bab 30

44 2 0
                                    

Nisrina merenung jam di skrin telefon berkali-kali. Semakin rimas tatkala melihat skrin telefon itu sudah jam 9 malam. Tidak mungkinlah Faleq terlupa tentang janjinya semalam? Atau dia cuma ingin biarkan Rina sendirian di dalam restoran mewah yang penuh dengan orang-orang kaya ini sambil menikmati stik yang telah sejuk?

Banyak kali dia cuba menelefon Faleq namun tidak diangkat. Hanya peti pesanan yang menyuruh Rina tinggalkan pesanan. Lama-lama pun dia jadi menyampah. Sudah satu jam setengah dia di sini. Pelanggan-pelanggan yang lain pun sudah bertukar-tukar bahkan meja lain juga sudah dibersihkan banyak kali. Hanya meja untuk dua orang ini saja tidak berkemas dek masih ada makanan yang belum dijamah.

Tangan memeluk tubuh, menghangatkan badannya yang sejuk ditiup angin laut. Nampaknya Faleq memang sengaja memilih restoran yang berhampiran dengan laut dan menempah meja untuk dua orang di balkoni luar. Pinggang diluruskan, menopang dagu di atas meja lalu memandang ke tepinya, melihat air laut yang terbentang luas. Alang-alang itu dia memejamkam mata cuba merasai dengan mata hati mendengar deruan ombak yang amat menenangkan. Dapatlah juga kurangkan kemarahan yang tersimpan di lubuk hati.

Pada masa yang sama sewaktu dia menikmati atmosfera di sekelilingnya, tubuh yang terasa sejuk tadi tiba-tiba terasa hangat. Mata dicelik perlahan. Mata itu tertancap pada ketampanan wajah Faleq yang sudah tiba dan duduk di hadapannya. Rupanya kot warna biru gelap milik Faleq yang membungkus tubuh sejuk itu. Manis sahaja senyuman yang terbit dari sang jejaka kacak itu. Rina pula seperti sudah dipukau dengan senyuman milik Faleq. Tak pernah dia segoda ini dengan Faleq.

"Kenapa pandang aku lama-lama? Aku...nampak handsome, ke?" Soal Faleq dengan nada berusik lalu tersenyum senget. Baru hari inilah kali pertama dia mengenakan baju kemeja putih dan kot biru gelap pada tubuh tegapnya. Gaya rambutnya pula seperti karakter dalam cerita anime Titan, iaitu Levi. Makin cair dibuatnya.

Lantas Rina menundukkan pandangannya dan membawa kedua-dua tangan ke atas paha. Wajah dipaling daripada Faleq. Pura-pura merajuk. Tapi sebenarnya dia memang sedang merajuk.

"Aku tahu kau mesti merajuk dengan aku, kan? Kau marah aku? Aku minta maaf sebab terlambat datang sedangkan aku yang dah berjanji dengan kau." Ungkapnya, serba salah.

Rina masih diam.

Faleq cuba memeriksa notifikasi di telefonnya. Banyak kali nama 'heart' itu menelefon dirinya. Dalam dua belas kali? Memang layaklah Rina bermasam muka dan merajuk.

"Okey, aku minta maaf sekali lagi sebab tak angkat call kau. Aku off telefon aku sekejap sebab...ada kerja penting." Terangnya.

"Kerja lagi pentinglah?" Baru kali ini Rina bersuara. Semakin tinggi amarahnya.

Faleq mengetap bibir. Macam ini rupanya perempuan kalau merajuk. Dia menghela nafas pendek.

"Again... I'm so sorry. Aku mungkir janji sebab tak datang tepat pada waktu dan biarkan kau sorang-sorang, kesejukkan pula tu. Alololo, nak ais krim tak?" Sempat lagi Faleq cuba bergurau dengan Rina. Manalah tahu dia terbuka hati.

"Tak nak."

"Alah, kalau macam tu...kau mesti dah lapar, kan? Kenapa tak makan aje dulu?"

"Sebab saya nak makan dengan awaklah. Saya call awak banyak kali sebab saya risau kalau-kalau ada benda menimpa awak." Katanya. Barulah sekarang Faleq faham. Dia tertawa kecil dan tersenyum nipis. Sayang juga dia pada Faleq.

"Kau risau pasal aku? Baik, aku minta maaf sebab buat kau risau. Aku janji lepas ni aku akan tak akan buat kau risau atau gelisah hanya disebabkan tak angkat call. Jadi... sekarang ni adakah permohonan maaf aku dah diterima?"

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now