~Flashback~
Sebelum Izzah menuruni kereta, Izzah melihat kad yang dikepilkan oleh Nuh pada bunga itu. Sebenarnya, tadi Izzah tidak sempat membaca dan Izzah membacanya sebaik sahaja Nuh memarkir kereta di hadapan rumah Izzah.
"Boleh ke I baca dekat sini?" Soal Izzah
"Boleh..I tak kisah.." balas Nuh. Nuh merenung tunang tersayang dengan senyuman. Izzah membalas senyuman itu. 'Handsome mattt!' Getus hati Izzah. Izzah membuka kad itu dan dibaca satu persatu.
'Pesakit perlukan doktor untuk merawat, tapi I perlukan you untuk lengkapkan hidup I..'
Izzah memandang ke arah Nuh. "You lamar I yang ke berapa kali?" Tanya Izzah. Nuh tertawa. "I nak jawab soalan you.." Izzah mengerutkan dahi. "Soalan?" Nuh mengangguk. Izzah menggelengkan kepalanya tanda tidak faham.
"You pernah tanya doktor mana yang I suka kan? Ingat tak?" Izzah berfikir seketika. Nuh tersenyum melihat Izzah yang kebingungan. 'Cepat betul lupa,' getus hati Nuh. "Bukan nurse dan bukan sesiapa tapi you yang I cinta, sayang.." balas Nuh romantis. Izzah kelu tetapi dia menguntum senyum.
"Manis betul mulut you ni..rasa nak gigit aje!" Izzah geram sahaja dengan Nuh yang semakin pandai memikat hatinya. Nuh tersenyum bahagia. Dia kemudian mendekatkan bibirnya ke telinga Izzah.
"Lengkapkan hidup I dan hilangkan resah I.." bisik Nuh perlahan. Izzah meneguk liurnya. 'Makin seramlah Nuh ni..' bisik hati Izzah.
"Tu aje?" Kata Izzah dengan sombong. "Setiap hari ke you resah sampai I kena hilangkan?" Soalan Izzah membuatkan Nuh tersenyum. "Sekarang I boleh tahan, tapi bila you sah aje..resah tu semakin resah." Balas Nuh.
"Hurmm..nak I tambahkan resah you tak?" Jari Izzah bermain di dada Nuh yang berlapik baju itu. "Izzah Syakirah.........." Panggil Nuh meleret. "Ye sayanggg...kenapa? Tengah resah ke?" Soal Izzah sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. "You kenapa nakal sangat ni?" Tanya Nuh sambil dia menggenggam lembut lengan Izzah yang berlapik itu.
"Salah ke I nakal? You tak suka ke sayang?" Tanya Izzah.
"Bukan tak suka, I yang tak tahan lama-lama macam ni. Elok 6 bulan, nanti malam ni juga I bawa you jumpa tok kadi." Balas Nuh. Izzah tertawa kecil. "Rawrrrr ganaslah you ni. I suka tauuuu!" Izzah memandang nakal. Nuh menggeleng kepala sahaja. 'Ada juga doktor perangai gila macam ni?' Getus hati Nuh.
"Mengutuk I dalam hati ke tu?" Soal Izzah apabila dia melihat Nuh menggeleng kepalanya. "Macam mana you tahu?" Soal Nuh. "Come on Nuh, selain pakar puan I pun pakar baca hati orang tau." balas Izzah.
"Doktor pun manusia biasa juga tau, sayang.." Kata Izzah. Nuh menjungkit bahunya. "Memanglah manusia biasa, sayang. Tapi, you ni meminta sangat." Izzah ketawa lepas. "Sorry sayang, I saja aje usik you, kalau I melampau you tegurlah..I okay aje.." pesan Izzah.
"Jadi diri you sendiri aje, sayang. I okay aje, tapi dengan I ajelah you macam ni..dengan orang lain I tak izinkan tau." pesan Nuh. Izzah mengerdipkan matanya tanda setuju dan dia kemudian meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.
~End of Flashback~
Satu bulan kemudian..
Hubungan Nuh dan Izzah baik seperti biasa. Rutin harian Nuh, dia akan mengambil dan menghantar tunangnya. Jika Izzah on call, Izzah akan memandu kereta sendiri dan perkara itu dipersetujui Nuh memandangkan mereka belum mempunyai ikatan yang sah lagi. Kalau diikutkan Nuh, dia boleh sahaja menghantar Izzah sekalipun waktu di waktu tengah malam kerana dia faham dengan kerja Izzah. Akan tetapi, Izzah tidak mahu menyusahkan Nuh dan bimbang mengganggu tidur Nuh sahaja.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.