"Aaa-pp-aaaa?????????!!!!" Izzah terduduk. Air matanya mengalir laju. Abah terus mencapai telefon bimbit Izzah. "Allahuakbar!!" ucap abah.
Abah dan ibu menemani Izzah ke hospital malam itu. Abah memandu kerana Izzah dalam keadaan yang agak lemah. Baru sahaja mereka berjumpa tidak sangka pula jadi perkara seperti itu.
15 minit kemudian..
Abah menurunkan Izzah terlebih dahulu di lobi utama. Izzah meminta ibu menemani abah dan dia terus sahaja ke ruang kecemasan dengan pelbagai soalan di hati. Dia tidak tahu keadaan Nuh seperti apa.
"Izzah.." panggil Doktor Affan. Izzah menoleh.
"Kenapa Affan?" Soal Izzah menahan sebak.
"He's fine." Izzah menghembus nafasnya perlahan. "Alhamdulillah.." balas Izzah. Tapi, sebagai prosedur I akan lakukan beberapa pemeriksaan untuk pastikan tiada apa-apa yang memudaratkan. Rezeki dia, ada orang hantar dia dengan cepat ke hospital." Jelas Doktor Affan. "Siapa??" Izzah bertanya. "Naz- I lupa.." Izzah mengerutkan dahi. 'Nazreen ke?' Soal Izzah dalam hatinya sendiri. "Haa, tu dia orangnya.."Izzah menoleh dan betul sangkaannya. Nazreen!
"I pergi dulu, Izzah.." kata Doktor Affan. Izzah mengangguk faham. Izzah terus mendekat ke arah Nazreen.
"Thanks Nazreen.." Nazreen pamer senyum. "Kebetulan I lalu situ dan tengok ada accident, I macam kenal kereta tu then rupanya betul..Nuh..I just tolong mana yang mampu.." kata Nazreen.
Izzah senyum tawar. "Thanks banyak-banyak.." hanya itu sahaja yang terluah daripada bibir Izzah. Dia bersyukur kerana keadaan Nuh stabil.
"Most welcome..jangan risau, Nuh kuat..tak mungkin dia nak tinggalkan tunang dia. I boleh nampak sayang dia pada you. Alhamdulillah, Allah masih melindungi dia.." kata Nazreen lagi. Izzah hanya tersenyum. Dia kemudian duduk di sofa itu untuk menunggu khabar Nuh selanjutnya.
"I balik dulu.." pinta Nazreen. Izzah mengerdipkan matanya. Izzah tidak banyak bercakap selagi dia tidak melihat sendiri keadaan Nuh. Hatinya tidak tenang.
"Izzahhhh.." panggil Syakir. Izzah memandang ke arah abangnya. Air matanya kembali mengalir. Syakir terus mendapatkan adiknya. Ibu dan abah memerhati sahaja. Izzah jika dalam keadaan begitu, Syakir tempatnya meluah rasa dan bermanja. Betapa erat kasih sayang mereka sebagai adik beradik.
"Siapa tadi tu?" Soal Syakir apabila melihat Izzah bercakap dengan seorang lelaki. Syakir tidak dapat melihat wajah Nazreen kerana Nazreen membelakanginya.
"Nazreen..dia yang hantar Nuh dekat hospital.." balas Izzah lemah. Syakir pelik tetapi dia tidak bertanya lebih.
"Sabar Izzah.." abah mengusap belakang anak perempuannya dengan lembut.
"Alongggg.." ngongoi Izzah. Syakir memeluk Izzah. Dia tahu Izzah inginkan kekuatan. "Sabar.." Izzah tersedu sedan. Syakir hanya membiarkan sahaja. "Jangan fikir banyak sangat, aku tahu Nuh okay.." Izzah mengangguk kepalanya perlahan.
"Kau nak apa-apa tak? Along belikan.." kata Syakir. "Nak Nuh...." Balas Izzah sebak. Syakir jeda seketika. "Sabarlah..nanti kau jagalah dia 24 jam.." Izzah memukul lengan Syakir perlahan. Abah dan ibu menggeleng kepala. Ada sahajalah Syakir itu ingin mengusik adiknya. Syakir tersenyum. "Dia kuat tu..alhamdulillah, dia berjaya kawal pemanduan dia. Dia dulu kaki racing dekat litar." Izzah memandang pelik.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.