NL❤️IS 34

1.6K 102 63
                                    

"I tak marah dah.." kata Izzah. Nervous pula dirasakan. Pandangan Nuh selalu membuatkan hatinya berdebar. "Ermmm, tapi kita dah ada dekat sini.." "Kita boleh aje balik rumah.." balas Izzah. "I tak rasa nak balik.." "Sebab?" "I nak you sekarang..."

"Tadi kan dah.." "Itu tadi, ni sekarang.." balas Nuh dengan suara sensualnya. "Boleh tak sayang?" Izzah menguntum senyum. "You tak bagi I rehat tau." Tiba-tiba Nuh tersedar sesuatu. "Anak kita.." Izzah pelik. "Kenapa?" "Tak jadilah..kesian anak kita." Izzah merenung suaminya. "Habis tu, you nak biar I macam ni aje?" "Kejap.." Nuh memakaikan semula pakaian Izzah. Izzah geram. "Tak nak!" "Haaa??" Nuh kelu. "You dah mulakan sayang, sini!!!" Izzah terus menarik suaminya. Tidak membantah dan akhirnya hubungan badan itu bersatu. 'Boleh pula dia buat separuh jalan?'

2 jam kemudian..

Nuh dan Izzah bersiap untuk pulang ke rumah. Cukuplah dua jam untuk mereka di situ. Niat Nuh untuk menenangkan isterinya tercapai. 'Tak kanlah tidak kan?'

"Sayang nak singgah makan mana-mana tak? Tak sempat I nak masak ni sayang.." tanya Nuh. "I tak kisah sayang, boleh aje. Makan dekat hotel you ajelah..senang." Balas Izzah. "Betul ni?" Izzah mengangguk kepalanya. "Jom.." ajak Nuh. Mereka kemudia terus meninggalkan bilik itu.

Sebaik sahaja sampai di lobi, Nuh dan Izzah terus ke ruang makan VVIP. Izzah menyerahkan semuanya kepada Nuh kerana dia tidak kisah. Janji perutnya tidak kosong. Usai sahaja membuat pesanan, Izzah menyandarkan kepalanya di bahu Nuh. Dia berasa sangat letih dan kalau diikutkan malasnya, dia sebenarnya ingin tidur sahaja di hotel itu akan tetapi Nuh perlu menyiapkan kerjanya dan meneliti beberapa dokumen untuk meeting pada keesokan harinya.

"Penat ke?" Izzah mengangguk. "Sorry, sayang.." "Tak apa.." "Balik ni, I macam tak larat nak teman you buat kerja sayang. "Tak apa, you tidur aje. Tapi, I buat kerja dekat bilik kerja I tau. You nak apa-apa call aje I nanti." Izzah pamer senyumnya. Nuh merenung wajah isterinya. "Pucatnya..." Nuh mengelus bibir isterinya itu. Dia kemudian memandang sekeliling dan tidak menunggu lama, dicium bibir itu. Izzah kelu. Kali kedua Nuh memperlakukan itu di tempat awam. Nasib juga tempat itu tersorok.

"You ni kann sayang...ikut dan you aje.." Nuh tayang sengihnya. "I tak boleh, addict dengan semua milik you.." Izzah mejuihkan bibirnya. "Sabarlah, dekat rumah kan boleh.." "Lambatt.." Izzah mencubit perut suaminya. 'Makin nakal, getus hati Izzah.

Tidak lama kemudian, makanan sampai dan Nuh melayani isterinya terlebih dahulu. Izzah sangat beruntung kerana dia merasakan Nuh selalu mendahulukan dirinya. Sungguhpun perkahwinan masih baru, tetapi Izzah yakin Nuh adalah segalanya bagi dia. Tidak dapat Izzah bayangkan bagaimana hidupnya tanpa Nuh di sisi. Tanpa sedar Izzah tersenyum sendiri. 'Awak beruntung sebab babah awak baik sangat tau..' Izzah memegang perut yang masih kempis itu.

"I suap you pula.." kata Izzah. "Tak apa, I boleh makan sendiri." Balas Nuh. "Alaaa, tak adil macam tu.." rengek Izzah. Nuh melayan sahaja kehendak isterinya. "I sayang you tau.." bisik Nuh. "I pun.." balas Izzah sambil dia mengelap bibir Nuh. "Ni I punya tau.." kata Izzah sambil tangannya masih di bibir suaminya itu. "Seluruh diri I, hak you tau.." Balas Nuh. Izzah tersenyum sipu.

Sedang mereka makan, tiba-tiba Alma datang menghampiri mereka. Kalau diikutkan tempat VVIP itu bukan semua orang boleh masuk, tetapi kerana sebelum ini Alma sudah terbiasa dan dia juga seperti tahu keberadaan Nuh di situ.

"Wowww! Sweet tau makan pun bersuap.." Alma terus duduk di situ tanpa dijemput. Izzah menahan sabarnya. "You buat apa Alma? Kenapa you masuk sini?" Nuh masih mengawal tone suaranya.

"Saja aje, you pun macamlah I tak biasa. Kita selalu lepak sini kan dulu. You pun pernah cakap dekat I, boleh aje masuk sini."

"I cakap, masuk sini bila ada benda penting aje. Sebelum ni pun bukan kita berdua, I akan ajak dengan staff lain juga." Balas Nuh.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now