~Flashback~
"Dikk.." panggil Syakir. "Hurmm..kenapa?" Izzah menjawab malas. "Kau kenapa? Patut lepas balik dating, seronok aje..ini tak.." kata Syakir. Syakir menemani Izzah yang sedang mengambil angin malam di luar rumah itu.
Izzah menarik nafasnya dan dihembus perlahan. "Alonggggg.." Syakir memandang Izzah. "Haa, kenapa?" Soal Syakir. "Nuh merajuk dengan aku.." Syakir mengerutkan dahi. "Merajuk? Kau buat apa dekat orang tua tu Izzah?" Tanya Syakir. "Berani kau kutuk dia tua, kau pun lebih kurang umur aje dengan dia.." balas Izzah. "Hurmm..muda sikit daripada aku aje dia tu.." Syakir tidak mahu mengaku tua. "Tak kisahlah, memang korang dah tua pun.." balas Izzah.
"Teruskan..kau buat apa dekat dia?" Syakir ingin tahu. Izzah kemudian menceritakan perihal yang berlaku antara dia dan Nuh kepada Syakir. Syakir faham apa yang dirasakan oleh Nuh. Izzah ibarat sedang bertarik tali dengan Nuh sedangkan Nuh sudah bersedia dengan semuanya untuk menjadikan Izzah isteri. Tidak hairanlah jika Nuh terasa dengan tingkahlaku Izzah yang melayannya seperti acuh tidak acuh itu. Hati dan perasaan bukan perkara yang boleh dipermainkan dan kerana itulah, Nuh memerlukan satu jawapan yang pasti supaya dia tidak terlalu berharap.
"Kau tahu tak dik?" Izzah menggeleng kepalanya. "Lelaki ni, kalau dia serious cakap nak kahwin..dia akan memaksudkan kata-kata dia. Kau kira beruntung sebab dia pilih kau untuk jadi teman hidup dia. Berapa ramai dekat luar sana yang beria nak kahwin tapi banyak dugaan yang datang. Maksud along, mungkin dari segi kewangan..keluarga tak restu dan macam-macam lagi. Nuh ni, semua ada dik. Bukanlah aku suruh kau kahwin sebab dia tu kaya aje..tapi, dia ikhlas. Kau tak nampak ke semua tu dik?" Soal Syakir kepada Izzah. Satu-satunya adik perempuan yang Syakir ada.
"Aku nampak along..tapi, aku takut..kalau satu hari dia tinggalkan aku macam mana?" Soal Izzah. "Kenapa kau fikir jauh sangat?" Syakir geram. "Lelaki diuji bila dia ada segalanya..itulah yang aku takut along.." balas Izzah. "Kau tak percaya qada' dan qadar ke Izzah?" Izzah memandang tepat anak mata abangnya. "Bu-bukan macam tu.." balas Izzah gagap. "Dah tu? Kau overthinking sangat ni.." Izzah hanya diam. Syakir memandang wajah sugul Izzah. "Tak cuba tak tahu..dunia ni, memang tempat diuji..kita sebagai hamba, perlu berusaha untuk itu..jangan mudah mengalah dan percaya dengan semua ketentuan Allah." Izzah pamer senyum. "Thanks along.." balas Izzah. "Pujuk dia, along tahu dia lelaki yang baik. Bagi dia peluang untuk rasa bahagia dan bahagiakan kau dik.." kata Syakir. "In shaa Allah..aku kena guna skill memujuk aku lah ni?" Syakir menjungkit bahunya. "Maybe.." balas Syakir ringkas. Izzah menyandarkan kepalanya di bahu abangnya.
"Aku sayang dia, along.." kata Izzah. Syakir tersenyum sendiri. "Aku tahu..aku nampak semua tu..tapi, kau ego tak nak terima dia.." balas Syakir. "Jangan lama-lama merajuk. Bagi dia masa reda dulu..esok ke, try call tanya.." Syakir memberi cadangan.
"Betul juga.." Izzah harus bertahan sehingga esok dan dia akan cuba memujuk Nuh Luqman.
"Boleh tak aku minta tolong?" Izzah membetulkan duduknya. "Tolong apa?" Soal Izzah.
"Aku nak balik rumah aku kejap. Ada barang aku nak ambil..Naura nak ikut sekali, tapi anak-anak tinggal kejap aje..boleh kau jagakan kejap tak?" Tanya Syakir.
"Hurmm..kenapa malam baru nak ambil? Ini dah pukul berapa..kau pun.." Izzah mengesyaki sesuatu. "Tadi, kau tak ada..aku tak sampai hati nak suruh ibu jaga." Kata Syakir. "Ohhhh..aku tak adaa.." balas Izzah meleret. "Bolehlahhhh..kejap aje.." rayu Syakir. "Nampaknya aku dah boleh baca niat kau sebenarnya apa.." balas Izzah. "He he he.." Syakir menayang sengihnya.
10 minit kemudian..
"Kitorang balik kejap tau..janji tak lama.." kata Syakir. Naura mengangguk setuju. Izzah memandang ke arah kakak iparnya. "You jaga diri you, baru sangat ni Naura.." "Errrr..in shaa Allah.." Izzah mengecilkan matanya. "Ingat pesan aku along..kau janji kejap aje kan? Aku bagi kau setengah jam aje..kau lambat sikit, aku report dekat ibu.." pesan Izzah. 'Aku intro pun lama, lagi dah puasa lama ni..' getus hati Syakir.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.