bab 9

44 4 0
                                    

"Dah sampai. Awak boleh berhenti kat tepi sini. Takut kalau awak pergi depan lagi nanti ramai orang." Kata Rina sambil turun daripada motor tinggi itu. Kainnya diregangkan supaya tidak kelihatan begitu renyuk.

Motor itu diparkir selang beberapa kereta.

"Terima kasih tau, Faleq. Terima kasih banyak-banyak." Ucapnya syukur dan menapak pergi. Dah lambat ni.

"No problem. Sebelum tu, sini sekejap."

Tubuh Rina berpaling. Memandang wajah Faleq dengan tanda tanya.

"Kenapa?"

Tangan kiri Faleq naik menyentuh awning tudung bawal Rina yang telah rosak dek tiupan angin kuat. Dia cuba membetulkannya walaupun tidaklah sesempurna mana. Senyuman manis dilukis pada wajah.

Dup, dap, dup, dap

Jantung oh jantung. Kenapalah kau berdegup laju sangat ni? Tenanglah. Dia cuma betulkan tudung kau aje. Jangan fikir bukan-bukan.

"Dah cantik. Masuklah. Aku tunggu kat sini." Tuturnya lemah lembut.

"Eh, tak apa. Awak balik aje..."

"Habis tu kau nak balik naik apa? Kereta kau kat sana. Tak apa, aku tunggu aje kat sini." Bantah Faleq.

"Hmmm, okeylah. Kalau macam tu saya masuk dulu." Tuturnya selepas melemparkan senyuman sehingga muncul lesung pipitnya yang dalam.

Selepas lesap Rina daripada pandangan Faleq, dia terua rebah di atas motornya. Cair hati ini melihat lesung pipit Rina.

"Cantiknya kau, Rina..."



Bunyi kompang mula memenuhi ruang bawah khemah yang di mana tempat majlis kahwin Nana berlangsung. Sepanjang langkahnya ditemani dengan senyuman namun cepat. Dia berlari terus ke arah Nana yang sudah pun duduk di atas pelamin. Wajahnya tampak bimbang kerana belum nampak kelibat Rina.

Tapi apabila Rina melambai-lambai tinggi ke arahnya, dia senyum lega.

Dia berlari anak mendapatkan kipas pengapit daripada ibu Nana lantas meletakkan hadiah yang dibelinya semalam di atas meja dan terus berdiri dalam keadaan termengah-mengah sebelah Nana.

"Cantiknya kau. Macam princess." Puji Rina. Sempat lagi dia memuji perempuan berbaju kahwin seperti puteri di raja bersama makhota kecil di atas kepala.

Kipas pengapit menutup wajah Nana sebelum dia berjumpa dengan seorang lelaki yang sudah sah untuk menyentuh.

"Thank you..." Ucapnya dan senyum lebar.

Semakin dekat jarak pengantin lelaki dengan pengantin perempuan, Rina menyedari sesuatu. Sesuatu yang sangat mencurigakan. Wajah pengantin lelaki itu seperti yang pernah berada dalam memori.

Betul ke dia lelaki yang bernama Amir Mika? Tapi kenapa mukanya kelihatan seperti Naufal?

2 tahun lepas...

Mesej yang masuk berderu-deru menyebabkan bunyi notifikasi telefon Rina tidak berhenti sejak dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya. Hoodie putih yang terkena darah, dia rendam dalam baldi dengan sabun sebelum basuh hari esok.

Tuala dililitkan di atas kepala sementara masih basah. Baju tidur dan seluar tidur berwarna ungu dia pakai. Toner pad dilekat pada kedua belah pipi. Tubuhnya dihamparkan pada tilam yang empuk. Skrin diselak lantas menekan ruang mesej yang disimpan nama itu sebagai 'crush aka boyfriend'.

Dari atas hingga ke titik akhir dia baca. Bukan sekadar baca tetapi dia baca dengan hati. Hati yang begitu sakit bagai tertusuk belati tajam. Sangat sakit. Tiada kata lain yang boleh terjemahkan rasa ini. Air mata terus bertakung sehingga penuh dan akhirnya jatuh bercurah-curah.

Pada titik nohktah ayat itu telah meretakkan sekeping hati yang terluka. Ayat-ayat itu hanya dibiarkan dengan dua tanda biru.

Telefon itu dibiarkan atas katil. Manakala Rina menyusun tapak dengan lemah duduk melutut, jatuh daripada atas katil. Tuala yang ada di atas kepala dia tanggalkan. Kolar bajunya dicengkam kuat. Rasa sakit sangat. Sakit apa ini? Kenapa dia tak boleh berhenti menangis? Kenapa?

"Sakitnya...sakitnya...sakit!" Teriak Rina. Air mata terus mengalir. Tiada belas kasihan.

Mendengar teriak Rina, Nana terus mendaki anak tangga mendapatkan suara itu.
Tombol pintu dipulas laju. Rahangnya jatuh melihat Rina sedang menangis. Tersedu-sedan suaranya.

"Rina, kenapa ni?" Dia memegang tangan perempuan itu erat.

"Naufal...Naufal...dia cakap yang...dia tak pernah pun ikhlas suka aku dan dia...kata dia tak pernah pun cintakan aku sepanjang kitaorang bercinta!" Bibirnya diketap kuat-kuat. Meraung bagai orang gila yang kehilangan anak. Lidah kelu. Tidak terkeluar kata-kata lain selepas dia memeluk tubuh Nana.

"Rina..." Nana membalas pelukan itu. Belakang kepala diusap, memujuk. Dia cuba menenangkannya.

Dia tahu sakit putus cinta. Lebih-lebih lagi pabila Rina dapat tahu kebenaran sebenarnya yang dia hanya bertepuk sebelah tangan selama ini.

Sejak peristiwa itu, dia berhenti kerja di tempat yang lama kerana mahukan udara yang baharu dan tidak lagi duduk sebumbung dengan Nana kerana tempat kerja yang sekarang ini jauh daripada tempat yang lama.

"Nana...itu ke suami kau? Nama dia apa?" Soal Rina. Nadanya bergetar.

"Haah, itulah suami aku. Nama dia Amir Mika. Kau lupa?"

"Tak...aku...aku cuma nak kepastian." Jelasnya. Air mata mula bergelinangan. Kenapa dia rasa itu ialah Naufal? Bahkan muka Amir itu persias bekas teman lelakinya dulu.

Kepastian itu masih kabur. Tidak jelas sepenuhnya sehingga pengantin lelaki melabuhkan punggung di atas pelamin, sebelah Nana. Matanya tidak lari daripada memandang wajah Amir.

"Rina. Rina. Alihkanlah kipas ni." Arah Nana, berbisik. Dia tidak fokus untuk beberapa saat.
Menyedari hal itu, dia terus jatuhkan kipas ke sisi.

Entah bagaimana nama 'Naufal' itu terkeluar daripada hujung bibir. Dia tidak sengaja tetapi dia juga tidak boleh menahan.

Lelaki yang bernama Amir itu memandang sekeliling sehingga bertembung mata dengan Rina. Mata lelaki itu membuntang. Terkejut?

Satu kedipan mata menjatuhkan setitik air mata yang membawa ribu kesedihan. Benarlah. Dia ialah Naufal. Dan Naufal ialah Amir, suami sah Nana.





"Rina! Kau dah nak pergi ke? Kita belum ambil gambar lagi!" Teriak Nana pabila ternampak figura Rina sudah pun mahu keluar daripada bawah khemah. Nana dan Amir itu masih leka bergambar dengan tetamu.

"Tak. Aku nak balik." Ringkas jawapan dia beri. Sedikit pun dia tidak menoleh dek wajahnya sudah basah dengan air mata walaupun tiada hujan. Matanya terus mengalirkan cecair jernih tanpa izin tuan badan.

Dia menampak keluar berjalan menuju ke arah motor Faleq. Seluruh tubuh terasa lain. Bergetar. Tidak mampu dia kawal. Tangannya sejuk. Fikirannya bercelaru. Terlalu ralit dengan hal tadi. Macam mana pula wajah suami Nana itu sama dengan Naufal? Dia ialah orang yang sama? Dia tidak faham. Tetapi sewaktu dia menyebut nama itu, lelaki bernama Amir menoleh. Kalau bukan dia, sudah tentu dia tidak akan pandang.

Tak akanlah Nana tikam belakang dia? Mustahil. Kenapa pula dia nak buat sedemikian? Dia tidak tahu apa patut dia buat jika benar apa yang dia sangkakan.

Wajah teduh Rina menjadi persoalan bagi Faleq. Helmet ditanggalkan. Dia turun dari motor selepas melihat Rina berhenti di pertengahan jalan. Tubuh memeluk kepala lutut. Kepala ditunduk ke bawah. Asyik dengan tangisan yang penuh esakan.

Bahu Rina disentuh Faleq, lirih.

"Rina...kau nangis ke? Majlis dah habis?" Soalnya. Posisinya sama seperti Rina cuma mata memandang tubuh kecil perempuan itu. Tertanya-tanya apa yang terjadi di dalam sana.

"Rina?" Panggilnya dengan nada memujuk.

"Faleq...apa patut saya buat?" Matanya yang sembab ditayangkan pada Faleq. Suaranya mula tersedu kerana terlalu banyak air mata dikeluarkan. Dia terasa lemah tak terdaya untuk menghadap realiti dunia. Kenapa semua ini terjadi pada dia? Kenapa bukan orang lain? Kenapa hanya dia yang tersakiti? Dia tidak layak untuk bahagia? Atau mungkin bahagia bukanlah satu keperluan untuk dirinya?

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now