tu aku tak ada apa-apa.." Syakir senyum segaris. "Jadi orang macam kita ni susah Nuh.." "Maksud kau?" Tanya Nuh. "Mudah kena sondol..hot lah katakan.." "Teruk perasan kau ni.." "Ha ha ha.."
"Habis tu? Kita tak boleh jumpa jantan tu ke?" Tanya Nuh lagi. "Yara kata untuk sekarang, jangan dulu. Itu kerja dia. So, kita tunggu update ajelah..dan aku rasa, dialah orang yang langgar kau dulu.." Nuh memandang abang iparnya. "Kau yakin?" Syakir menjungkit bahunya. "Kalau ikut logik, boleh jadi. Sebenarnya, dah lama diorang plan. Cuma nak pastikan siapa yang upah dia sebenarnya dan dalam kepala aku cuma sorang." "Siapa?" Soal Nuh. "Dua orang yang kau nampak masa dekat hospital dulu..ingat?" Soal Syakir. Nuh diam seketika. "Tak apa, kau tenang aje. Dia boleh game kita, kita balas dengan cara paling halus. Buat biasa tapi jangan sampai masuk perangkap dia.." Nuh angguk faham.
"Kau rasa perlu ke aku beritahu Izzah?" "Jangan dulu. Kau tahu kan perempuan mengandung macam mana emosi dia.." balas Syakir. "Tapi, aku risaukan dia." "In shaa Allah, janji kau jaga dia elok-elok.." Syakir menepuk bahu adik iparnya. "Mana kau kenal Ithar?" Soal Nuh. "Dah lama kenal. Parents dia kawan baik abah dengan ibu dulu. Tapi, itulah umur diorang tak panjang." "Dia baik, kau jangan risau." "Itu aku tahu. Cuma aku pelik aje macam mana dia kenal korang berdua." Syakir senyum tawar. "Kes parents dia dulu, Yara yang handle. Kau faham maksud aku?"
Soal Syakir. Nuh seakan mengerti. "Family dia bukan biasa-biasa." Nuh angguk faham. "Jomlah turun, kesian isteri-isteri kita yang perlukan belaian.." ajak Syakir. "Membelai ajelah kau tu.." "Naura cantik kan? Makin geram aku.." Nuh geleng kepalanya. "Tak sia-sia aku melabur dekat isteri tercinta." Tambah Syakir lagi.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.