Pulang ke rumah membawa berita gembira yang sehinggakan bakal pengantin lelaki tersenyum menampakkan gusinya. Jujur, dia sangat bahagia pada saat ini. Seolah-olah kebahagiaan ini menyambutnya dalam pelukan hangat. Dalam sekelip mata sahaja dia lupa tentang dendam dan semua amarah gara-gara kehadiran seorang perempuan jelita bak berlian yang bertakhta di atas cincin.
Wajah Faleq ditenung Ragus dan Taufiq lama. Plastik sumi yang dibentang di atas meja menjadi cemilan buat mereka. Lelaki itu masih tidak berkata-kata malah asyik memandang tapak tangan yang terletak elok cincin. Dia boleh bayangkan bagaimana nanti jika dia menyarungkan cincin itu ke jari Rina. Boleh buat gila dibuatnya jika dia terus berhayal!
"Tuan. Cuba tuan cerita dah kenapa senyum dari tadi ni?" Soal Ragus. Rimas pula melihat senyuman Faleq pada waktu yang lama.
"Ni mesti good news, kan?" Teka Taufiq.
"Yes! Of course its a good news. Finally, lamaran aku dah diterima Rina!"
Serentak mereka berdua berdiri dan menghentak meja kuat. Mujur meja kaca itu tidak pecah. Mulut mereka melopong, tidak percaya.
"Biar betul, tuan?" Taufiq inginkan kepastian.
Faleq mengangguk berkali-kali.
"Huwa! Tuan kita dah tak available, Ragus!" Teriak Taufiq gembira dan memeluk sisi Ragus erat seraya itu melompat kecil seperti kanak-kanam riang. Tertawa halus Faleq melihatnya.
"Ya! Tuan kita bakal tamatkan zaman bujang dia!"
"Apa maksud Faleq bakal tamatkan zaman bujang?" Soal Azmin yang baru sahaja pulang. Dia yang tidak tahu apa-apa dan baru sahaja pulang dari tempat kerja tiba-tiba telinganya menangkap perbualan mereka bertiga.
Faleq diam tidak menjawab, sebaliknya menukar pandangan antara Taufiq serta Ragus.
"Hmmm, kami nak cuci kereta dululah, ya?" Bingkas mereka beredar dari situ. Sempat mencapai baki sumi yang tinggal dan simpan di dalam poket seluar dan keluar untuk melaksanakan tugas tadi. Tiba-tiba mereka jadi ringan tulang untuk buat banyak kerja.
Azmin pula mengambil tempat anak buah Faleq. Kunci kereta diletak di atas meja. Menyesuaikan kedudukannya sebelum mengulangi semula soalan tadi.
"So, apa maksud Ragus tadi? Kau nak kahwin? Dengan siapa?"
Lelaki itu mengeluh. Nak tipu pun tak boleh. Azmin berhak tahu kerana dia merupakan abang kepadanya. "Hmmm, betullah tu."
"With who?"
"Rina. Nisrina."
Terbeliak mata Azmin mendengarnya. Sama sahaja reaksinya seperti Taufiq dan Ragus. Tiada ribut tiba-tiba nak kahwin? Atau dia tak pernah tahu apa-apa tentang hubungan mereka?
"Rina? Biar betul?"
"Kenapa? Kau macam tak percaya? Ya, aku akan kahwin dengan dia. No matter what. Kalau kau nak halang, aku akan pastikan anak buah aku halang rancangan kau dulu." Tegasnya.
"Bukan macam tu, Faleq. Tapi kenapa kau tak pernah pun cerita kat aku yang kau ada hubungan dengan dia?"
"Sebab...kita bukan rapat mana pun."
Azmin mengumam, "Faham. Aku tak kata aku nak halang perkahwinan kau dan Rina tapi be careful. Ada pros and cons."
"Aku tahu. Dan aku pastikan yang akulah yang paling tepat untuk dia."
"Kalau macam tu... congratulations. I'm happy for you, bro." Ucapnya dan berlaga buku lima seperti mana mereka selalu buat ketika mereka masih kecil. Barulah kini Faleq mengembalikan senyuman lega setelah mendengar kata-kata Azmin. Sekurang-kurangnya dia ada seorang abang yang memahami walaupun agak kekok sekarang ini.
Berbaju kurung songket putih bersama hiasan sanggul dilekatkan di atas kepala menaikkan lagi seri wajah bakal pengantin itu. Wajahnya yang putih mulus dan kelihatan neutral disolek khas oleh Aida yang juga baru tahu tentang khabar ini seminggu yang lalu. Majlis perkahwinan ini hanya diraikan secara kecil-kecilan sahaja. Bukan Faleq tidak mampu, dia lebih dari mampu untuk wujudkan impian pelamin Rina. Tapi dia tidak mahu sesiapa lagi yang tahu selain orang-orang yang disekelilinginya.
Menanti ketibaan untuk Faleq tiba di pejabat agama Islam lebih mencemaskan hati milik perempuan itu. Sudah hampir setengah jam dia menunggu di sini bersama Aida. Ruang pintu asyik dipandang sahaja sehinggalah muncul satu figura lelaki berbaju Melayu putih, samping dipakai pada pinggang dan tidak lupa juga songkok di atas kepala. Tangan meraba-raba lipatan samping yang dipakaikan oleh Azmin. Nampak macam betul tapi macam pelik pula hasilnya. Gara-gara samping itulah Faleq lambat pada pagi ini. Dia menarik nafas panjang dan terus melangkah masuk dan duduk di atas kerusi berhadapan dengan tok kadi. Sempat dia mencuri pandang Rina di belakang dan tersenyum nipis.
"Faleq Iskandar, aku nikahkan kau dengan Nisrina binti Yusof dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nisrina binti Yusof dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdullilah,"
Dengan sekali nafas dan lafaz, status mereka berubah sebagai suami dan isteri. Air mata yang hampir berjujuran diseka dengan hujung tisu yang dilipat. Dia dapat rasakan perasaan hiba dan sebak. Kalaulah di kala ini arwah ayah dan ibunya masih hidup, mesti merekalah insan yang paling bahagia di saat ini melihat anak tunggal perempuan ini telah menikah. Dan mesti ayahnya yang menjadi wali baginya. Tapi siapalah dia untuk pertikaikan semua ketentuan itu.
Pada masa yang sama dia sangat-sangat bersyukur kerana telah diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang dia yakin sepenuh hati.
Perlahan-lahan Faleq memusingkan tubuh ke belakang dan bangun dari kerusi untuk menatap wajah isterinya lebih lama. Kali ini dia dapat menyentuh wajah perempuan itu tanpa batas.
Dia menyebut nama perempuan itu, lembut nadanya. "Rina."
Rina memaniskan senyuman di wajah. Timbul dua lekuk pada kedua-dua belah pipi. Mereka saling memandang. Agak lama sehingga Aida berdehem kecil untuk memberi hint supaya menyarungkan cincin yang diamanahkan oleh Rina sebelum ini.
Lantas, Faleq meraih tangan kanan Rina. Tangannya lembut bak sutera. Diusap-usap sebelum dia meneruskan niatnya.
Sama sekali dengan jangkaan Rina jika dia memakai cincin itu. Indah dan tampak elegan sekali sama seperti tuan empunya cincin.
"Terima kasih sebab dah tunaikan hasrat saya, suami." Tutur Rina.
Faleq menggeleng pada masa perutnya rasa seperti ada rama-rama yang berterbangan. Cair apabila Rina memanggilnya 'suami'.
"Aku yang patut ucapkan terima kasih kerana pada akhirnya aku yang kau pilih. Terima kasih, isteri."
"Amboi... Nak bagi amaran ni, jangan sweet sangat. Takut ada yang kena potong kaki nanti." Usik Azmin dan ketawa kecil bersama Taufiq, Ragus dan juga Aida. Hao dan Zihad berada di rumah, tidak dapat menyaksikan detik ini kerana sibuk membuat persiapan untuk menyambut Rina sebagai puan besar rumah itu.
"Saja nak cakap, orang yang di sini, 29 tahun ni pun dah kahwin. Orang yang di sana? Dah nak masuk 35 tahun, kan?" Faleq membalas usikan itu. Sengaja ingin sakitkan hati Azmin. Tahulah jealous!
"Wah! Sakit!"
Bilik itu dipenuhi dengan gelak ketawa dengan jenaka dua beradik itu. Manakala, Rina masih tertancap pada wajah Faleq yang kelihatan seperti lelaki Melayu terakhir. Segak sekali dia berpakaian begitu. Sekarang, Rina tidak sendirian lagi. Dia sudah ada peneman, kawan rapat, suami dan juga seseorang untuk dia bersandar tanpa limit.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...