bab 36

44 3 0
                                    

Karpet merah yang terbentang panjang dari pintu masuk hingga ke bilik tingkat atas menguncikan mulut Rina daripada berkata-kata dek tercengang melihat 'kejutan' yang dibuat oleh Hao. Dia memandang Faleq manakala lelaki itu menutup kedua mata dengan satu tangan. Sipi-sipi bibirnya nguntum senyuman kerana tidak menyangka bahawa mereka menyiapkan semua itu.

Faleq yang berdiri di sisinya dilihat lalu turut mengukir senyuman riang.

"Dipersilakan, Tuan Faleq dan Puan Rina untuk melangkah masuk ke dalam rumah!" Tutur Ragus kuat dan mendabik dada seraya yang lain turut melakukan gaya yang sama. Wajah mereka berempat sambil berdiri dalam keadaan berbaris di hadapan tayang ceria. Akhirnya, ada juga bunga di antara kumbang-kumbang itu.

Perlahan-lahan mereka berdua berarak masuk berjalan di atas karpet merah yang telah dibentang. Lengan Faleq yang keras itu Rina paut dengan seloroh.

"Selamat pengantin baru, tuan dan...puan?"

"Tak perlulah panggil saya puan. Panggil aje macam sebelum ni. Barulah nampak akrab sikit." Celah Rina.

Ragus mengangguk setuju dan mula meraba-raba poket seluarnya. Seperti mencari sesuatu yang hilang.

"Mana?"

"Mana apa?" Soal Hao kembali, pelik. Tidak faham maksud 'mana' Ragus itu.

"Tiket tu lah..." Ujar Ragus. Raut wajahnya mula gelisah setelah menyedari yang dua keping tiket pernebangan untuk Faleq dan Rina hilang entah ke mana.

Serentak mereka berempat menggelabah dan terus keluar baris untuk mencari tiket yang berharga mahal itu. Pasu bunga yang berada di atas meja diangkat, cuba melihat kalau-kalau ada di bawah situ. Malangnya tiada. Karpet merah yang menjadi tempat sedang Faleq dan Rina berdiri turut diselak sehinggalah Faleq bersuara memberikan arahan untuk berhenti. Serta-merta mereka kaku dan saling bertukar pandangan.

"Kauorang cari apa sebenarnya?"

Taufiq mengumam. Aslinya dia tidak mahu menjadi orang yang menjawab pertanyaan itu tetapi yang lain sudahpun mengumpulkan pandangan kepadanya.

"Se... Sebenarnya... kitaorang ada belikan dua flight ticket untuk tuan dan Rina. Tapi tiba-tiba tiket tu hilang."

"Dan... Bukan saya dipertanggungjawabkan. Ragus yang beli dan pegang tiket tu." Sambung Taufiq lagi. Jari telunjuknya ditunding ke arah Ragus sana.

"Alah... Bukan sengaja saya nak hilangkan. Maaf, tuan." Tutur Ragus perlahan. Cuba sembunyikan nada yang bergetar.

Lelaki yang berbaju Melayu itu mengeluh pendek sambil mencekak pinggang. Wajah isterinya dipandang dan melontarkan senyuman nipis.

"Jadi kiranya kauorang nak bagi tiket tu sebagai suprise ke?"

"Iya..." Jawab mereka serentak.

"Hmmm, tak apalah. Aku tak kesah pun. Kau... Kesah ke, Rina?"

"Eh, langsung tak! Saya tak marah dan tak sedih pun. Okey aje!" Komennya.

"See? Kitaorang tak kesah. Jadi tak payah nak gelabah sangat macam cacing kepanasan. Apa-apa pun... Aku hargai jugalah effort kauorang berempat untuk sediakan semua ni." Luahnya. Rina angguk setuju.

"Aku... Nak naik atas jap. Nak tukar pakaian dan... Kau, Rina?"

"Huh? Kalau macam tu... Samalah. Saya pun dah belenggas pakai baju kurung lama-lama." Sahut Rina kekok.

Faleq mula menghayunkan kakinya beredar dari situ tanpa Rina yang agak sedikit lewat lalu berjalan di belakang suaminya.
Pada waktu yang sama, ketika Rina berjalan berselisih dengan Zihad, langkahnya terberhenti sesaat. Wajah itu memandang Zihad tanpa kata.

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now