"Esok kerja kan?" Soal Nuh. Nuh telah menghantar Izzah ke rumahnya semula dan mereka berada dalam kereta.
"Kerjalah, sayang..kan patut kita jumpa esok..you culik I.." balas Izzah.
"You yang nak jumpa parents I kan.."
"I nak jumpa parents you aje, tak nak jumpa you.." balas Izzah. "Ohhh, yang cakap rindu banyak kali tu siapa?" Soal Nuh.
"You tak rasa you macam cakap dengan cermin ke sayang?" Perli Izzah. "Hurm..so, salah I ke kalau rindukan tunang sendiri?" Soal Nuh.
Izzah tersenyum. "Tak salah, yang salah sebab kenapa tak culik I dari semalam?" Izzah tayang sengihnya.
"Kalau semalam I culik, tu bukan tunang dah..tapi, isteri..dan belum tentu kita ada dekat sini sekarang.." kata Nuh dengan senyuman meleret.
"Kalau tak ada dekat sini, ada dekat mana?" Soal Izzah manja. "Atas katil....." balas Nuh bersahaja. Izzah mengecilkan matanya. "Atas katil tu kita buat apa sayang? I macam tak fahamlah.."
"Masuk rumah cepat..jangan nak macam-macam ye..nanti jadi katil pula kereta I ni.." balas Nuh.
"Jadi katil? Macam ni ke?" Izzah menurunkan seat itu sehingga dia terbaring. Nuh menggeleng kepala melihat sisi nakal Izzah Syakirah itu. 'Dia tahu tak aku boleh menggila?' Getus hati Nuh. Izzah tertawa. Baru sahaja dia bangun dan membetulkan semula kedudukan seat itu, pintu kereta diketuk. Nuh menurunkan cermin kereta dan kebetulan Izzah sedang membetulkan bajunya.
"Hoiiiiii!! Buat apa dalam kereta sampai betulkan baju?" Sergah dek Syakir. Izzah memejamkan matanya. 'Datang dah si miangkam ni..' kata Izzah dalam hati.
"Jauh betul kau fikir along..betulkan baju aje pun. Tak kan aku ber-helikopter dalam kereta ni?" Balas Izzah. Nuh sembunyi senyum. 'Tahu pula helikopter dia ni?' Nuh tersenyum sendiri.
"Kau kenapa senyum sangat? Kau dapat apa?" Syakir geram sahaja melihat muka Nuh yang terlihat tenang itu.
"Aku belum gila Syakir nak buat benda tak baik dengan bakal isteri aku. Ingat aku tak menyabar sangat ke?" Kata Nuh.
"Manalah tahu, dua-dua dah gatal sangat aku tengok. Tunang aje baru, belum boleh nak meraba sana sini.." pesan Syakir tegas.
"Dah rasa pun dah.." balas Izzah slumber. Nuh menggeleng kepalanya. 'Haru betul dibuat Izzah Syakirah ni..' "Kau cakap apa dik?? Apa yang kau rasa?" Syakir memandang tepat ke arah adiknya.
"Rasa nak lempang kau aje sekarang ni along..kau ingat aku tak tahu halal haram ke?" Izzah menjeling tajam.
"He he he..macam itulah perasaan aku bila kau mengata aku. Aku percaya dekat korang. Cepatlah masuk..nanti ibu dengan abah fikir lain pula.." kata Syakir.
"Elehhhh..kau ni mesti nak minta tolong aku apa-apa kan? Baik kau cakap.."
"Jagakan anak aku kejap. Nak bawa Naura pergi shopping.." kata Syakir.
"You tengok dia ni sayang..nak dating, pandai suruh kita jaga anak dia..lepas tu mengata I lagi.." adu Izzah. Nuh memandang ke arah Syakir.
"Kau nak shopping apa dah nak maghrib ni? Janganlah kau nak gula-gulakan kitorang. Ada tempat lain kan kau nak pergi? Kalau dekat rumah aje tak boleh ke Syakir?" Soal Nuh. Dia faham dengan perangai Syakir.
"Hurmmm..belum jadi adik ipar dah melawan." Kata Syakir perlahan tetapi masih boleh didengari mereka. Izzah tersenyum puas kerana Nuh memihak pada dirinya.
"Bukanlah..nak pergi farmasi sekejap. Fael dengan Fadel tak sihat." Balas Syakir. Muka Izzah berubah. "Kenapa? Demam ke?" Syakir mengangguk. "Kenapa tak bawa pergi klinik?" Soal Izzah.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.