bab 11

43 2 0
                                    

Pen yang ada di atas meja bermain dengan jari. Tangan menongkat dagu, matanya tidak lari dari terus melihat skirn telefon canggih itu. Panjang mesej yang dihantar oleh Nana sejak semalam namun baru sekarang dia sempat untuk membaca.

Apa yang difikirkan sekarang ini adalah dia tidak mahukan penjelasan tetapi kejujuran. Kenapa dia tidak berlaku jujur dengan kawan baiknya sendiri? Kepercayaan yang dia ada selama ini pudah macam itu saja. Sehingga hendak percaya apa yang Nana mesej itu pun susah.

"Patut aku baca dan reply atau baca aje?" Dia bermonolog sendiri.

Bila difikirkan semula, kalau dia mengelak berjumpa dengan Nana apa jalan kesudahannya? Tiada manfaat terhadap diri dia sendiri. Tapi untuk bersua muka itu rasanya tidak. Dia belum sedia berjumpa dengan kawan baiknya walaupun banyak soalan yang sudah tersusun dalam otak.

Ketukan pada pintu bilik mematikan lamunan. Postur tubuh ditegakkan dan mata melihat ke arah pintu sebelum terbuka.

"Doc, ada orang nak jumpa." Tutur jururawat.

"Orang? Siapa? Bukan patient?"

Siapa pula yang mahu berjumpa dengannya?

Melihat tubuh dan figura seorang lelaki itu dari belakang seperti seseorang yang dia kenal. Perlahan-lahan kaki menghampiri lelaki itu.

"Daus?"

Daus menoleh ke arah perempuan yang memanggil namanya dengan senyuman.

"Kenapa kau nak jumpa aku? Kenapa nak jumpa kat rooftop ni?" Hairan.

"Saja. Kau nampak stres aku tengok. Lagipun nikan tempat healing kau. Dan aku ada benda nak bagitahu kau." Tuturnya. Sekejap memandang Rina, sekejap memandang arah lain.

"Tak adalah. Aku okey aje. Apa benda yang kau nak bagitahu aku tu?"

"Hujung minggu ni...kau free?"

"Hujung minggu ni? Aku rasa aku free. Tapi tak tahu lagi. Kenapa? Kau nak belanja aku makan ke?" Guraunya dan gelak halus. Bab makan, dia akan kata ya walau sesibuk mana. Makanan tetap nombor satu!

Daus tersenyum kecil.

"Tidaklah belanja makan. Aku nak jemput kau datang rumah aku."

Terbeliak biji mata Rina selepas dapat tahu yang Daus mengajaknya untuk pergi ke rumah lelaki itu.

"Aku... seorang?" Soalnya. Jari telunjuk diangkat menunding ke arah mukanya.

"Ya. Mak aku ada buat makan-makam sikit tapi kalau kau tak nak, tak apa. Aku tak paksa kau. Aku cuma jemput kau." Umbuhnya.

Rina berfikir-fikir. Sudah dua tahun dia berkawan dengan Daus, baru sekarang dia jemputnya untuk datang ke rumah lelaki itu? Selama-lama ini tidak pula dia dapat pelawaan yang begitu ramah. Selalunya dialah orang yang paling kuat membantah untuk Rina pergi ke rumah Daus. Sekadar untuk melawat keluarganya kerana telah banyak membantu dia sewaktu susah.

"Boleh...tapi kalau aku ajak kawan, kau bagi?"

"Boleh aje. Ajaklah sesiapa pun kawan kau. Nanti tak adalah kau kekok sangat."

"Kalau macam tu kau jemputlah Kak Aida sekali." Cadang Rina.

Terkumat-kamit mulutnya untuk menjawab soalan Rina. "Bukan tak nak ajak tapi dia ada hal. Dia...dia kata dia nak balik kampung." Bohongnya walhal dia ada maksud  tersirat di sebalik kata-kata tadi.

Rina mengangguk kecil. Nampaknya hanya dia sajalah yang dijemput.

"Okeylah kalau macam tu. Apa-apa nanti aku bagitahu kau."

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now