Seusai tayar kereta ditegakkan, handbreak diangkat tinggi kemudian enjin kereta dimatikan dengan sekali tekan. Tali pinggang ditanggalkan. Begitu dia menoleh ke tempat duduk penumpang, ada wajah yang sedang bermasam cuka mukanya. Tiada secalit senyuman terpampar.
Bibir dikemam rapat. Jari telunjuk cuba mencucuk bahu orang yang sedang merajuk. Ada senyuman halus terukir.
Cubaan pertama tidak berjaya.
Kali kedua juga tak berhasil.
Lambat-lambat dia memandang wajah Rina di sebelah. Tidak termakan dengan pujukkan jari itu. Tapi tewas juga apabila bibir perempuan itu mencebik dan mata boba itu bersinar-sinar dan akhirnya membuatkan hatinya luluh.
"Kau tak payah pujuk aku. Aku dah mengalah." Tutur Faleq. Masih bermasam muka dek hal tadi. Itulah, sendiri yang gali kubur sendiri. Kan dah merana!
"Siapa kata saya nak pujuk awak. Saya saja aje uliskan jari saya kat lengan awak."
"Turunlah cepat. Kita dah sampai rumah." Pintu kereta dibuka seraya mengangkut sekali barang-barangnya di tempat duduk belakang.
Jujur dia kata yang sepanjang dia pandu kereta mahal dan gah Faleq ini, dia rasa tidak selamat. Sudahlah besar, sistemnya juga agak berbeza daripada Bezza biru kesayangannya. Disebabkan keadaan Faleq yang seperti puteri lilin, lemah dan lesu setelah menderma darah, terpaksalah dia yang memandu.
Mendengar sahaja pintu kereta ditutup kuat, langkah Taufiq dan Ragus menggegarkan bumi. Terkocoh-kocoh mereka keluar untuk menyambut dua orang itu. Kaki mereka kaku di ruang pintu. Tergamam melihat Rina berbadan kecil itu memandu kereta besar. Tapi mana Faleq? Kenapa dia tidak kelihatan?
"Tuan awak berdua ada kat sini." Tutur Rina seraya membukakan pintu untuk Faleq. Haih, sepatutnya dia yang duduk di dalam. Terbalik pula.
Bingkas Taufiq melulu ke arah Faleq untuk memapahnya berdiri tegak. Memandang wajah Rina dengan tanda soal.
"Ouh, Faleq jadi macam ni sebab dia derma darah tadi. Tu yang lemah semacam." Jawab Rina dan senyum.
Mulut Taufiq dan Ragus yang sedang berdiri di depan pintu bagaikan longgar. "Der... Derma darah? Bukan ke Tuan Faleq takut..."
"Auch!" Jeritan kecil itu terkeluar daripada hujung bibir Taufiq apabila Faleq menumbuk belakang badan anak buahnya kuat. Cepat Faleq memotong ayat itu sebelum dia habiskan.
"Kenapa? Tuan Faleq yang kuat dan gagah ni takut dengan jarum eh?" Sekali lagi Rina ingin memancing. Mana tahu dapat ikan besar.
"Eh, tak! Tuan Faleq tak pernah takut dengan apa-apa. Betul! Tak tipu!" Kepala digeleng laju.
"Yalah... Saya percaya. Walaupun sebenarnya saya dah tahu tapi saya buat-buat tak tahu ajelah." Katanya dan melangkah masuk dengan ketawa kecil.
Mata yang tajam bagai helang ingin menerkam mangsa menggugupkan dirinya sebelum dia sempat memandang ke tempat lain. Matilah dia...
"Masuk."
Satu arahan keras dan gerun dari dalam bilik yang dihujani dengan habuk dan asap dari putung rokok kedengaran jelas di telinga seorang lelaki berjaket hitam pekat dari atas hingga bawah, serba gelap. Bahkan wajah misteri itu juga tidak dapat dilihat dari jarak jauh.
Pintu terbuka luas. Bau tembakau itu terus melekat pada wajah yang ditutup dan juga pada jaket. Tangan naik mengibas asap itu pergi dari matanya.
Lantas, dia menerpa masuk bersama derapan tapak kasut yang kuat dan berhenti berul-betul di hadapan Zam yang lagi sibuk mengacukan pemetik api pada putung rokok yang masih baru."Hmmm, duduk dulu. Mesti kau ada banyak benda nak sampaikan pada aku, kan?" Rokok itu diletakkan di atas bibir bawahnya lalu ditutup. Menyedut segala bahan kimia masuk ke dalam peparu.
"Tak apa. Aku cuma nak bagitahu apa yang kau dah lama nak tahu." Sahut lelaki misteri itu.
"Okey... Bagitahu aku sekarang. Dari awal sampai habis." Arahnya.
"Faleq dan Rina dah berkahwin dan..."
"Wow! Dah kahwin akhirnya?" Pantas dia memintas. Zam tersenyum sinis. Nampaknya perancangannya berjalan dengan agak lancar.
"Dan sekarang ni lelaki bodoh tu dah semakin percaya dengan sakit aku."
"Kau biar betul? Aku ingatkan Si Faleq tu jauh lebih bijak. Tak sangka dia sebenarnya lembab." Cemuhnya.
"Kalau macam tu, kau teruskan dengan lakonan kau tu. Pura-pura selagi kau boleh dan ingat! Pastikan kau tak gagalkan plan yang aku dah siapkan cantik-cantik." Katanya dengan lantang. Di saat ini dia yakin yang dia tidak lagi seri dengan Faleq. Mungkin hari yang ditunggu-tunggunya bakal tiba tak lama lagi?
"Baik, tuan." Sahut lelaki misteri itu. Satu anggukkan kecil diberikan dan terus melangkah keluar daripada bilik yang berterbangan dengan asap.
Dan malam serta bintang pun kembali semula setelah bumi ini diterangi cahaya terang dari atas sana. Jam-jam begini selalunya waktu untuk semua manusia berehat dari hari yang panjang tapi tidak buat Rina. Dia masih kekal duduk di penjuru katil. Kakinya melekat dengan lantai. Mata melihat skrin yang cerah dan tidak mati itu.
Bibir diketap rapat. Kepala pula asyik tertunduk ke bawah memandang ruang perbualan mesej daripada seorang insan yang bergelar ibu tiri. Panjang mesej itu dari pagi dan di bawa ke belah malam pula. Dia betul-betul sibuk di hospital dan di rumah. Tiada masa untuk melihat telefon. Jari-jemarinya berkira-kira untuk menaip.
"Apalah yang isteri aku buat sampai suami kat belakang pun tak perasan." Suara Faleq memecahkan sunyi antara mereka.
"Huh? Awak dah masuk bilik? Bila? Tak dengar pun? Bukan tadi awak kat bawah?" Soalnya berjujuk-jujuk selepas menoleh ke belakang dan menyedari yang Faleq sudah pun baring sambil bertongkat tangan dengan pandangan yang mengusik.
"Itulah, khusyuk sangat tengok telefon."
"Maaflah. Saya tak perasan awak. Ni... Mak saya mesej cakap nak pinjam duit. Saya tak tahu nak balas apa." Nadanya rendah.
Faleq bangun dan duduk bersila di hadapan isterinya. Pandangan mata yang lembut dilontarkan.
"Kau nak bagi ke? Aku rasa aku ada pesan kat Kamal supaya cari kerja. Nampaknya dia abaikan warning aku."
Rina mengeluh. Penat menghadap benda yang sama.
"Entahlah awak. Kalau saya tak bagi, nanti dia kata saya kedekut."
Telefon yang ada dalam genggaman tangan Rina disambar lalu mematikan skrin itu dan kemudiannya disimpan dalam laci almari sebelah katil. Membulat matanya melihat telefon itu dirampas Faleq.
Kedua belah lengan Rina dicengkam Faleq lalu ditarik membawa tubuhnya dekat ke dadanya. Hampir-hampir hidung mereka hendak berlaga tapi terhenti di situ. Wajah Rina diamatinya lama. Dari mata turun ke hidung dan kemudian bibir mungil yang kemerahan.
"Dah malam. Esok kita boleh fikir lagi tentang tu. Lagipun... Aku dah ngantuk." Ungkapnya, berbisik.
Terkebil-kebil kelopak mata Rina. Jantungnya mengepam darah laju. Nafasnya pun sudah tak keruan lagi.
Tubuh Rina ikut baring di atas lengan Faleq tatkala lelaki itu menghamparkan tubuh di atas katil. Sempat dia bisikkam sesuatu pada telinga Rina.
"Ingat, pagi nanti bangun jangan tendang aku jatuh katil lagi. Sakit tahu?" Sipi-sipi hujung bibir terangkat teringat kisah pagi tadi yang dia terpaksa menahan rasa tendengan kuat Rina. Terkejut barangkali.
Perempuan itu tersedu. Dia malu sejurus ingatan itu menampar dirinya. Hatinya kembang setaman! Benarlah kata Aida ketika itu, da menyesal tidak percaya kata-kata orang yang makan garam dulu.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...