bab 19

51 4 0
                                    

Lampu warna-warni yang menghiasi di setiap jalan dan dipenuhi dengan ramai manusia dari awal hingga ke penghujung jalan mendebarkan hati Rina. Berdebar kerana rasa begitu seronok. Rasa seperti sewaktu dia berusia 6 tahun ketika itu arwah ayah dan arwah ibunya membawa dia datang ke tempat seperti ini.

Banyak makanan ringan dan pertandingan kecil yang diadakan. Lagi-lagi waktu malam seperti ini. Rasa lebih romantik. Mulut terbuka luas. Tidak tahu bila kali terakhir dia rasa seseronok dan bahagia ini.

Wajah Faleq yang berada di sisi dipandang. Lelaki itu kekal dengan senyuman.

"Macam mana awak tahu saya suka pergi tempat macam ni?" Rina bertanya.

"Aku tak tahu yang kau suka pergi sini tapi kalau kau suka, baguslah." Jawabnya.

"Saya suka sangat! Disebabkan awak, saya dapat rasa perasaan macam ni lagi." Luahnya. Matanya berkaca. Terasa sebak kerana masih ada orang yang cuba untuk membuatkan dia menjadi seorang wanita paling gembira.

"Jom, kita tengok-tengok apa yang ada." Ajak Faleq seraya menyusun tapak untuk melihat-lihat sekeliling. Cepat-cepat Rina mengejar langkah Faleq dan berjalan seiring.

Sepanjang mereka berdua berjalan bersama, tiada satu saat pun senyuman di wajah Rina pudar. Dari sudut Rina, dia fokus dengan apa yang ada di sekeliling dia. Semua benda yang ada dia cuba. Termasuklah bermain dart untuk dapatkan satu anak patung besar. Mujur dia berjaya dapatkan apa yang dia ingin dengan pertolongan Faleq. Mungkin kalau dia yang bermain permainan itu, dia tidak akan dapat. Sekali cuba sahaja Faleq sudah berjaya mensasarkan sasaran yang tepat.

Apa yang dia pernah rasa 17 tahun lalu, dia semai kembali. Gula-gula kapas yang sebesar mukanya dibeli oleh Faleq. Dia betul-betul melayan wanita itu seperti seseorang yang dia amat sayangi. Tapi mungkin Rina tidak sedar tentang itu.

Yang lelaki ini sudah mencintainya dengan setulus hati.








"Fuh, penat juga berjalan. Dah lamanya tak rasa macam ni." Tutur Rina. Setiap langkahnya dibiarkan berjalan dengan perlahan di atas pasir pantai. Angin laut yang sejuk menyapa lembut pipi itu. Dia cuba mengabdikan kenangan ini di dalam memori.

"Penat? Kalau macam tu kita duduk sini dululah." Cadang Faleq. Jaket bajunya dibuka dan dijadikan sebagai alas untuk Rina melabuhkan punggung. Serentak mereka duduk di hadapan laut yang terbentang luas. Bulan dan bintang menerangi bumi sewaktu matahari berehat.

Senyuman masih tidak lekang di wajah Rina. Dia menarik nafas panjang dan dihembuskan melalui mulut dengan perlahan. Satu persoalan muncul dalam fikirannya sewaktu merenung lama.

"Faleq."

"Ya? Kenapa? Kau sejuk ke?" Soalnya risau.

"Taklah. Saya okey aje...cuma pernah tak awak terfikir apa yang ada di hujung lautan sana?"

"Saya selalu tertanya-tanya apa yang ada di sana." Katanya lagi.

Dua alis berjumpa. Muka Rina dipandang lama. Mencari jawapan untuk pertanyaan itu.

Dan dia sudah jumpa bagi jawapan itu.

"Aku tahu apa yang ada kat sana."

"Awak tahu? Biar betul? Bagitahulah saya." Arahnya, sungguh-sungguh. Leher meregang ke hadapan. Mencari-cari apa yang Faleq tahu di hujung lautan sana. Kalau Faleq boleh tahu jadi dia pun mesti tahu tentang itu.

Tersenyum nipis Faleq dibuatnya. Kalau dia duduk lama dengan wanita ini mungkin dia sudah hilang kewarasan.

"Kau tak nampak ke?"

"Macam mana nak nampak? Jauh tu."

"Itulah...nampak tak?" Soal Faleq. Jari telunjuk diangkat tinggi menunding ke arah hujung lautan.

"Mana?" Mata dikecilkan tapi masih tidak nampak. Dia mula tertawa kecil. Sangkaannya Faleq mungkin cuba menipu.

"Yang aku cintakan kau."

Diam.

Mata terkelip-kelip kosong. Pandangan mata terus berubah sejurus Faleq meluahkan isi hatinya yang sudah lama terpendam. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Otaknya sekarang ini lag. Tidak dapat memproses data.

Serta-merta tawanya mati. Tersentak dengan luahan cinta daripada seorang lelaki yang baru sahaja dia kenal untuk beberapa bulan ini. Otak cuba memproses semula.

"Faleq, a...awak buat lawak ke? Kalau iya, tak lawaklah." Tuturnya perlahan.

Nafas berat kedengaran dari hujung bibir Faleq. Tapak tangannya yang besar meraup ke wajah. Ayat apa lagi yang harus dia jelaskan tentang apa yang dia rasa?

"Setiap apa yang aku kata, bukanlah sekadar atas bibir. I know that you might be surprised dengan apa yang aku katakan tadi tapi aku jujur. Ikhlas. Tak pernah aku rasa perasaan ni pada mana-mana perempuan. Kaulah orang pertama, Nisrina." Luah Faleq panjang dengan harapan Rina terbuka hati untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya setelah mengalami satu kekecewaan yang amat parah.

Dengan perlahan Rina menjauhkan kedudukannya dengan Faleq tanpa dia sedar. Kepala tertunduk. Merenung butir-butir pantai yang bertaburan. Jantung mengepam darah laju. Entah ini rasa suka atau takut.

"Rina. Aku betul-betul suka dan...sayangkan kau. Aku nak jaga dan lindungi kau seumur hidup aku." Tutur lelaki itu lagi. Dari tadi hanya Faleq yang berkata-kata manakala Rina memilih untuk kekal diam seribu bahasa.

"Saya..." Mata memejam rapat sesaat sebelum dia meneruskan ayat itu.

"Saya tak boleh nak terima awak."

Macam ini rupanya rasa sakit apabila perasaan cinta yang telah diluahkan ditolak begitu sahaja. Marah pun tidak, geram juga tidak. Hairan dengan diri ini. Ayat itu tajam seperti menusuk ke kalbu.

"Kenapa? Sebab kau takut aku main-main dengan kau?" Faleq mempersoalkan. Tidak berpuas hati dengan jawapan perempuan yang berada di sebelahnya.

Kepala menggeleng laju. Bukan itu maksud dia.

"Bukan, tapi saya tak nak rasa dikecewakan lagi. Saya tak tahu isi hati awak yang sebenar-benarnya. Saya tahu awak orang yang baik dan awak mungkin tak akan lukakan hati saya tapi macam mana saya nak percayakan seorang lagi lelaki jika selama 9 tahun saya hanya bermain dengan perasaan saya sendiri?" Matanya mula berkaca ketika menuai kembali kenangan lapuk.

"Tapi aku bukan macam tu."

"Iya, saya tahu awak bukan macam tu  but still, I don't think this is the right time for us."

Sekali lagi cintanya ditolak tidak kurang sepuluh minit.

"Boleh tak kalau awak bagi saya ruang? Atau pun boleh tak kalau kita balik sekarang? Saya kena kerja esok." Ujarnya lantas bangun untuk menyusun tapak menuju ke tempat parkir kereta Faleq. Tidak memandang ke belakang malah dia meneruskan langkah dengan agak laju.

Jauh di sudut hati Faleq, dia akui yang dia hanya cintakan Rina semata-mata untuk melindunginya. Tapi pada masa yang sama dia rasa dia telah mabuk bercinta.

Atau mungkin dia hanya jatuh cinta disebabkan kecantikan yang Rina miliki sahaja? Dia tidak tahu.

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now