bab 27

33 3 0
                                    

Bunyi unggas yang menjengkelkan itu sudah cukup meremangkan bulu romanya. Berada di dalam bilik hospital yang sejuk ini mematikan reseptor deria sentuhan. Jaket kulitnya pula tertinggal di rumah dek terlalu tergesa-gesa untuk ke sini selepas mendapat berita yang Zihad dibelasah teruk dan lebih teruk lagi kepalanya dihentak dengan batu sehingga tempurung kepalanya hampir pecah. Mujur Faleq, Taufiq dan Hao tiba tepat pada masanya di gudang yang menjadi tempat kurungan Zihad ketika itu. Sudah lama dia nantikan untuk lelaki yang terlantar di atas katil supaya membuka mata tapi sia-sia.

Melihat lelaki itu terbaring dengan wayar-wayar melingkari tubuh menimbulkan rasa simpati. Tidak pernah dia rasa perasaan ini pada mana-mana manusia selepas bertemu Rina.

Tangan memeluk tubuh. Cuba mengawal rasa sejuk manakala Taufiq dan Hao berada di luar, mengawal keadaan. Risau kalau mereka diserang secara tiba-tiba.

Pintu bilik itu digeser. Memuatkan tubuh ramping Melissa untuk dia masuk. Rambutnya yang diikat tinggi dileraikan sebelum sempat Faleq menoleh untuk melihat milik siapa kedatangan itu. Dia mengatur langkah berdiri di samping Faleq. Turut meniru gaya Faleq.

"Kenapa kau hantar dia hospital pedalaman yang lama ni?" Soalnya sebaik sahaja tiba selepas mendapat panggilan daripada Faleq.

"Aku tak nak Zam cari atau jumpa dia. Dia umpan aku untuk pancing Zam. Lebih baik dia duduk kat sini." Jawabnya.

"Teruk ke kejadian dia tadi?"

"Boleh tahanlah. Doktor kata tempurung dia hampir pecah tapi mujur tak. Kesan sampingan yang doktor cakap mungkin dia akan hilang ingatan,"

Lantas Melissa memandangnya. "Really? Jadi...inilah peluang untuk kau balas dendam dengan Zam. Kau boleh gunakan dia." Melisa memcadangkannya.

"Itulah yang aku fikirkan. Tapi aku masih tertanya-tanya siapa yang buat dia macam ni. Mustahil Zam. Dia tahu macam mana nak main boneka dia." Tangan mengetuk dagu. Cuba berfikir.

"Hmmm, pasal tu biar aku tolong kau. Aku akan tolong kau cari dalang di sebalik semua ni." Tawarnya dan melukis senyuman.

"Serious? Thanks. Kau selalu tolong aku." Ucapnya.

Tersenyum girang Melisa mendapat pujian itu daripada Faleq walaupun kedengaran biasa tetapi pada dia itu pun sudah lebih memadai. Jarang mendengar Faleq ini untuk berterima kasih atau maaf. Atau mungkin hanya dia sahaja yang jarang Faleq utarakan ayat-ayat itu.

"Faleq."

"Hmm?"

"Kau...maksud aku...aku..."

"Kau nak cakap apa? Kalau tak ada apa-apa, aku nak gerak dulu. Dah pukul 11 malam." Celahnya selepas menanti ayat daripada gagapan Melisa dan melirikkan mata ke arah jam tangan.

"Tak apalah. Esok-esok aje. Malam ni, aku jaga dia. Kau, Taufiq dengan Hao pergilah balik."

Faleq mengangguk setuju. "Betul ni?"

"Ya. Pergilah sebelum aku ubah fikiran. Aku ada orang-orang aku kat bawah lobi. Jangan risau."

"Tak risaulah. Kau kan perempuan kuat. Kalau macam tu, aku balik dulu." Katanya dan terus mempamitkan diri keluar tanpa menoleh seperti apa yang perempuan itu harapkan.

"Tuan?" Tegur Taufiq. Hao sudah pun menggosok-gosok mata menahan ngantuk.

"Jom balik."

"Balik? Siapa nak jaha dia tu?"

"Melissa. Dia yang offer untuk stay malam ni. Jadi kita semua boleh balik." Terangnya dan merampas kunci kereta yang berada dalam genggaman Hao.

"Okey! Hao, jom balik." Ujar Taufiq dan menampar bahu Hao kuat sehingga terus segar. Tidak fikir dua tiga kali, mereka pun pulang bersama cumanya hari ini Faleq sedikit baik hati untuk memandu. Kalau tidak dia rasa kasihan akan Hao, dia pun mahu tidur di tempat duduk belakang.











Semangat betul hari ini Rina rasakan setelah hampir seminggu tidak bekerja. Kalau sebelum ini dia rasa ingin berhenti kerja kerana terlalu penat tapi sekarang dia rasa bersyukur kerana masih boleh bekerja jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Mujur kot doktornya tersimpan elok dalam kereta sewaktu kejadian malang itu menimpa. Tambahan pula kereta itu diparkir jauh daripada rumahnya memandang kawasan rumah itu sempit. Beg tote miliknya disumbat dengan stestoskop dan beberapa barang sebelum berangkat keluar dari dalam bilik dan ke tempat kerja.

Seusai pintu ditutup, dia melihat kelibat Faleq yang juga ingin turun ke bawah. Sama-sama mereka bertukar pandangan dan suasana kekok menguasai diri.

"Dia tak tegur so aku pun tak perlulah tegur dia, kan?" Bisik hati Rina. Walau bagaimanapun dia tetap mengatur langkah ke anak tangga tanpa menghiraukan kewujudan Faleq yang kedudukan biliknya lebih dekat dengan tangga.

"Terima kasih untuk semalam." Ucap Rina yang telah turun beberapa anak tangga. Tidak menoleh atau memandang wajah jejaka itu.

"Hmmm." Sahutnya dengan mengumam.

"Kau...nak pergi mana?" Soal Faleq, berani.

"Kerja. Lagipun dah lama saya mc."

"Nak aku...hantar?"

"Tak apa. Saya boleh drive sendiri. Satu lagi, mungkin esok lusa saya dah tak duduk sini. Saya dah cari rumah sewa yang lebih dekat dengan hospital jadi awak tak perlulah bersusah payah." Ujarnya. Masih tidak memandang jejaka di atas.

"Kalau macam tu...okey."

Maka tamatlah perbualan ringkas mereka dengan 'okey' daripada Faleq. Wajah berkerut tidak puas hati sebenarnya apabila mendapat jawapan ringkas itu. Bukan itu yang dia mahu dengar. Sekurang-kurangnya berilah jawapan yang relevan sikit. Tak tahu ke yang dia masih merajuk tentang hal kelmarin? Tanyalah kalau badannya dah kebah demam ke apa ke. Ini tidak, okey aje?! Dia kena belajar tentang perempuan lebih ini.

Pacuan empat roda diparkir muat-muat mengikut kotak sebelum enjin dimatikan. Dadanya turun naik cuba bertenang daripada rasa gemuruh. Memandangkan dia sudah lama tidak bekerja, rasa takut pula seperti dia pertama kali ke sini dua tahun lepas. Pintu kereta dibuka dan keluar dari isi perut. Memakai terus kot dan stestoskop disangkut pada batang leher seraya itu menapak ke pintu utama.

Figura yang dari jauh lagi dia sudah kenal berlari anak mendapatkan Rina dengan pelukan hangat. Pelukan itu bertaut erat pabila Rian turut membalas. Senyuman tidak mati pada wajah setelah berjumpa dengan Aida buat sekian lamanya.

"Rina, datang juga kau kerja akhirnya. Keadaan kau macam mana? Dah sihat?" Soal Aida dan meleraikan pelukan untuk menatap mata Rina.

"Rina okey, kak. Dah sihat. Siap boleh angkat dumbbell lima kilo." Jawabnya. Sempat diselitkan gurauan.

"Baguslah kalau kau dah sihat. Rindu akak kat kau. Tak ada kau, sunyi betul. Selalunya kaulah yang buat huru-hara tapi bila kau tak ada, rasa betul kosong tu."

"Haha, ada-ada aje kak ni. Ni akak nak pergi mana?" Soal Rina pula selepas mata melihat fail-fail pesakit yang tebal disimpan dalam beg yang digendongnya.

"Ada meeting. Akak pergi dulu, okey? Nanti lunch akak belanja makan." Tuturnya dan pamit pergi selepas menepuk bahu Rina perlahan. Manakala dia hanya mengangguk faham dan terus ke bilik yang bertanda namanya pada pintu. Habuk halus yang berhimpun di atas meja ditiup lalu jatuh berterbangan. Matahari pagi dibenarkan masuk menyinari bilik itu setelah langsir disingkap. Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung di atas kerusi datang pula Daus dengan tercungap-cungap. Jantungnya berdegup hebat semasa membuka pintu. Lengan direhatkan pada dinding dalam keadaan membongkok, menarik hujung bibir ke atas.

"Daus?"









Faleq Nisrina Where stories live. Discover now