NL❤️IS 7

1.8K 121 52
                                    

"Ibuuu...." Panggil Izzah manja. "Kenapa Izzah?" Soal ibu. "Izzah tak nak kerja hari ni.." ibu memandang pelik ke arah anaknya. "Demam ke?" Ibu meletakkan tangannya di dahi Izzah. "Tak demam pun..saja aje..tapi, Izzah nak keluar kejap." "Tak kerja, tapi nak keluar?" Izzah mengangguk. "Nak tenangkan hati.." bisik Izzah. Tidak mahu didengari oleh Syakir. Abangnya itu telinga gajah. Ada sahaja nanti yang hendak disoal Syakir jika dia tahu Izzah ingin keluar. Izzah kemudian melihat anak buahnya itu.

"Assalammualaikum kesayangan makcu.." Izzah menggomol kedua anak kembar itu. "Eeee! Kenapa comel sangat ni???? Dicuit pipi itu lembut." "Mana Naura ibu?" Tengah mandi kot. Dia baru lepas mandikan Fael dengan Fadel tadi.." "Oooo..jangan dia mandikan papa nya pula.." kata Izzah perlahan. "Apa Izzah?" Soal ibu. "He he he..tak ada apa ibu.." balas Izzah.

"Kamu nak keluar pukul berapa Izzah?" Soal ibu. "Dalam pukul 10:00 pagi macam tu. Izzah nak jalan jalan aje ibu.." balas Izzah. "Iyalah, hati-hati..jangan jauh sangat berjalan..awak tu perempuan.." pesan ibu. Izzah mengangguk faham.

Izzah melayan anak buahnya dengan seronok sekali. Dia terlupa seketika akan masalahnya dengan Nuh. Tiba-tiba Izzah teringatkan sesuatu. Telefon bimbitnya masih dimatikan dan dia terus sahaja bangun untuk mengambil telefonnya. Dia juga belum memberitahu lagi kepada Auza akan ketidakhadiran dia ke hospital pada hari itu. 'Lupa betul kau ni Izzah..' gumamnya perlahan. Izzah menghidupkan semula telefon bimbitnya dan segera dia memaklumkan kepada Auza.

Nuh? Nuh tidak menelefonnya seperti biasa. Sudah dua hari. Izzah hanya mampu tersenyum. 'Mesti tengah dating dengan Alma..' getus hatinya. Izzah keluar daripada biliknya dan dia sambung melayan anak buahnya itu. 'Awal sangat nak siap..baru pukul 9:00 pagi..' ngomel Izzah sendiri.

Tidak lama kemudian, Syakir dan Naura keluar daripada bilik mereka. Seronok betul pasangan suami isteri itu. "Lama eh mandi? Mandi junub ke?" Soal Izzah. "Biasalah..benda ada dan boleh..dari kau?" Perli Syakir. "Eloklah..kau sibuk main air, anak kau tinggal macam tu aje.." Naura sudah memerah muka. ' Semua salah Syakir..' bisik hati Naura.

"Kau kira beruntung tau along, aku tak report ibu.." Syakir mengecilkan matanya. "Ha? Report apa?" Soal ibu yang baru sahaja muncul itu. "Err..entah Izzah ni..pagi lagi dah merepek.." balas Syakir. "Hurmm..ingat ibu tak tahu ke ada orang balik pukul 3:00 pagi?" Syakir dan Naura berpandangan. Izzah terkebil matanya memandang ibu. "Mana ibu tahu?" Soal Syakir. "Ibu bangun malam ada sebab..kamu berjaga malam sebab nak puaskan hati kamu.." perli ibu. Izzah terhinjut bahu menahan tawanya. 'Padan muka!' Izzah menjelirkan lidah ke arah Syakir.

"Nak buat macam mana ibu..tak boleh halang..dah bini dia..dia buatlah apa yang boleh dekat bini dia..kita nak halang pun, bukan diorang tak tidur satu bilik..cuma, dekat rumah ni..bilik tak sound proof macam rumah dia. Itu yang lari balik rumah tu..tak segan sangat.." balas abah. Naura buat tidak dengar sahaja. Malu. Syakir tayang muka bersahaja.

"Iyalah abah..tak apelah, kita juga yang untung sebab ramai cucu kita. Tak berebut. Beranak ramai-ramai Naura, nanti bagi ibu dengan mama jaga..korang pergi honeymoon aje.."

"Ibu marah Naura ke?" Soal Naura. Ibu tertawa. "Tak kan nak marah menantu. Betul apa ibu cakap, tengah muda ni..buat anak ramai-ramai sebab tengah kuat. Kalau dah berumur nanti, takut kita tak lalu dah nak bangun malam. Kami seronok aje jaga cucu..nasib tak berebut dengan mama Naura hari tu..dua minggu dekat sini pun rasa tak puas dia nak main dengan cucu.." ibu teringat akan kata-kata besannya itu.

"He he he.." Naura tayang sengihnya. "Naura gurau aje ibu..kitorang ingat, nak balik semenanjung nanti." Balas Naura. "Eloklah tu, kesian papa dengan mama..rindu dia dengan budak bulat ni.." "In shaa Allah, dalam minggu depan kitorang balik sana.." balas Syakir pula.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now