NL❤️IS 19

1.7K 112 89
                                    

"Cepatlah sikit!!!!" Jerit Izzah yang sederhana kuat itu. Mereka berdua terus mengikuti Izzah dan rupanya Izzah membawa mereka ke kafe. 'Lapar tahu tak??' Bisiknya dalam hati.

"Sorry sayang..." kata Nuh sebaik sahaja mereka di meja makan. Izzah memandang tajam ke arah abang dan tunangnya. Tangan disilangkan.

Beberapa minit kemudian..

"Puas hati?" Soal Izzah geram. Syakir buat tidak tahu sahaja. Dia lapar dan sedang menikmati makanannya manakala Nuh masih memujuk Izzah.

"Tahu tak macam nak luruh jantung ni????!" Membulat mata Izzah memandang Nuh. Nuh hanya menunduk.

"Cakaplah..pandang bawah buat apa? Berani buat, berani tanggung.." Nuh memejamkan matanya. Dia kemudian memberanikan diri memandang tunangnya itu.

"I rindu you..sebelum nak balik semenanjung, I nak jumpa you..itulah jadi macam tu.."

"Jumpa biasa aje boleh kan? Ohh..patutlah tak call I macam biasa..rupanya ada plan lain.."

"I salah..I minta maaf. Sorry sayang, tapi you suka kann??" Nuh tersenyum.

"Bukan main idea you eh? Kenapa tak lamar dekat bilik mayat aje? Senang I nak bekukan you terus.." ~Pfftttt~ tersedak Syakir yang sedang minum air itu.

"Kau pun dikk..orang dah lamar baik-baik pun nak merajuk macam budak-budak.." Syakir menggeleng kepalanya. "Kau diam, along!!" Izzah mengetap bibirnya. Geram sahaja dia dengan abangnya itu. Dia tahu, tokok tambah idea mesti datangnya daripada Syakir. 'Panjang sangat akalnya..' getus hati Izzah.

Nuh memberi isyarat mata kepada Syakir tanda diam sahaja. "You maafkan I tak? I betul minta maaf. I nak you ingat sampai bila-bila. Dekat mana kita mula-mula jumpa..you terlanggar I, you bawa I ke hospital, you jaga I..hospital ni, banyak kenangan kita tau. I nak kita selalu ingat dekat mana kita bertemu dulu. Kenangan tu I akan ingat sampai akhir hayat I. Nanti, kita boleh cerita dekat anak-anak kita." Nuh mengharap Izzah memahaminya. Syakir di situ hampir muntah mendengar bicara romantis Nuh.

"Awal lagi dah anak-anak.." sampuk Syakir. Izzah dan Nuh memandang tajam ke arah Syakir. "Diamlah.." serentak mereka katakan kepada Syakir.

"You ni...banyak cara lain..takut tahu takkk??" Kata Izzah lembut. Emosinya sudah kembali normal.

Nuh pamer sengihnya. "Sorry, sayang..love you.." balas Nuh romantik. Izzah tersenyum. "Kahwin sekarang jom???" Ajak Izzah selamba. Melopong mulut Syakir mendengarnya. 'Ya Allah adik aku..' gumamnya perlahan.

"Banyak betul dosa aku menanggung dosa kau dik.." Izzah mencebikkan mulutnya. "Nasiblah, siapa suruh jadi abang aku??" Sekali lagi Syakir terkedu. Nuh yang mendengar tidak mampu menahan tawanya. "Pedih tak rasanya abang ipar?" Tanya Nuh dengan nada perli itu. Syakir malas mahu melayan. 'Sama perangai dua orang ini rupanya.' Bisik hati Nuh.

"Aku nak pergi kerja ni. Nasib hari ni tak busy, sebabkan idea tunang kau ni..lambat aku masuk office.."

"Thanks abang ipar. Nanti aku belanja kau.." balas Nuh.

"Kau dah deal payment dengan aku kan? Jangan lupa transfer, boleh tambah-tambah untuk majlis adik aku.."

"Adik kau tu bakal bini aku...." Nuh mengetap giginya. Geram sahaja dia dengan Syakir itu.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now