"Nuh??" Izzah meneguk liurnya dan renungan Nuh sangat tajam memandangnya ketika itu.
Nuh mendekat ke arah Izzah dan Izzah sangat kaku ketika itu. Nuh memandang tajam ke arah Nazreen yang sangat tidak faham bahasa itu.
"You buat apa ni Izzah?" Soal Nuh yang cuba mengawal nada suaranya.
"I...I tak buat apa-apa pun Nuh. Kenapa you tak beritahu you balik?" Soal Izzah. Nuh mengerutkan dahinya. "Kenapa? Salah?" Soal Nuh sinis. Izzah memandang anak mata Nuh dengan penuh harapan.
"I baru pergi berapa hari, you dah berani keluar dengan lelaki lain? Kalau lagi lama I pergi, you nak berscandal dengan dia pula ke?" Nuh cuba menahan sabarnya. Izzah masih memandang Nuh. Air matanya bergenang. Dia bukan seperti itu dan semua itu adalah salah faham.
"Kenapa diam? Betullah apa yang I cakap?" Nuh masih menanti jawapan Izzah. Izzah diam kerana dia cuba untuk menghadam apa yang sedang berlaku. Nuh berada dalam mood yang sedang membara dan dia tidak mahu menambahnya lagi.
"Salah faham semua ni, sayang. I tak macam yang you fikirkan." Balas Izzah tenang. Nuh tertawa sinis. "Salah faham? Depan mata pun salah faham ke?" Perli Nuh tanpa memikirkan perasaan Izzah.
Izzah tersenyum tawar. "I ingat you percayakan I, sayang. Tapi, rupanya I yang silap." Bergetar suara Izzah. Izzah terus berlalu meninggalkan lobi hospital itu. Baru sahaja Izzah melangkah, Auza memanggil Izzah.
"Doktor...." Panggil Auza. Izzah menoleh. "Sorry doktor, I lambat sikit..sorry tau.." Auza meminta maaf. Izzah tersenyum. "Tak apelah Auza, kita tak jadi pergi. Lagipun, I nak balik." Balas Izzah. Auza memandang pelik dan apabila dia melihat Nuh diam berdiri di situ dan Nazreen masih di dalam kereta, Auza seakan faham apa yang telah terjadi.
"Doktorr...." Izzah mengenggam tangan Auza dan kemudian dia berlalu pergi. Nuh memandang sepi ke arah Izzah. Nazreen pula terus keluar daripada kereta dan berlari mendapatkan Izzah.
"Aku tunang dia Nazreen!!!!!!" Jerit Nuh kuat. Semua mata tertumpu ke arah mereka. Auza memejamkan matanya. Betullah tekaannya. Terhenti langkah Nazreen. Dia menoleh ke arah Nuh dan Izzah tidak mempedulikan apa yang telah terjadi. Izzah menuju ke keretanya dan berlalu pergi.
Nazreen datang ke arah Nuh. "Se-jak bila?" Soal Nazreen. "Tak penting untuk kau tahu bila dan paling kau kena tahu dan ingat dalam kepala kau, dia tunang aku dan bakal isteri aku!" Kasar sahaja lontaran ayat itu. Nazreen diam seketika. Dia memandang Auza yang berada di sebelahnya. Auza pamer senyum dan dia meninggalkan mereka berdua di situ.
"Aku minta maaf." Kata Nazreen perlahan. Nuh merenung tajam. "Puas hati kau?" Soal Nuh. "Aku tak tahu korang dah bertunang dan semua ni salah faham." Balas Nazreen.
Nuh ketawa sinis. "Senang kau cakap kan? Benda pun dah jadi.." Nuh mahu beredar daripada situ.
"Aku minta Izzah temankan untuk cari hadiah Ayla aje Nuh. Tak lebih daripada tu." Langkah Nuh terhenti.
"Dah tak ada orang lain kau nak ajak? Kenapa mesti dia?" Soal Nuh lagi.
"Aku tahu, silap aku. Tapi, kitorang tak keluar berdua.." Nuh memandang tepat ke arah Nazreen.
"Apa maksud kau?" Soal Nuh.
"Dia pun tak nak keluar berdua dengan aku dan sebab tu dia ajak Auza sekali." Balas Nazreen. Nuh mencengkam leher baju Nazreen sekuat hatinya. "Dari tadi kau patut cakap dengan aku! Bukan kau sibuk kejar tunang orang!" Bentak Nuh. Nuh melepaskan cengkaman itu kasar sehingga tersandar Nazreen di pintu keretanya. Nuh kemudian terus sahaja berlalu dengan deruman enjin yang kuat. 'Hospital tu Nuh.'
"Kau bodoh Nuh!! Patut kau dengar penjelasan Izzah tadi." Nuh menghentak stereng keretanya kuat. Kerana terlalu cemburu dia menuduh Izzah tanpa dia tahu cerita sebenar.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.