bab 33

31 3 0
                                    

Bunyi kelentang-kelentung yang kedengaran dari ruang dapur memecahkan suasana sunyi yang begitu lama terperam. Kuali besar ala-ala seperti seorang chef digunakan oleh Ragus. Api dibuka, menyala kuat warna kebiru-biruan sehingga terasa bahang di muka. Bumbu nasi goreng yang telah ditumbuk dengan lesung tadi dicampak masuk ke dalam mangkuk kuali selepas menuangkan minyak ke dalam. Senduk besi yang tergantung pada cangkuk dinding dengan penuh gaya. Sebelah tangan memcekak pinggang manakala satu lagi tangan sibuk menumis.

Baki nasi semalam yang tidak habis dimasukkan terus ke dalam kuali itu selepas naik bau. Tak ada langsung perasaan ragu-ragu sewaktu dia membubuh garam. Bukan secubit tapi banyak kali cubit. Selepas beberapa kali dia menggaul, mangkuk kaca dibawa dekat dengan kuali lalu mencedok nasi goreng itu dengan pantas kemudian diletakkan di atas meja bersama beberapa lada padi hijau kecil di atas sebagai hiasan.

Mata Taufiq, Hao dan Zihad terbeliak melihat hasil kejadian nasi goreng oleh Ragus itu. Baunya juga mengeliurkan.

"Amacam? Nampak sedap, kan?" Soal Ragus, satu kening dijongketkan sambil senyum senget.

Zihad mengangguk laju. Dia kagum dengan cara hiasan Ragus itu. Tapi dia belum tahu lagi rasa masakkan Ragus yang sebelum-sebelum ini.

Sudah seminggu sejak Zihad tinggal di sini selepas dikhabarkan yang dia hilang ingatan. Bulat-bulat lelaki itu percaya sahaja apa yang Faleq katakan. Malah anak-anak buahnya turut mainkan peranan penting.

"Cepatlah makan. Nanti dah sejuk dah tak sedap." Ujar Ragus dan diberikan mereka seorang satu pinggan dan sudu.

Laju tangan Zihad ingin mencapai senduk nasi goreng panas itu ke atas pinggannya tapi terhenti apabila kelibat Faleq muncul dari ruang pintu bersama helmet di sisi. Wajahnya kosong tanpa emosi. Langkahnya juga lemah tak berdaya lalu duduk di sebelah Taufiq sambil bertongkat dagu.

"Tuan, okey tak?" Soal Taufiq.

Dia menggeleng perlahan.

"Apa yang tuan fikirkan? Tuan dari mana? Awal-awal pagi lagi dah keluar." Hao pula bertanya sementara Zihad duduk diam dan Ragus sedang mencuci tangan di sinki.

"Aku tak fikir apa pun cuma pagi tadi aku keluar pergi gim sebab aku rasa otot kat perut aku ni dah kurang dua pula." Kata Faleq sambil menyentuh-nyetuh perut kerasnya.

Mereka buat muka memyampah. Tahulah dia ada six packs!

"By the way, apa yang kau masak ni, Ragus?" Soal Faleq apabila hidungnya teransang bau makanan.

"Nasi goreng special made by Ragus!" Ujarnya dengan penuh bangga.

"Special sangatlah tu. Meh sini biar aku rasa." Sudu yang berada dalam cengkaman Taufiq dirampas. Beberapa butir nasi goreng disauk dan disuap masuk ke dalam mulut.

Mereka semua ternanti-nanti jawapan wajah Faleq. Jantung Ragus pula berdegup laju. Dia risau jika Faleq akan mencela masakannya lagi.

"Puih! Kau tuang sekilo garam ke dalam ni!? Masin gila!" Cepat-cepat dia membuang sisa yang ada dalam mulut ke dalam tisu. Tidak cukup dengan warna merah jambu yang tidak dapat dipisahkan, garam pun sama!

"Eh? Saya letak beberapa cubit aje." Balas Ragus, melakonkan semula bagaimana dia bubuh 'beberapa' cubit garam tadi.

Faleq tepuk dahi. "Lepas ni aku haramkan kau pegang garam. Kalau tak, semua orang dalam rumah ni dapat penyakit darah tinggi gara-gara makan masakkan kau."

Ragus tunduk kecewa. Sedihlah macam ni!

"Satu lagi, aku cakap ni bukanlah sebab nak merendahkan kau tapi nasi goreng tu macam muntah kucing...sikit." Herdiknya dan bangun untuk memanjat tangga masuk ke bilik dan membersihkan diri.

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now