Semakin hari, Izzah semakin biasa dengan kehidupan rumahtangganya. Nuh sangat banyak membantu terutama dari segi memasak. Izzah kebiasannya akan mengambil alih untuk mengemas rumah dan sebagainya. Hampir sebulan mereka menjadi suami isteri dan masih manis hubungan mereka.
"Sayang...jangan lupa, kita nak hantar along esok.." Izzah mengingatkan suaminya.
"Iya sayang..tak lupa. Atau kita nak tidur rumah ibu dengan abah?" Tanya Nuh. Izzah berfikir seketika. "Boleh ke?" Tanya Izzah. "Jom ajelah, lagi pun I rindu dengan budak kembar tu." Kata Nuh. Izzah tayang senyumnya. "Kita terus pergi sana ajelah. Tapi, kita singgah beli makanan dulu." Nuh mengangguk setuju.
"Bilalah I nak bawa kereta tu?" Nuh pamer senyum. Sebenarnya selepas berkahwin, Izzah semakin selesa Nuh menghantar dan menjemputnya daripada kerja.
"Tak apelah, nanti sampai masa you bawalah tu." Kata Nuh memujuk. "Wanginya bau you sayang.." kata Izzah. Nuh memandang sekilas ke arah isterinya. "Memang macam ni bau I sayang. Perfume yang sama aje." Izzah memeluk erat lengan sado itu. Dibenamkan. Nuh mengusap kepala isterinya. "Love you, sayang." Kata Nuh. "Love you too, sayang.." balas Izzah manja.
~Flashback~
"Nazreen nak apa tu?" Soal Nuh.
"Ajak lunch tapi Auza dah kenyang. Nasib you datang sayang." Kata Izzah. "Kalau I tak datang, you nak lunch dengan dia?" Soal Nuh. "Memang tak lah sayang. Bukan apa, I malas nak nak bagi alasan..nampak you tu, senang sikit dia faham." Jelas Izzah.
"Betullah apa you cakap." Kata Nuh. "Maksud you?" Soal Izzah. "Kalau dia tak ada niat lain, apa salah dia ajak I makan sekali..betul tak?" Izzah terdiam. 'Betul juga..' kata Izzah dalam hati.
"Dah jom makan..abaikan dia." Izzah dan Nuh berlalu ke kafe sambil pergegangan tangan.
~End of Flashback~
Syakir dan Naura akan bercuti di luar negara selama seminggu. Malam itu, mereka satu keluarga berkumpul untuk meluangkan masa bersama memandangkan esok adalah hujung minggu.
"Semua dah packing Naura? Baju anak-anak cukup tak?" Soal ibu. "In shaa Allah ibu, cukup tu." Balas Naura.
"Elok-elok pergi tempat orang. Barang peribadi tu, pastikan simpan betul-betul." Pesan abah. Syakir dan Naura mengangguk sahaja.
"Nampaknya bercucu lagilah abah dengan ibu. Kesian awak berdua ni, tak lama lagi dapat adik." Izzah sedang menggomol kedua-duanya itu.
"Cakap orang, entah-entah kau yang dah ada." Izzah menjuihkan mulutnya. "Banyak skill aku tak cuba lagi tau." Balas Izzah. Nuh tersenyum sahaja. 'Malam ni skill baru tau, sayang..' kata Nuh dalam hati.
"Awak berdua ni, kena selalu menangis. Kacau mama dengan papa awak tu." Izzah berpesan kepada anak buahnya. "Izzahhhhhh.." panggil abah meleret. Izzah tayang sengihnya.
"Dengki!!!!" Balas Syakir geram. "Ha ha ha.." Izzah ketawa lepas.
Malam itu, sebelum tidur Nuh bertanyakan sesuatu kepada Izzah. Izzah yang sedang bersiap untuk tidur itu terus menghampiri suaminya.
"Kenapa sayang?" Soal Izzah.
"Ada nak pergi mana-mana?" Izzah pelik. "Mana-mana?" Nuh mengangguk. "Tak ada, sayang." "Betul ni?" "Yeee..betul.." "Balik rumah kita pun tak nak?" Nuh memancing. Izzah pula terdiam. "Saja kan????" Balas Izzah sambil tersenyum.
"Mestilah nak sayang. I tak nak kacau masa you, you kan tengah banyak kerja." Kata Izzah manja.
"Kan I pernah cakap, kalau setiap minggu you nak balik pun tak apa." "He he he..tahu.." "Tapi, I tak naklah selfish tak fikir pasal you. Tak apa, rumah tu tak lari. Ada masa, kita balik.." kata Izzah lagi. Nuh tersenyum memandang isterinya. "Mana lah I tak sayang dengan you..." Nuh mengelus pipi isterinya dan dibisikkan sesuatu. "Jangan tak bangun dah lah.." balas Izzah. Nuh tertawa lepas.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.