"Assalammualaikum.." mereka berdua memandang serentak ke arah suara itu.
"Waa-laikum-salam.." balas Nuh dan Izzah. Dilla tersenyum memandang mereka berdua. Berubah wajah Nuh apabila melihat Darya di situ.
"Sorry kacau korang." Kata Dilla. Izzah pamer senyum dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Dilla menyambut dan terus sahaja dia memeluk Izzah. Nuh memandang tepat ke anak mata Dilla Darya. Seketika, pelukan dileraikan.
"Kau nak apa Darya? Kau lupa apa aku dah pesan dekat kau?" Izzah menyinggul lengan suaminya. Nuh buat tidak tahu sahaja. Dia betul tidak senang dengan kedatangan Darya di situ. "You sihat Dilla?" Darya mengangguk kepalanya. "You?" Soal Dilla pula. "Alhamdulillah, sihat aje." Balas Izzah.
"Errr..sorry Dilla, I ada kerja sikit. I pergi dulu.." pinta Izzah. Nuh terus menarik tangan Izzah. Darya memandang sepi sahaja. 'Sampai macam tu sekali you benci I Luq..' getus hati Darya.
Nuh menghantar Izzah ke biliknya. Hilang mood dirasakan apabila Darya berada di situ. Izzah tahu, Nuh tidak suka tetapi dia tiada masalah dengan Dilla. 'Kenapa perlu aku membenci?' Kata Izzah dalam hati.
"Sayangggg.." Izzah cuba memujuk suaminya.
"Hurmmm.." "Kenapa ni?" Nuh memandang wajah isterinya. "I tak suka dia, sayang.." Izzah pamer senyum. "Sayanggg..I tahu, antara you dengan dia pernah ada kenangan. Tapi, perlu ke suami I ni layan dia macam tu? Kalau sekalipun you tak suka dia, janganlah buat dia macam tu. Tak baik tau sayang.." lembut sahaja tutur Izzah memujuk Nuh. Nuh menarik dalam nafasnya dan dilepaskan perlahan. "Jangan positif sangat, sayang. Kita tak tahu niat orang. You pun tahu apa yang dia pernah cakap dekat I." Kata Nuh.
"I tahu tu sayang. Tapi, semuanya bermula dekat sini." Izzah meletakkan tangannya di dada Nuh. Nuh merenung wajah isteri tersayang. "I percayakan you, I tahu you tak kan beralih arah. Tanya diri you, sayang. Perlu ke kita bermusuh untuk perkara yang lepas? Kalau dia ada niat tak baik sekalipun, kita tak boleh layan dia macam tu. Sebab kita akan nampak sama macam dia. Kalau you rasa tak okay, kita hati-hati aje. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali." Izzah memandang suaminya itu. Dia tidak suka Nuh berfikir yang tidak baik. Seketika, Nuh berasa tenang dengan kata-kata isterinya.
"Sebab tu I cintakan you, sayang. You tenangkan seluruh jiwa dan raga I. I manusia biasa, tak lari daripada ada rasa macam tu. I faham semua yang you cakap. Tapi, tetap hati-hati tau." Izzah pamer senyum. "Nak ni??" Jari Nuh bermain di bibir isterinya. "I ada appointment tau." "Kejap aje.." "I tak percaya....." balas Izzah meleret. "Sini..." terus sahaja Nuh mengucup bibir isterinya.
10 minit kemudian..
"Doktor..appointment dah ready.." Auza terus masuk ke bilik Izzah tanpa mengetuknya dahulu. Terlerai ciuman mereka. Auza terpana. "Errrrr..sorry, saya tak tahu.." Mereka saling berpandangan. Merona merah muka Izzah. Nuh beriak selamba sahaja.
Auza terus sahaja meletakkan rekod perubatan itu di atas meja Izzah dan dia berlalu keluar. "Saya minta maaf sekali lagi.." berdesup Auza keluar daripada bilik itu. Nuh dan Izzah tersenyum sendiri. "Kesian tau sayang, dah la dia single..teringin nanti macam mana?" Kata Izzah sambil dia membetulkan bajunya. "Kahwinlah kalau teringin.." balas Nuh bersahaja. "Hurmm, berlagak eh dah kahwin???" Perli Izzah. Nuh tertawa. "Seronok tau kahwin.." Nuh bangun dan dia mengucup pipi isterinya. Izzah menjeling manja. "I tunggu you dalam kereta.." "Kata nak masuk office?" Tanya Izzah. "Tak jadi.." "Sebab?" "Perempuan tu ada dekat sini. I tak nak dia buat apa-apa dekat you.." jelas Nuh.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.