NL❤️IS 54

1.6K 112 48
                                    

"K.E.L.U.A.R Darya!!!" Ditekankan ayat itu satu persatu. Darya tidak berfikir panjang. Dia menghampiri Nuh dan pisau itu berada dekat di perut Nuh. "Lari sayang..." arah Nuh kepada Izzah yang berada di belakangnya. Izzah geleng kepala tanda dia tidak mahu. Nuh cuba bertahan dan pergelutan antara dia dan Darya berlaku.

"Arghhh!!!!" "Sayangggg!!!!" Jerit Izzah kuat. Nuh menoleh ke arah Izzah. "You okay tak sayang?" Soal Nuh risau. Nuh sempat menolak Darya dan pisau itu terjatuh cuma sempat mengena di tangan Nuh.

Darya tidak habis di situ dan sekali lagi dia mencuba tetapi sekuriti datang menghalang tindakan Darya. "Dasar perampas!!!! Hidup kau tak kan aman perempuan!!!" Jerit Darya kuat. Izzah memegang perutnya kerana sakit dirasakan ketika itu. Nuh terus membawa Izzah masuk ke 'hidden room'. Nuh membaringkan Izzah dan terus dia menghubungi Amara.

"Sorry sayang.." kata Izzah perlahan. "Jangan banyak cakap, rehat aje.." "Tangan you.." "Tak apa, sikit aje..nanti I buat sendiri." "You nak air tak?" Tanya Nuh. Izzah angguk kepala. "Tunggu kejap.." Nuh terus mengambil air dan dia berikan kepada Izzah. Nuh tahu pasti Izzah terkejut dengan apa yang telah terjadi dan Izzah pula yang perlu tanggung semua itu.

Setengah jam kemudian..

"Alhamdulillah..semua okay." Kata Amara dan Nuh menarik nafas lega. "Risaunya I dekat you ni Izzah. Duduk ajelah dekat rumah tu diam-diam." pesan Amara. "Hurm, manalah I nak tahu.." balas Izzah. "I faham, tak ada yang serious pun. Cuma you terkejut aje. Tolong rehat, Izzah.." pesan Amara dengan wajah yang risau. Nuh yang mendengar tidak tahu hendak memberi respons kerana bagi Nuh semua adalah salahnya.

"I kena pergi hospital semula. Jaga Izzah, Nuh. Tangan you macam mana?" Soal Amara. "Tak apa, sikit aje ni. Kejap lagi I pergi klinik dekat bawah tu." Balas Nuh. Amara angguk tanda faham. "Thanks Amara.." "Most welcome.." Amara berlalu pergi. Nuh menghampiri isterinya semula dan dikucup dahi itu lama.

"I tahu you datang nak buat surprise, tapi I pun tak sangka jadi macam ni. Kalau I tak merengek cakap rindukan you, mesti you tak datang kan?" Soal Nuh. "Ermmm..memang I nak datang. I rindu you.." balas Izzah manja. "Siapa hantar you sayang? Jangan cakap, you naik grab.." Tanya Nuh dengan renungan yang tajam. "You ni, you ingat papa dengan mama bagi ke I naik grab? Diorang hantar I tadi lepas tu dah balik sebab you kata orang aircond nak datang.." Nuh angguk faham.

Dia kemudian memeluk Izzah erat. "I risau sangat dekat you. You duduk aje rumah buat masa sekarang ni, sayang.." Nuh tidak senang hati. "Ermm..sorry sayang.." "Tak apalah..lepas ni, tunggu aje I balik. Kalau you rindu, I yang balik." Izzah pamer senyum. Suasana sepi seketika dan ketika itu Izzah terfikirkan tentang Dilla Darya.

"Sayangnya Dilla dekat you.." Nuh diam seketika. "Benda dah lama sayang. I tak ingat dah pun.." balas Nuh. "You dah tak ada rasa apa-apa dengan dia?" Soal Izzah. "Kenapa tanya macam tu?" Berubah nada suara Nuh. "I nampak dia cintakan you, sayang.." "Dia tak cintakan I lepas dah jumpa lelaki tu.." balas Nuh. "You yakin ke? Kalau tak kenapa dia jadi sampai macam tu?" Soal Izzah ingin tahu. "Dia tamak, sayang.." "You tak kan dah tak ada langsung perasaan dekat dia?" "Izzah Syakirah......" Nuh tidak suka perkara lama dibangkitkan semula.

"Kalau dah takdir I untuk berkongsi kasih, nak buat macam mana.." Nuh memandang tepat wajah isterinya. "I tak suka tau you cakap macam ni.." Izzah diam. Dia terasa dengan ayat perampas itu sedangkan dia tahu dia tidak merampas sesiapa. "Sebabkan I, dia jadi macam tu.." kata Izzah lagi. "Dia yang pilih jalan macam tu.." balas Nuh tegas. "You tak kesian dekat dia? You tak nak bagi dia peluang?" Pertanyaan Izzah membuatkan Nuh merenung tajam. "You nak cakap apa ni, sayang???" "I rasa you faham.." balas Izzah.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now