NL❤️IS 9

1.8K 111 86
                                    

Selepas kejadian demam tempoh hari, Nuh kembali sihat semula. Mungkin dia mahu bakal isteri yang merawatnya barulah dia cepat sihat dan akan selalu sihat. Malam itu, selepas mereka makan malam bersama..Izzah dan Nuh mengambil angin malam seketika di luar rumah. Berbicara soal hati mereka.

~Flashback~

"Betul ke you dah sihat ni?" Soal Izzah.

"Betul, sayang..kalau tak, I dah sambung baring ni.." balas Nuh. "Sini.." arah Izzah. Dia meletakkan tapak tangannya di dahi Nuh dan alhamduillah, semakin kebah demam itu.

"You ni kan? Tak takut betul pegang I.." kata Nuh. Izzah mengerutkan dahi. "Buat apa nak takut? I anggap you macam patient I sekarang ni..macam you sakit, pergi jumpa doktor..macam tulah maksud I.." balas Izzah.

"Tapi, I tak fikir macam tu.." "You fikir apa sayang?" Izzah mendekatkan jarak mereka. Wajah mereka sangat dekat ketika itu. Nuh menelan liurnya. 'Dia ni kannnn?' Getus hati Nuh. Izzah tertawa melihat wajah Nuh yang cuba menahan rasa itu.

"Macam manalah you malam pertama nanti kan? Risau I yang terkam you.." kata Izzah slumber.

Nuh tersenyum. "You jangan berani sangat, Izzah. You sah aje jadi milik I, you tak nampak dah Nuh yang sekarang ni..silap-silap you yang tak nak lepaskan I.." balas Nuh dengan senyuman meleret.

"Errrr..iyalah tu..tak percayalah I.." balas Izzah tidak mahu kalah. "Kita tengok nanti.." balas Nuh dengan yakin.

"Nuh...boleh I tanya tak?" Soal Izzah.

"Boleh aje, sayang..nak tanya apa tu?" Balas Nuh.

"Kita kan dah nak tunang.." Nuh mengangguk kepalanya. "Kalau jadi apa-apa sepanjang tempoh bertunang ni, you akan tinggalkan I?" Soal Izzah.

Wajah Nuh kelihatan tenang sahaja. "Kenapa tanya macam tu?"

"Sebab...I takut..orang kata, dugaan bertunang ni boleh tahan.." balas Izzah.

Nuh pamer senyum. "Tunang atau tak, semua orang ada dugaan dia. Sama juga macam orang dah kahwin, sayang. Semua orang Allah dah tulis jalan hidup diorang macam mana, sama juga dengan kita. Untuk jawapan kepada soalan you, I akan tetap ada dengan you. I sanggup pertahankan hubungan kita buat selamanya selagi you tak buang I daripada hidup you. I akan tunggu you walaupun bertahun lamanya. I tak senang sayangkan orang dan bila I dah sayang, tak semudah tu I akan lepaskan dia. Melainkan orang tu dah jadi hak orang lain dan I akan undur diri buat selamanya." Jelas Nuh panjang lebar.

Entah kenapa, hati Izzah sangat tersentuh malam itu. Ketulusan hati Nuh sangat jelas di wajahnya. Dia jarang dapat bercakap dengan Nuh seperti itu. Selepas beberapa perkara terjadi dalam hubungan mereka, malam itu membuktikan bahawa Nuh Luqman seorang yang ikhlas dan sangat setia.

"Manis kan mulut you?" Izzah mengusik.

"Pernah rasa ke?" Nuh membalas.

"Tak pernah..tapi, nak rasa boleh?" Izzah mengenyitkan matanya. Dia dekatkan lagi wajahnya ke arah Nuh. Nuh menolak sedikit dahi Izzah agar itu tidak terlalu dekat dengannya. 'Nampak di Syakir, mati aku!' Bisik hati Nuh.

"Itupun takut..ingat kita nak rasa sangat ke?" Ngomel Izzah sendiri. Tiba-tiba Nuh memaut dagu Izzah dan pandangan mereka bertaut. Kedudukan mereka sangat dekat sehingga Izzah merasa tidak mampu untuk bernafas. Nuh pula sembunyi senyum. Dia sengaja berbuat begitu kerana Izzah seringkali mencuit nafsu lelakinya.

"Nervous ke?" Bisik Nuh dengan suara sensualnya di telinga Izzah. Turun naik nafas Izzah ketika itu. Tidak mampu dia berbalas apa-apa. Dia merasakan aura Nuh yang sangat menggetarkan jiwanya.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now