❤️EPILOG❤️

1.5K 100 66
                                    

Seperti yang pernah saya katakan, Nuh Luqman adalah cerita terakhir yang bermula di Kembali Cinta. Kesinambungan watak tetapi berdiri di atas kekuatan watak-watak sendiri. Saya memilih Nuh Luqman yang terakhir kerana saya ingin Izzah Syakirah merasa bahagia.

Sebak hati meninggalkan rantaian cerita-cerita ini kerana mereka telah kenalkan seorang Feeatyka. Jika dilihat, cerita saya sebenarnya bermula dengan Kerana Dia Jodoh Aku dan sebab itu Heidi mengenali Ash Amry. Saya pair-kan kenalan mereka seperti Ash Amry-Hayy Heidi-Kif Haikal-Izz Syakir dan berakhir dengan Nuh Luqman. Mereka semua cinta hati saya dan juga readers semua.

▶️Kerana Dia Jodoh Aku - seorang wanita yang masih ingatkan kekasih lamanya yang sudah meninggal dunia. Perjalanan perkenalan jodoh mereka tanpa di sangka. Kerana janji, Aisy Aufa menunggu dengan pasti.

▶️Kembali Cinta - seorang wanita yang ditinggalkan suami kerana belum mempunyai anak. Mengenali seorang lelaki yang sanggup menunggunya selama 4 tahun telah membuatkan Leila Camilla tidak menoleh lagi.

▶️Kif Haikal - seorang anak yatim piatu yang berjaya dan sangat menghormati keluarga angkatnya. Dia agak naif tetapi dia mencintai isterinya Dina Auliya.

▶️Izz Syakir - Masa lalunya, dia sangat mencintai isterinya dan takdir bahagia itu singkat untuknya. Dia menemui cinta baru yang akhirnya dia merasa sangat bahagia.

▶️Nuh Luqman - Cinta lamanya datang dan menagih kembali saat dia ingin memulakan hidup baru bersama Izzah Syakirah. Dugaan mereka mencabar tetapi hikmahnya terlalu indah.

Akhir kata, setiap daripada kisah mereka baik suka ataupun duka pastinya ada manis dihujungnya. Kekuatan setiap watak itu berbeza di setiap cerita tetapi apa yang pasti miang Izz Syakir yang membuatkan readers geram. (Saya ketawa).

Maaf andai olahan saya di mana-mana pun cerita saya, terlalu berlebih. Saya juga manusia biasa yang terkadang itu nakalnya menjadi-jadi. Ampunkan saya semua orang🙏🏻

Akhir kata, kenanglah hero-heroin saya yang telah menghiburkan hati kalian semua. Jika perlu reread, janganlah menafikan kata hati. 'Orang kata, kalau rindu cakap aje rindu. Jangan simpan dalam hati..'

Semoga ada sedikit pengajaran yang terselit di semua cerita Feeatyka. Saya minta maaf pada semua dan jika terdapat kekurangan pada cerita saya, saya akan cuba memperbaikinya di masa akan datang. In shaa Allah..

Dengan ini, saya tinggalkan kalian dengan berangkap kata:

Jika merindui itu membuatkan kita terseksa, carilah tempat yang boleh mendamaikan rasa rindu. Hari ini, kita berpisah dan janji kita akan bertemu di Teruntuk Dirimu.

"Kau sedia nak berkongsi aku dengan???"

Nantikan cerita seterusnya😊

Yang ikhlas,
Feeatyka

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now