bab 28

38 2 0
                                    

Pada dua tiga minggu pertama sewaktu dia mula bekerja di hospital ini, dia nampak mata-mata dan pandangan orang sekelilingnya semacam terhadap dirinya. Awalnya dia tidak biasa lagi-lagi janggal yang amat kerana semuanya baharu tidak sama seperti di hospital lama tempat dia bekerja. Ketika itu dia cuba untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru.

Masuk kerja jam 8 pagi dan pulang pada larut malam sewaktu jalan raya sudah lengang. Malah kadang-kadang dia tidak pulang ke rumah kerana terlalu sibuk. Lebih-lebih lagi ramai senior yang menjadikannya sebagai kuli. Tapi lama-kelamaan dia sudah terbiasa sehinggalah Daus mendekatinya. Bermula dari situlah tiada siapa lagi berani untuk menganggu Rina. Semua orang yang bekerja di situ kagum dengan karakter dan ketampanan wajah yang dimilik oleh Daus. Dan pabila lelaki seperti itu mula bergaul dengan Rina sudah tentu tiada siapa berani untuk mengarah-arahkannya lagi.

Hujung plastik batang ais krim berperisa vanila coklat dikoyakkan lalu dikeluarkan diambil satu gigitan kecil. Sejuk sungguh tekak ini dapat menelan sesuatu yang melegakan di bawah matahari terik. Dengan mimik mukanya sekali dia tampilkan.

"Terima kasih sebab belikan aku ais krim mahal macam ni." Ucap Rina seraya meninggalkan gigitan besar pada ais krim itu.

"Tak ada apalah. Dapat lihat kau semula pun dah cukup buat aku. Terubat juga rindu aku." Katanya. Rasa cintanya kepada perempuan itu semakin tinggi.

"Ceh," Gumamnya dan tertawa kecil.

"Hmmm, macam mana dengan keluarga kau? Kauorang duduk mana? Macam mana semua tu boleh terjadi?" Soal Daus bejujuk-jujuk.

"Family aku...duduk asing dengan aku. Ada orang tolong carikan rumah untuk diaorang. Aku pula, sekarang ni tumpang rumah kawan tapi tengoklah esok lusa aku pindah keluar. Duduk rumah sewa lain."

"Duduk asing? Hmmm, baguslah untuk kau. Tak adalah mak tiri dan abang tiri kau tu nak menyusahkan kau lagi. Lepas ni, kalau kau nak pergi mana-mana pastikan bagitahu aku supaya aku boleh tahu keadaan dan keselamatan kau." Ujarnya ikhlas.

"Wah...prihatin sungguh ya?"

"Mestilah. Lagi satu, boyfriend kau tu...ada tolong kau tak? Yalah mestilah dia jadi orang yang pertama untuk semua benda ni."

Terbatuk Rina mendengar kata-kata Daus itu. Bingkas dia berdiri dan menghabiskan sisa terakhir ais krim sehingga ke titisan akhir. Tangan yang melekit dilap kasar pada belakang bajunya.

"T...tolong. Faleq banyak tolong aku waktu tu. Yalah kebetulan dia nak singgah rumah aku waktu tu, tiba-tiba rumah aku terbakar." Tuturnya dan memutar belitkan sedikit cerita asal.

Daus mengangguk kecil, faham.

"Kalau kau dah tak ada apa-apa lagi, aku nak turun dulu." Tuturnya dan mula mengatur langkah untuk turun daripada atas bumbung hospital yang selalu menjadi tempat dia berdamai.

"Betul kau cintakan Faleq tu?"

Kali ini Rina betul-betul sudah tidak tahu mahu menjawab apa sedangkan dia juga pernah menyoal soalan itu sebelum ini. Cuma dia banyak kali menafikan ia.

"Daus. I think that question is not necessary. Kerja, kerja. Privasi kekal privasi. Okey? Aku turun dulu." Katanya dan tidak menjawab soalan itu. Lekas dia menarik pintu kecemasan kuat dan menuruni anak tangga satu persatu seraya menggeleng kepala. Apa sebab Daus tanya soalan begitu? Dia yakin lelaki itu bukanlah seorang yang suka jaga tepi kain orang tetapi berdasarkan riak mukanya, kelihatan seperti dia ingin beritahu sesuatu cuma tidak lepas dari lidah. Apa-apa sahajalah!

"Bagitahu aku kenapa kau jumpa Zam masa tu? Kau tahu tak tindakan bodoh kau tu dah merbahayakan nyawa seseorang?" Soal Faleq, keras kepada Zamrie Sufian yang sedang duduk di hadapannya manakala dia kekal statik berdiri bertentangan dengan pak ciknya. Azmin dari jauh hanya memerhatikan mereka dan cuba mengawal keadaan jika bertambah buruk.

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now