"Izzah..." Izzah menoleh dan dia agak terkejut. Tidak lama, Izzah membuka pagar kecil untuk mengajak tetamu masuk ke rumah. "You sihat?" Mereka berpelukan seketika.
"Alhamdulillah, makin baik.." balas Izzah. Alma tersenyum. "I minta maaf Izzah dengan apa yang dah jadi." "Benda dah lepas kan? Lagipun, bukan you sengaja.." balas Izzah. "I ada dengar..." "Sorry Alma, I kalau boleh tak nak ingat benda tu..I sendiri tengah kuatkan diri I.." "Sorry Izzah.." "Jomlah masuk..ada papa dengan mama sekali.." "Oh iya ke? Bila diorang sampai?" "Seminggu dah, diorang tolong jaga I.." Alma mengangguk faham.
Baru sahaja Alma masuk, mama memanggil Izzah dan mama terkejut melihat Alma bersama dengan Izzah. "Assalammualaikum aunty.." "Waalaikumsalam..bila sampai?" Soal mama. "Baru aje.." balas Alma sambil bersalam. "Jomlah masuk, lama kita tak jumpa kan.." Alma angguk kepalanya. "Mama ni, lupa Izzah ye.." Izzah tayang muka cemberutnya. "Manjanya menantu mama ni.." Izzah tayang sengih. "Saje aje gurau..jomlah kita masuk.." ajak Izzah ramah.
Izzah baru sahaja ingin ke dapur untuk membuat minuman tetapi dihalang oleh mama. Izzah kemudian duduk semula untuk melayani tetamu. Papa yang baru sahaja turun ke bawah juga terkejut melihatan kedatangan Alma. "Alma??" Alma senyum. "Betul uncle.." "Jauhnya ke sini. Ada shooting apa-apa ke?" "Tak juga uncle, saja nak lawat Izzah. Lepas dari kejadian hari tu, tak sempat lagi nak tanya khabar." Balas Alma. Papa senyum memandang Alma. Papa juga tahu Alma mempunyai perasaan terhadap Nuh akan tetapi Nuh tidak menganggap lebih daripada seorang kawan.
"Sihat ke ni?" "Alhamdulillah.." balas Alma. "Uncle dengar kamu nak berhenti modelling dah?" Soal papa. "Nampaknya macam tulah uncle. Sampai masa dah rasanya.." balas Alma. "Tak apalah, kamu pun dah ada nama. Rasanya dulu lagi Nuh dah suruh buat kan?" "Betul uncle, tapi biasalah nama pun manusia. Lagi macam Alma ni uncle, tak pernah puas. Tapi, alhamdulillah sekarang ni slowly nak berubah untuk jadi lebih baik.." "Alhamdulillah.." ucap mereka semua.
"Minta maaf kalau Alma kacau masa semua orang, Alma tak lama pun ni. Lega dapat tengok Izzah." "Mak dengan anak dua-dua kuat..alhamdulillah, semuanya selamat.." kata mama. "Terima kasih sebab dah selamatkan Izzah.." kata papa pula. "Tak ada apa pun uncle, Allah nak lindungi Izzah masa tu dan kebetulan Alma ada dekat situ." "I yang patut cakap terima kasih dekat you, Alma." "Dah lah tu, nak sedih-sedih pula." Balas Alma. "Makan sini nak?" Tanya mama. "Tak apa aunty, Alma nak jumpa kawan pula. Flight Alma nak balik ke semenanjung malam nanti. Sementara tengah ada masa ni, ingat nak jumpa dengan kawan sekejap." Jelas Alma. "Baiklah, aunty tak nak paksa. Faham ada urusan.." "Sorry aunty.." Mama kerdipkan matanya.
Tidak lama kemudian, Alma meminta izin untuk pulang. Izzah menemani Alma hingga ke pintu pagar. "Maafkan salah silap I dengan you. I malu juga dengan perangai sendiri. Entah apa I fikir masa dulu." Izzah senyum sahaja. "Sampaikan salam I pada abang dengan kakak ipar you. By the way, cantik betul kakak ipar you. Sesuai dengan abang you.." "In shaa Allah. You jaga diri elok-elok. I doakan you selalu. You baik sebenarnya Alma, you selamatkan I dengan anak dalam perut ni. Semoga Allah lindungi you.." Izzah memeluk Alma dan mereka berbalas pelukan.
"I pergi dulu tau, kalau ada dekat semenanjung..boleh roger I. Kirimsalam Nuh sekali.." Izzah kerdipkan matanya. Sebaik sahaja Alma berlalu, Izzah terus masuk ke dalam rumah. Dia terus naik ke biliknya kerana mama menyuruhnya berehat. Izzah mengambil telefon bimbit lalu dia menghubungi suaminya. "Alamak..kan tengah meeting.." Izzah menepuk dahinya. Terus dia matikan panggilan. Tidak lama, handphone Izzah berdering.
"Kenapa sayang?" Soal Nuh cemas. "Errr..sorry sayang. I lupa you tengah meeting." Balas Izzah. Nuh menari nafas lega. "Tak apa, I risaukan you aje. Buat apa aje tu?" Soal Nuh. "Baru baring.." Nuh pelik. "Tadi buat apa aje?" "Lepas you pergi kerja tadi, Alma datang." Nuh terdiam seketika. "Alma datang?" "Haah sayang.." "Lepas tu?" Soal Nuh. "Tak ada apa, dia just tanya khabar. Maybe dia ada kerja kot dekat sini.." "Faham.." "Ehh..you kan tengah meeting.." "Tak, tengah take five sayang..I rindu you.." kata Nuh perlahan. Izzah tersenyum sendiri. "You jual mahal kan?" "Arghhhhh!! Bukan jual mahal, I tak nak you sakit. Tak apalah, I sanggup tunggu.." balas Nuh. "Sanggup konon.." "Tapi, I berjaya kan? Maknanya, masa pantang nanti I boleh control diri I.." "Tengok ajelah sayang.. maklumlah, you dengan abang I sama aje miangnya.." "Sayanggggg..salah ayat you tu.." kata Nuh. "Kenapa pula?" Soal Izzah. "Bukan I dengan abang you, tapi you dengan abang you..." balas Nuh tertawa. "Errrrr..you jangan peluk I malam ni.." Izzah geram.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.