Betullah apa yang Faleq katakan sebelum ini. Rumahnya lebih besar daripada rumah Daus. Jika hari itu mulutnya terlopong dek kagum dengan kemegahan reka bentuk rumah banglo itu, sekarang ini dia rasa boleh pengsan. Gilalah!
Rumah empat tingkat dan paling membuatkan dia berasa dahsyat adalah mempunyai tingkat tiga, dua dan satu dari bawah tanah. Siling yang lebih tinggi tergantungnya lampu mahal yang berkilauan dan entah berapa kakilah agaknya tinggi siling itu daripada siling rumahnya.
"Tutup mulut tu." Tegur Faleq selepas nampak yang Rina masih tidak beralih tempat selain berdiri seperti patung di hadapan ruang pintu.
Lantas Rina menutup mulut dengan tapak tangan. Tapi pelik juga kenapa dia harus duduk di sini? Kenapa bukan duduk bersama keluarganya sendiri?
Jarak antara Faleq dan dia yang semakin besar memajukan langkahnya untuk bertanya soalan yang dia tanya kepada diri sendiri kepada tuan punya rumah.
"Faleq! Saya nak tanya soalan."
Tubuhnya sepenuh menghadap Rina.
"Kau nak tanya apa?"
"Kenapa saya kena duduk sini, eh? Kenapa bukan dengan keluarga saya? Dan kenapa tak boleh bawa keluarga saya duduk sini sekali?" Soal Rina bertubi-tubi.
"Banyak sebab. Dah jawab, kan?"
Kecil besar saja Rina memandang Faleq. Matanya mengecil, menjeling lelaki yang ada di hadapannya. Orang tanya betul-betul, dia jawab main-main pula. Ish!
"Fine...aku bagitahu kau sebab ia. Satu, kau akan lebih selamat kalau duduk depan mata aku. Dua, kalau aku bawa keluarga kau duduk sini sekali, tak huru-hara ke?"
Tangan mengetuk dagu. Betul juga apa yang Faleq kata. Kalau Kuntom dan Kamal duduk sekali di sini mesti akan menyusahkan Faleq.
"Habis tu...macam mana dengan kes kebakaran tu? Awak dah buat report ke?"
Dia terdiam sekejap. Ada saja soalan yang Rina tanya membuatkan dia susah untuk menjawab. Kalau dia buat laporan polis sekali pun, mestilah Zam akan berada dua petak di hadapannya. Lagi pun dalam kes ini, tiada polis boleh terlibat antara mereka. Biarlah dia uruskan hal itu sendiri.
"Dah. Kau tak payah risaulah. Buat masa sekarang, fokus untuk jaga kesihatan kau dulu. Nanti Ragus tunjukkan bilik kau. Kau nak keluar sekejap." Tuturnya seraya meninggalkan Rina bersama Ragus dan Taufiq.
Rina mengangguk akur. Keadaan dalam rumah ini masih janggal baginya. Sekelilingnya pula langsung tiada aura yang positif. Warna cat dalam rumah ini pula berwarna kelabu asap. Tidak hidup rumah ini agaknya. Perabot yang ada pun hanya beberapa sahaja.
"Hmmm... nama kau Rina, kan? Meh sini aku tunjukkan bilik kau." Ragus berkata sambil menyusun langkah untuk mendaki anak tangga diikuti dengan Taufiq.
"Sebenarnya nama kau ni selalu ada dalam rumah ni walaupun kau tak ada. Hampir setiap hari kitaorang dengar sampaikan dah bosan. Maksud aku, bosan sebab nama yang sama aje berulang." Ujar Ragus. Alang-alang masih lagi jauh bilik Rina, hendaklah dia bercerita serba sedikit.
"Huh? Kenapa nama saya selalu ada? Tak faham."
"Biar aku explain." Kata Taufiq pula.
"Pendek cerita, Tuan Faleq dah lama sukakan kau. Aku tak sure dia dah bagitahu kau atau belum tapi itu yang aku selalu dengar bila dia meluah. Dan, untuk pengetahuan kau, tuan tak pernah ada girlfriend atau perempuan simpanan walaupun muka dia tu macam bad boy. Dia setia. He's very loyal to someone that he loves with full of his heart. Aku harap...kau tak akan mainkan perasaan tuan sebab hidup dia banyak berubah disebabkan seorang perempuan." Coretnya panjang.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...