"You rahsia apa daripada I sayang?" Tanya Izzah sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.
Nuh memandang ke arah Izzah. "Rahsia? Rahsia apa sayang?" Tanya Nuh dengan wajah biasa. Pandangan Izzah sangat tajam. Dia perlukan penjelasan kerana hal itu mengganggu fikirannya.
"Kenapa ni?" Tanya Nuh lembut. Dia kemudian memakaikan seatbelt untuk isterinya dan direnung wajah yang sedang masam mencuka itu. "Sayang kenapa ni? Tiba-tiba aje.." pujuk Nuh.
Izzah kemudian menunjukkan gambar yang telah dia dapat daripada Farah. "Explain sayang.." Izzah masih mampu bertenang. Nuh melihat gambar itu dan ianya gambar ketika Nuh berjumpa dengan Darya ketika Izzah warded dulu.
Nuh menghela panjang nafasnya. "I silap sebab tarik dia masa tu. I sebenarnya nak ajar dia aje sayang. I tak nak dia racun you dengan makanan dia jual." Jelas Nuh. Izzah cuba mengingat kembali akan hal itu. "Maksud you soft cookies tu?" Nuh angguk kepalanya. "Kalau nak ajar pun perlu ke sampai rapat macam tu? Ke you rindu sangat dekat ex you tu?" Izzah geram. Nuh hanya diam. "You nak ajar dia apa sebenarnya sayang?" Izzah meminta penjelasan.
Nuh telan liurnya. "Haa? Cakaplah?? Kenapa pandang I pula?" "I minta maaf.." itu sahaja yang mampu terluah di bibir Nuh. Izzah memandang wajah suaminya. "You sayang Darya lagi ke?" Nuh tersentak. "You cakap apa ni sayang? Cerita I dengan dia dah lama berakhir. Sikit rasa sayang pun dah tak wujud dalam hati I." "So? Apa maksud gambar ni?" "Tak ada apa-apa maksud pun." "You memang suka pegang dia kan? Masa nak melintas tadi bukan main you pegang tangan dia. Berapa ramai lagi perempuan yang you dah pegang?" Entah kenapa terluah juga sedangkan Izzah nampak apa yang telah terjadi. Izzah cuba bersangka baik tetapi perasaan cemburu sangat mengusai diri.
Nuh mengelus lembut wajah isterinya. "Jangan fikir bukan-bukan. Kalau bukan sebab motor tu tadi, tak adanya I nak pegang dia." Jelas Nuh. Izzah mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. "Sayang..." panggil Nuh lembut.
Izzah buat tidak tahu sahaja. "Sayanggg.." "You jangan cakap dengan I.." "Sampainya hati.." "Memang pun!" Nuh dekatkan mukanya di perut Izzah. "Mama merajuk dengan babah lah sayang, cuba beritahu babah, macam mana babah nak pujuk ni.." Izzah mencebikkan mulutnya. "Semua orang nak dipegangnya. Mula pegang, lepas tu sayang..lepas tu you jandakan I.." omel Izzah sendiri. Nuh diam tidak berkata. 'Jauhnya sayang fikir..' getus hati Nuh.
"I minta maaf sayang. I tak sengaja." "Gambar tu pun tak sengaja??" Izzah geram. "I salah, I tak boleh control marah masa tu." "Marah ke geram nak lepas rindu?" Rengus Izzah. "Heyy sayang..tak naklah macam ni..tak elok untuk you.." Nuh memeluk Izzah supaya dia berasa tenang dalam dakapannya itu.
Turun naik nafas Izzah menahan rasa marahnya. Sungguh perasaan cemburu itu membuak-buak sedangkan sebelum ini, Izzah merasakan Dilla tidak seperti Alma. Mungkin kerana Izzah terdengar perbualan antara Auza dan Wina.
~Flashback~
"Tak kan husband doktor sanggup buat macam tu? Kita tengok dia layan doktor pun, kita jealous tau. Tapi, untunglah perempuan tu dapat merasa juga bertentang mata..rapat kot, macam nak..." kata Auza. "Kau janganlah, buatnya ada yang dengar, habis kita." Balas Wina. "Tapi..aku mengharapkan En.Nuh tu tak macam lelaki lain, doktor kita baik tau..dah lah cantik macam model. Rugilah En.Nuh tu buat hal. Perempuan tu setakat free hair rambut kepuk-kepuk tu buat apa. Doktor Izzah tu, pakej!" Tambah Wina lagi.
~End of Flashback~
Izzah tidak membalas pelukan suaminya. Nuh meleraikan pelukan saat dia merasakan Izzah semakin tenang. "Ambillah masa you, I tak nak kacau you. Kalau dah ready nak cakap dengan I, I ada aje untuk you.." kata Nuh dan dia terus memulakan pemanduannya untuk pulang ke rumah.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.