bab 2

64 6 0
                                    

Dua keping Crouffle bersama hiasan gula aising yang ditabur dan buah strawberi dihidangkan di atas meja. Selang beberapa minit pula, Croissant pure butter pula tiba pada pemilik yang telah buat bayaran tadi.

Masing-masing mengeluarkan telefon untuk memberi telefon makan dahulu sebelum masuk ke dalam mulut.
Pisau dan garfu memotong Crouffle kepada dua bahagian. Kepingan kecil disuap masuk dengan penuh nikmat ke dalam mulut.

"Sedapnya...cair dalam mulut." Kata Rina. Riak wajahnya berkerut senang. Tak terkata nikmatnya dapat makan makanan sedap setelah sekian lama dia tidak menikmati makan dengan tenang.

"Kan! Croissant ni pun sedap sangat. Nasib aku pandai pilih kafe. Kau pun untung juga." Sambung Nana pula.

"Agree. By the way, kenapa kau nak jumpa aku tiba-tiba ni pula? Sebelum ni bukan main sibuk sampai aku ajak jumpa pun tak nak."

"Tak adalah, aku nak jumpa kau sebab nak bagitahu kau sesuatu. Tapi pastikan kau telan dulu makanan dalam mulut. Takut tersedak pula." Pesannya siap-siap. Karang tercekik pula.

"Alah, tak apa. Cakap ajelah. Aku tak akan tersedak." Ujarnya seraya sumbat kepingan besar bersama buah strawberi.

Jari jemari Nana direhatkan di atas meja. Menarik nafas panjang sebelum dia katakan apa yang dia ingin katakan. Rambut diselit di belakang telinga. Mengukir senyuman terlebih dahulu.

Wajah Rina direnung sesaat.

"Aku akan berkahwin hujung bulan ni." Katanya, ringkas.

Jeda.

Kahwin? Kawan baik dia dah nak kahwin? Biar betul!

"Huk! Huk!"

Kan dah tersedak. Itulah, lain kali kalau orang dah bagi amaran, dengar. Jangan sombong. Tangan tergesa-gesa mencari tisu. Cepat-cepat dia menglap di sekitar mulutnya. Air mineral yang dihulur Nana dia capai dan meneguk laju.

Dahi Rina berlapik halus. Bibir sipi-sipi menguntum senyuman.

"Kau, kalau terdesak sangat nak kahwin janganlah sampai macam ni. Dari zaman belajar lagi kau cakap nak kahwin. Kau bercinta pun asyik tak menjadi. Dah ada calon ke? Aku tak percaya. Mana bukti? Kad kahwin? Cincin tunang? Mana?" Bertubi-tubi soalan dihembus. Tidak percaya dengan kata-kata Nana tadi. Calon suami pun tiada, inikan pula nak kahwin.

Memang taklah dia mahu percaya kalau tiada bukti.

Nana menghelu nafas panjang. Tangan meraba-raba dasar beg tangan. Mencari sesuatu untuk meyakinkan Rina yang sedang mengetawakan dirinya sekarang.

Sekeping kad kahwin yang bercetak dua nama pada kertas keras itu dihulurkan pada wajah Rina.
Terbuntang luas matanya sebaik sahaja bukti sudah ada di hadapan mata. Tiada kata yang dikeluarkan melainkan dia membaca nama yang tertera sambil membelek-belek depan dan belakang.

"Nana Hanisha dan Amir Mika?" Nama yang telah dicetak dia baca. Mata itu memandang kornea milik Nana, dalam.

"Ya. Amir Mika ialah calon suami aku." Jawabnya.

Kad itu diletak semula di atas meja.

"Seriously? Nana! I'm happy for you! Argh, finally kau kahwin juga. Tak sabar nak makan nasi minyak!" Teriaknya, teruja. Lantas, dia bergerak ke sisi Nana seraya itu memeluknya erat. Tersenyum lebar dilukis pada wajah.

Bahagia melihat kawan baiknya akan mendirikan rumah tangga. Hampir-hampir dia menjatuhkan air mata pada bahu perempuan itu.

"Thanks, Rina. Aku pun sebenarnya tak sangka yang aku akan berkahwin juga akhirnya." Tutur Nana sehingga pelukan itu terlerai dengan sendiri. Rina kembali duduk di kerusinya tadi. Jelas terpampang pada wajahnya yang dia sangat bahagia dengan khabar itu.

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now