NL❤️IS 14

1.7K 106 70
                                    

"Sayang dah maafkan I?" Soal Nuh apabila dia melihat Izzah hanya diam memandangnya.

"I tak sukalah macam ni Nuh. I tak naklah kita gaduh macam ni. Boleh tak lepas ni you tanya I dulu dan dengar apa yang I nak cakap. I tahu you cemburu tapi berpada-pada. I sayang you, I rindu you sangat." Balas Izzah.

Nuh menguntum senyum. Lega hatinya apabila Izzah berkata seperti itu. Sekurangnya dia tahu Izzah sudah memaafkannya.

"I pernah hilang orang yang I cinta dulu, kesilapan I sebab I tidak bersungguh untuk mempertahankan hubungan itu. Tapi, I percaya dengan semua takdir yang dah tertulis untuk I..bila I dipertemukan dengan you I tak akan sia-siakan. I pun tak nak gaduh dengan you. Tapi, benda pun dah jadi. Silap I." Nuh sedar akan kesilapannya.

Izzah pamer senyum. "Tak apelah, sekurangnya kita belajar sesuatu. Mungkin inilah dugaan bertunang." Nuh mengangguk kepalanya.

"Tidur mana malam tadi?" Soal Nuh ingin tahu.

"Rahsiaaa.." balas Izzah.

"Tak baik rahsia daripada tunang sendiri. Izzah menjungkit bahunya. Dia tidak mahu memberitahu Nuh.

"Mana you tahu I tak balik?" Soal Izzah pula.

"I tunggu you depan rumah sampai pagi lepas tu I terus pergi hospital. Nasib pergi kerja, kalau tidak I buat report polis cakap Nazreen culik you." Izzah mengecilkan matanya. "Perangai sangat you ni.." kata Izzah. Nuh buat selamba sahaja.

"Sorry terpaksa dukung you tadi, kalau tak buat macam tu..you degil." Kata Nuh lagi.

"Hurmm..I report dekat along tahulah. Berani you dukung I kan?" Izzah menjeling tajam.

"Terpaksa..merasalah kena dukung dengan I kan?" Nuh mengusik. "Errrr, dah baik menggatal pula.." ngomel Izzah perlahan.

"I dengar tau..tak ape, lepas kahwin kita belajar cara dukung lain pula..orang kata lagi seronok.." Nuh mengenyitkan mata.

"Dukung dengan lambung lain tau Nuh.." balas Izzah dan Nuh tertawa lepas. Itulah yang dirindukan Nuh. Gurauan dan usikan daripada Izzah yang selalu membuatkan dia akan selalu dekat dengan Izzah.

"Busy sangat ke hari ni?" Soal Nuh. "Hurmm, kenapa?" Balas Izzah. "I nak dating dengan you..jom sayang?" Ajak Nuh.

"Hurmm..busy, sayang..I ada appointment lepas tu ada discussion sikit. Lunch pun I rasa dalam pukul 2:00 atau 3:00 petang nanti. You tak masuk office?" Soal Izzah.

"Malas..I nak berkepit dengan you aje 24 jam. You buat ajelah kerja you, I tunggu you dekat bawah."

"Errrr..Nuh, nak ke petang tu lama lagi tau. Apa kata, you masuk office macam biasa. I cuba habiskan discussion cepat then kita pergi dating.." balas Izzah. Izzah bukan apa, kasihan juga dengan Nuh. Daripada malam tadi Nuh menunggunya.

"You tak suka I ada dekat dengan you ke?" Soal Nuh.

"Bukan soal tak suka, jangan nak pusing ehh..ada sebab kenapa I cakap macam tu.."

"Sebab apa?" Tanya Nuh lagi.

"You tak tidur dari semalam kan?" Nuh menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Rehatlah, sayang..I tahu you penat, kalau you nak dating dengan I..pergi office, tak nak pergi office..balik rumah.." kata Izzah tegas.

"I lelaki Izzah. Tenaga I banyak. Setakat tak tidur tu, bukan jadi isu sangat.." balas Nuh.

Izzah memandang tepat ke anak mata Nuh. "Nak dating atau tak?" Tanya Izzah.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now