"Kau siapa??!!" Tanya Nuh kasar. "Akulah gila!" Balas Yara. Nuh melepaskan Yara. "Kau dah kenapa?" Tanya Nuh. "Aku nak pastikan wife kau selamat." "Maksud kau?" Tanya Nuh. Yara menunjukkan sesuatu di handphone Yara. "So? Memang orang ni niat nak langgar isteri aku?" Yara angguk kepalanya. "Sial!!!" "Sabar..." kata Yara. "Isteri aku Yara.." "Tak lama lagi kita tahu siapa.." Yara menepuk bahu Nuh.
"Jaga isteri kau, aku ada aje dekat sini. Kau faham kan?" Nuh senyum segaris. "Thanks bro.." "Kerja aku.." Yara terus meloloskan diri. Tidak boleh lama kerana dia sedang 'undercover..'
Nuh terus masuk berjumpa dengan isterinya. Monyok sahaja wajah itu. "You pergi mana?" Soal Izzah dengan kedua tangan disilangkan. "Sorry sayang, jumpa Syakir dekat bawah tadi. Tengok ni, ibu bagi bekal dekat you." Izzah teruja. Wajah yang muram tadi bertukar ceria. "Lauk apa tu sayang?" "I tak tengok tapi along kata sambal udang.." Izzah telan liurnya. "Sedapnyaaaa.." "Nak makan?" Soal Nuh. Izzah angguk laju. "You tak mandi lagi kan??" Izzah tayang sengih. "Jom, I siapkan you dulu.." Nuh mencempung Izzah lalu dibawa ke toilet. Izzah merenung wajah suaminya. Izzah beruntung kerana Nuh melayannya dengan baik. "Selesa kan?" Izzah angguk kepala. "Thank you sayang.." Izzah mengucup pipi suaminya. Nuh tersenyum dan membalas kucupan itu mesra.
15 minit kemudian..
"I boleh jalan sayang.." "Jangan mengada.." Izzah akur sahaja. Usai sahaja Izzah duduk di katilnya, Nuh menyiapkan makan untuk Izzah pula. "Betul nak makan ini aje? Kalau nak lain, I boleh order.." "Tak nak, nak ni aje. Rindu masakan ibu. Kita makan sama-sama tau sayang.." "Iya sayang..I pun terliur ni.." balas Nuh. "Udang ni dengan I mana lagi you terliur?" Izzah senyum nakal. "Udangggg.." balas Nuh. Izzah tayang muka cemberutnya. "Fine!!! I makan sendiri.." Nuh tersenyum. Saja dia mengusik Izzah. Nuh bukan apa, risau jadi lain pula nanti kalau dilayan manja Izzah itu.
"Sini I suap.." "Tak nak.." "Sayangg.." Izzah menjeling suaminya. "Sinilah..." "Tak nak!" "Tak baik tau buat makanan macam ni. Orang lain yang susah tu beria dia nak makan." Izzah pejamkan matanya. "You saja kann?" Nuh meletakkan semula pinggan berisi makanan itu di meja. Dia harus memujuk Izzah. "I terliur dengan sambal udang tu sebab you yang makan. So, sayang dengan udang tak ada beza. Dua-dua favourite I.." "He he he..saja aje usik you.." balas Izzah. "Nak suap???" Pinta Izzah manja. "Nasib kena puasa, kalau tidak..udang ke mana kita yang di mana-mana nanti.." balas Nuh yang membuatkan Izzah ketawa.
Usai sahaja makan, Nuh membersihka dirinya dan malam itu Nuh menemani Izzah seperti biasa. Ketika Izzah sedang melayari sosial media, dia melihat cerita mengenai Alma. Izzah membaca dengan fokus dan kemudian dia memanggil Nuh.
"Sayang..." "Kenapa sayang?" Balas Nuh. "You tengok ni.." Nuh mengambil handphone Izzah. "Ohhh..." "Itu aje sayang??" "Dah tu, you nak I cakap apa sayang?" Balas Nuh. Izzah memandang wajah suaminya. "I rasa kan, dia betul dah berubah." Kata Izzah. "Hurmm..dia baik aje sebenarnya sayang. Baguslah kalau dia ada rasa nak berubah macam tu. Mungkin dia boleh aje jadi model muslimah lepas ni. Dia dah ada nama sayang. I rasa, kalau dia tak nak jadi model pun tak apa. Dia boleh aje buka class modelling. I rasa lagi berbaloi." Jelas Nuh.
"Faham..tapi, macam tiba-tiba sangat aje.." Nuh pamer senyum. "Mana tahu hidayah dah sampai. Kita bukan tahu." Izzah senyum segaris. "I harap dia kekal istiqamah, walaupun dia tak bertudung lagi tapi keputusan dia untuk menolak peragakan pakaian seksi tu pun dah bagus sangat dah. I tak cakap yang pakai tudung tu semuanya baik tapi sekurangnya dia ada perubahan dalam hidup dia. Nak berubah 100% bukan mudah tapi semua orang usaha nak jadi lebih baik." Tambah Izzah pula. Nuh senyum memandang isterinya. "Pandai pun sayang I ni..kita doakan yang terbaik." In shaa Allah.."
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.