"Siapa yang mengandung lagi???" Syakir menelan liurnya. 'Matilah akuuuu!' Getus hati Syakir. "Izz Syakir, Izra Nauraaaaaa...." Ibu terus memiat telinga anak lelakinya itu.
"Ma-na ada ibu..." merah telinga Syakir akibat dicubit ibu. "Nauraaaaa.." panggil ibu. "Ye ibu.." "Betul ke kamu mengandung?" Naura memandang suaminya. "Abang cakap apa dengan ibu?" "Mana ada apa-apa. Ibu yang salah dengar tadi.."
"Betul ke Naura?" Tanya ibu lagi. "Tak la ibu, Naura baru habis period. Percayalah cakap Syakir tu.." ibu menarik nafas lega. "Awak ni ibu, biarlah Naura mengandung lagi pun. Dah dia ada suami.." kata abah. "Awak ni abah..tunggu yang dalam perut Izzah tu keluar dulu.." "Biarlah sekali, senang awak juga yang nak jaga dalam pantang nanti.." balas abah. "Jangan nak mengadalah abah. Dua orang tu baru nak membesar, bagilah lama sikit manja dengan mak ayah dia.." Ibu geram sahaja dengan suaminya itu. "Takut tua lah tu..cucu dah ramai.." sampuk Syakir. "Kamu jangan macam-macam Syakir. Jaga isteri elok-elok. Bagi sihat yang dalaman tu dulu. Jangan tahu nak ehekk la uhukk lah.." Naura dan Syakir menahan tawanya. "Ibu pun pandai ehekk uhukkk yee?" Kata Syakir sambil tersenyum. "Abah kamulah ajar.." "Ha ha ha.." terhambur ketawa mereka semua.
"Mana Izzah dengan Nuh? Dari tadi tak keluar bilik? Lamanya gaduh.." tanya abah. Syakir dan Naura berpandangan.
"Ohh..gaduh ke?" Balas Syakir. "Biasalah Syakir, orang tengah mengandung..hormon tak stabil, benda kecil pun jadi besar." Kata abah. "Betullah tu abah, tapi kejap aje tu. Rasanya dah berbaik tu. Pujuk dengan mulut tak jalan, kena pujuk dengan tindakan kan abah.." balas Syakir. "Itu abah setuju..benda boleh orang kata.." tambah abah lagi. "Amboi abah..benda boleh yaaa.." perli ibu. Abah tayang senyumnya.
Usai sahaja maghrib, Nuh dan Izzah keluar daripada bilik. Melihat kemesraan mereka berdua, tahulah ibu dan abah bahawa mereka sudah berbaik.
"Baik dah?" Izzah tayang sengihnya. "Menjadi-jadi kau eh Izzah.." kata Syakir. "Apa yang menjadi?" Syakir menggeleng kepalanya. Nuh tersenyum bahagia. "Bukan main senyum kau Nuh. Apa yang seronok sangat? Tak nak share?" Soal Syakir mengusik. Izzah menjeling abangnya. "Sibuklah kau alonggg.." "Mana Naura?" Soal Izzah. "Tu dekat dapur, orang sibuk hidang makan..kau sibuk hidang laki kauu.." perli Syakir lagi. "Errrrr..tak habis-habis mengata aku.." balas Izzah geram. Izzah terus bangun dan menuju ke dapur untuk membantu ibu dan Naura.
Nuh pula berada di ruang tamu bersama Syakir dan anak-anaknya. "Yara ada beritahu aku..kau yakin ke dia yang punca kau accident dulu?" Soal Syakir.
"Aku kurang pasti yang tu, tapi yang lagi aku pelik diorang tu nampak serasi macam dah lama kenal. Aku yakin diorang tengah plan sesuatu tapi aku tak nak nampak sangat. Diorang boleh buat, aku pun boleh buat.." balas Nuh.
"Aku faham Nuh. Aku nak kau hati-hati. Aku tak tahu target dia siapa sebenarnya. Daripada apa yang Yara cerita, nampaknya target dia korang berdua. Tapi itulah, kenapa Izzah? Izzah tu bukan jenis ramai kawan apatah lagi musuh. Itu yang buat aku tertanya."
"Aku pun nak tahu juga. Hati manusia kita tak boleh duga. Cuma aku risaukan Izzah sekarang ni. Dengan keadaan dia macam tu, emosi dia aku kena jaga." Syakir mengangguk faham.
"Siapa Alma tu?" Soal Syakir. "Mana kau tahu?" "Pernahlah aku dengar dia cerita dulu. Ni gaduh sebab orang yang sama ke?" Tanya Syakir lagi. Nuh mengangguk kepalanya. "Dia best friend aku. Dah lama sangat pun kitorang kenal. Sampai dia dah bercerailah. Tapi, itulah menjadi-jadi pula perangai dia sekarang."
"Dia suka kau?" Tanya Syakir. "Sukalah kot.." "Senang jawapan kau ehh.." "Dah orang suka, aku mana boleh halang perasaan tu." Balas Nuh. "Kau pernah suka dia?" "Tak..aku memang anggap dia kawan aje. Tak lebih daripada tu.." balas Nuh. "Yang tu, aku tak naklah masuk campur..kau kena pandai handle, mana boleh elak..elakkan. Kawan tetap kawan tapi ada limit. Sama macam aku dengan Leila, Dina." Nuh angguk kepalanya.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.