bab 24

40 4 0
                                    

Brek kaki dipijak kuat sehingga kenderaan manual itu berhenti secara mengejut. Mata memandang sekeliling kawasan dengan anak mata yang kian membesar sebelum dia keluar daripada isi perut kereta. Papan tanda nama jalan yang berada di bahu jalan sana dipandang sekilas. Alamatnya betul, jalannya juga betul tapi kenapa apa yang Daus lihat ini hanya tinggal tiang rumah yang sudah hitam seperti ada kesan kebakaran?

Kali terakhir dia datang ke sini sewaktu dia menyelamatkan Rina daripada seksaan Kuntom. Baru beberapa bulan berlalu.

Tangan kanan didepakan lalu melambai kecil, menahan kereta milik penduduk di taman itu.

"Asslamualaikum, bang. Maaf ganggu. Ini rumah...Nisrina, kan?" Soal Daus ragu.

"Waalaikumusalam...ya. Tapi dia dah tak duduk sini sejak rumah dia terbakar masa tu. Mak dan abang dia pun dah tak tinggal sini." Jelas penduduk itu.

Kedua keningnya dijongketkan. Terbakar? Wajahnya jelas terkejut besar.

"Jap, bang. Maksudnya rumah depan saya ni memang rumah merekalah?" Dia bertanya lagi. Mahukan kepastian buat kali kedua.

"Iya. Dengar cerita ada orang yang buat 'ona' sebelum kejadian. Tapi abang tak tahulah tentang tu. Kenapa?"

"Macam mana dengan Nisrina? Keadaan dia okey? Kalau abang tahu dia kat mana sekarang ni, boleh abang bagitahu?"

Lelaki itu tersengih kekok. Dia juga tidak tahu dengan terperinci. "Maaf, dik tapi abang tak tahu. Cuma yang abang tahu Nisrina tu orang yang terakhir diselamatkan oleh seorang lelaki. Tapi ini wife abang yang cerita. Selebihnya abang tak tahu. Rasanya semua selamat." Tuturnya.

Daus mengangguk perlahan. Kalau Rina selamat, legalah hati ini.

"Kalau macam tu terima kasih bang. Maaf ganggu pula." Ujarnya dan mengundurkan diri daripada tingkap kereta untuk memberi ruang jalan.

Sejurus sahaja kereta itu lenyap, telefon yang tersimpan di dalam poket seluar dikeluarkan. Tangannya menggigil untuk menaip nama Rina di dalam simpanan kenalan. Dia masih tidak boleh percaya dengan apa yang dia nampak dan dengar.

Satu tangan mencekak pinggang manakala satu lagi tangan memegang telefon, dibawa rapat ke gegendang telinga. Tiada bunyi lain selain bunyi 'bip' yang berterusan. Fikirannya sekarang bercelaru. Bermacam andaian bermain di minda.

"Kenapalah kau tak angkat, Rina?" Omelnya. Tiba-tiba hati ini terasa kesal kerana melayan perempuan itu dengan hati yang dingin sepanjang mereka berjumpa.



"Aduhai...sembabnya mata ni. Boleh pula kau nangis eh, Rina? Depan Faleq pula tu."

Kisah malam semalam berakhir dengan kata-kata pujukan Faleq yang indah. Yang awalnya hanyalah disebabkan rasa haus dan tidak boleh tidur tiba-tiba bertukar kepada genre sedih di malam hari. Apa yang dia curhatkan semalam betul-betul apa yang terpendam. Jauh di sudut hati dia rasa ingin mendengar suara lembut Faleq itu setiap hari. Tidak akan jemulah.

Ikal rambut yang panjang diikat sanggul sebelum menyarung anak tudung hitam yang berada di atas katil. Disebabkan rumahnya sudah hangus dijilat api, pakaian yang ada sekarang pun tidaklah banyak mana. Bahkan telefonnya juga turut terkorban. Sudahlah dia beli telefon canggih itu dengan duit gaji kerjanya yang pertama.

Sebelum dia meneruskan niat untuk memakai tudung, ruang di dalam bilik yang sedang dia diami, dilihat. Baru sekarang dia ada masa untuk meneliti keadaan di dalam bilik ini. Katil juga saiz king. Besar lagi katil ini berbanding katil lamanya yang sudah berkeriut-keriut. Satu almari besar warna putih berada di sudut sebelah meja kecil. Tingkap bilik dibuka luas. Membenarkan cahaya matahari masuk menyinari ruang itu.

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now