"Tuan! Tuan! Faleq!"
Teriakan nama yang asyik dipanggil dalam hujan lebat tidak kedengaran oleh gegedang telinga lelaki yang sedang berlari terencut-encut menahan kesakitan di bahagian perut.
"Haish! Kenapalah waktu-waktu macam ni juga dia nak cari pasal!" geram Taufiq sambil menahan amarahnya dengan menggenggam kuat telefon milik Faleq.
Malam yang indah seperti bulan purnama bertukar tragedis apabila Faleq yang merupakan ketua mafia diserang bertubi-tubi oleh musuh terkuat mereka apabila sepatutnya perjanjian kontrak dilakukan.
"Ragus! Pastikan tuan kita tak terjatuh dalam perangkap diaorang! Cari sekarang!" lantang Taufiq mengarahkan anak-anak buahnya. Dia tahu jika Faleq jatuh ke dalam perangkap musuh mereka, mereka akan sedaya upaya merampas semula kedudukan tertinggi dalam mafia.
Berhentak-hentak kasut but berlari dalam keadaan lecak menuju ke induk pangkalan mafia yang kini menjadi milik Faleq Iskandar.
Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku seterusnya dan akibat yang akan diterima pihak musuh kerana kumpulan Faleq yang jauh berganda-ganda kuat berbanding mereka.Di satu sudut yang gelap tidak diterangi cahaya bulan, Faleq merintih kesakitan yang amat mendalam. Tapak tangannya yang besar menekap kuat di bahagian perut kanannya. Kakinya lemah dan jatuh terduduk sambil mengharapkan keajaiban.
"Ah... Ah... To... Tolong sesiapa kat sa... Sana" rintih Faleq. Penat menahan sakit. Terasa ajalnya sudah sampai. Namun sebaliknya seorang wanita kiriman Tuhan yang tiba.
Berpakaian hoodie putih dan seluar jeans wanita itu mengira langkah dengan rasa ragu-ragu untuk melihat dan mencari dari mana datangnya suara itu.
Rambutnya yang diikat toncang dilepaskan dan diikut kemas.
Perlahan-lahan kakinya menuju ke arah Faleq yang dia sendiri pun tidak pasti keberadaan lelaki itu di mana sebenarnya. Hanya firasat yang menjadi arah pandu.
"Helo? Siapa kat sana?"
Bergetar suara wanita itu. Maklumlah terlalu banyak filem seram dan jenayah dia tonton.
Semakin hampir jarak wanita itu dengan Faleq, semakin kedengaran tapak kasut yang dipakai oleh wanita misteri itu. Sejurus itu dia terus merebahkan dirinya di hadapan kaki wanita yang sedang menjengukkan kepalanya ke dalam ruang gelap itu.
"Ah! Jangan! Pergi! Pergi! Nyah kau dari sini!" teriak ketakutan suara Nisrina. Terbawa-bawa dia dengan skrip dunia lakonan yang selalu dia tonton malam Sabtu.
"Shhh... Aku manusia. Tolong selamatkan aku" pinta Faleq. Kali ini dia betul-betul lemah dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang ketua mafia.
Selepas mendengar ayat 'manusia' itu tadi, dia bergegas manjatuhkan lututnya. Beg totenya dihamparkan ke tanah yang diisi dengan lumpur hujan.
Matanya terbuntang luas melihat keadaan Faleq yang berlumuram darah. Cepat-cepat dia menegeluarkan kapas di dalam beg totenya.
"Encik okay tak ni? Mestilah tak okay kan. Encik boleh berjalan ke tak? Taklah kan. Sekejap... Rina, fokus. Dia patient kau. Kau kena buat sesuatu. Fikir cepat Rina..."
Inilah Nisrina. Apabila semuanya berlaku demgan cepat, otaknya yang pandai dan geliga itu pun menjadi lembab seketika.
Andailah Faleq mempunyai kudrat ketika itu, dah lama dia menengking wanita itu. Terlalu lambat.
"Jarak hospital saya bekerja tak jauh, jadi encik boleh tahan sekejap sementara saya panggil kawan saya?"
"Jangan. Tiada siapa boleh tahu. Hanya kau saja dan jangan bawa aku pergi hospital kau dan rawat aku di sini saja" pantas Faleq membalas soalan Nisrina.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...