Penantian yang amat berat untuk Faleq terus menunggu sehingga keadaan Rina kembali stabil. Dari sejak hari pertama lagi dia sentiasa berada di sisi Rina. Tidak makan malah tidak berganjak jauh daripada perempuan yang sedang terlantar di atas katil hospital. Kepala direhatkan di atas lengannya yang berada di sebelah tangan Rina.
Keadaannya teruk akibat terlalu banyak menghidu asap dari gas yang menyebabkan kejadian semalam berlaku.
"Buat apa kau tunggu dia sedar?" Soal seorang lelaki yang sedang bersandar di tepi dinding. Melihat Faleq yang sedang hampir terlena.
Matanya segar sejurus suara itu seperti yang dia kenali. Lantas, kakinya berdiri tegak menghadap Kamal. Dia rupanya yang berkata-kata tadi.
"Sebab dia akan jadi tanggungjawab aku sepenuhnya. Kau? Mana pergi simpati kau dan mak tak guna kau tu? Sanggup kau tinggalkan Rina seorang diri dalam rumah tu tanpa maklumkam pada bomba? How could you?" Soal Faleq bertubi-tubi. Geram dengan sikap pentingkan diri sendiri mereka berdua.
"Jaga sikit mulut kau tu. Suka hati nak tuduh aku dan mak aku. Kau ingat kitaorang ni berani mati ke untuk selamatkan dia seorang? Memang taklah." Tuturnya.
Naik darah Faleq mendengar jawapan yang tidak masuk akal. Dia terlebih dahulu mendekati Kamal. Bersua muka.
"Tapi sekurang-kurangnya kau patut bagitahu bomba supaya dia dapat diselamatkan lebih awal!" Tidak sempat Kamal ingin mengelak, lelaki itu mencengkam kolar baju Kamal kuat dan jatuh ke bawah, menyembah ke lantai. Sempat dia menjegil tajam dengan mata helangnya.
"Woi! Suka kau aje nak belasah anak orang! Tepi!" Pintas Kuntom seraya menarik anak lelaki kesayangannya itu dekat kepadanya.
"Baguslah, mak dengan anak sama aje. Dua kali lima. Mulai hari ni, kauorang berdua tak dibenarkan untuk minta duit walau sesen sekali pun pada Rina. Kalau aku tahu anak kau atau kau pergi jumpa Rina dekat tempat kerja dia atau mana-mana tempat sekali pun, nahas aku akan kerjakan kauorang. Faham!" Dia menjerkah dua orang yang sedang duduk di atas lantai. Langsung tiada belas kasihan terhadap anak tirinya.
"Awak..."
Mulut terasa amat berat untuk dibuka. Badan pula rasa seperti sedang dihempap dengan batu besar. Oksigen yang dipakai pada mulut, ditanggalkan. Cuba untuk duduk tapi gagal. Bingkas Faleq kembali ke tempat asalnya tadi seraya membantu Rina untuk kembali baring.
Dia masih belum kuat.
"Aku kat sini. Kau dah sedar? Aku panggilkan doktor sekejap." Ujar Faleq. Kepala dijengahkan ke ruang hadapan cuba membuat isyarat dengan memanggil salah seorang jururawat di situ.
"Apa dah jadi...semalam sampai saya masuk hospital?" Dia bertanya. Pelipis kiri diurut.
"Kau terperangkap dalam kebakaran. Aku minta maaf sebab lambat... selamatkan kau." Ucap Faleq dengan penuh serba salah. Birai mata telah bertakung. Gara-gara masalah dia dan Zam, Rina pun terkait sekali.
"Kenapa awak nak minta maaf? Saya bersyukur sangat-sangat yang Allah gerakkan hati awak untuk selamatkan saya masa tu." Katanya lembut. Cuba memujuk Faleq yang sedang menunduk ke bawah.
"Tapi...kau cedera. Kalaulah aku cepat sikit mungkin tak akan berlaku semua ni."
"No... don't say that. Apa yang berlaku semua ni ada sebab. Tak ada kalau-kalau. Okey?"
Faleq mengangguk faham. Bibir menguntum senyuman pabila melihat wajah Rina sekarang ini. Sekarang dia yakin bahawa kebahagian itu rupanya ada di depan matanya.
Setelah bermalam di hospital selama empat hari, akhirnya dapat juga Rina melihat pemandangan di luar. Tudung sarung berwarna kelabu disarung ke kepala. Mujur Faleq sempat membelikan dia tudung sebelum dia keluar hospital.
Kereta Velfire hitam telah tiba di hadapannya. Pintu juga sudah terbuka tinggal untuk masuk sahaja. Tapi apabila dia mengerling ke segenap kawasan, tiada batang hidung Kuntom dan Kamal. Ke mana mereka pergi? Bukan ke Faleq kata mereka berdua baik-baik sahaja? Tapi mana?
"Awak. Mana mak dan abang saya?"
Faleq menghelu panjang.
"Kenapa kau cari diaorang? Masa kau terperangkap dalam rumah dengan api yang membara tu tak ada pun diaorang cari kau. Kau pula nak beria cari dua ekor manusia tu." Desisnya.
"Ish, tak baiklah macam tu. Memang saya pun terkilan bila dengar awak cerita yang diaorang tinggalkan saya tapi diaorang tak ada siapa-siapa lagi." Omelnya.
Dia mengklikkan lidahnya. Kedua tangan disilangkan.
"Tak payahlah risau pasal diaorang. Aku...aku dah sediakan rumah kecil yang baru." Ujarnya.
Terbeliak biji mata Rina. Faleq sediakan rumah untuk dua ahli keluarganya? Baik sungguh jejaka tampan ini!
"Yakah!? Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik awak. Jadinya... sekarang ni awak nak hantarkan saya ke rumah tulah, kan?"
Kening Faleq berkerut. Sejak bila dia kata yang dia akan hantar Rina hidup bersama Kuntom dan Kamal?
"Taklah." Ringkas jawabnya.
"Eh? Habis tu? Saya nak duduk mana? Dengan awak?" Tebaknya seraya menggaru hujung kening.
"Haah. Pandai kau teka."
Sekali lagi mata bulat itu membuntang. Duduk sebumbung? Berdua saja?
"Awak ni jangan main-mainlah. Jawab betul-betul. Tak akanlah kita nak duduk serumah?" Tuturnya.
Kedua belah pipi terangkat. Suka melihat wajah Rina apabila dia berasa risau seperti itu.
"Mestilah...tak. Aku duduk dengan orang-orang yang kerja dengan aku. Jadi kau tak payah risaulah. Tapi kalau kau nak kita berdua aje duduk rumah tu boleh aje."
"Tapi kena kahwin dululah." Usik Faleq dan tertawa kecil. Beg yang dijembit Rina dia mencuri dan terus menyimpan di dalam but kereta.
Memerah muka Rina mendengar usikan itu. Terkelu lidah ini untuk bertutur tapi belum sempat dia hendak mencelah, Faleq sudah menarik dengan bajunya untuk masuk ke dalam kereta.
Mereka berdua duduk di bahagian belakang manakala Taufiq yang memandu dan Ragus duduk di tempat penumpang sebelah lelaki itu. Mereka saling bertukar pandangan dan bercakap melalui mata. Sukalah tu bila Rina berada dekat dengannya. Macamlah mereka berdua tidak tahu. Ceh!
Pemandangan di luar tingkap menjadi tatapan lama untuk Rina tetapi Rina pula menjadi tempat untuk Faleq menatap. Andailah perempuan itu sudah bergelar isteri kepadanya, satu saat pun terasa lama jika tidak melihat wajah itu. Asyik terngiang-ngiang saja.
Sehinggalah Rina bertukar arah dan secara tidak sengaja mata mereka bertembung.
"Awak tengok saya ke dari tadi?" Dia menyoal.
Senyum lebar dipamerkan sebelum menjawab. "Haah. Aku takut kalau aku tak dapat tengok muka kau lagi sejak kejadian hari tu."
Rina mengetap bibir, malu. Rasa bahang pula muka ini. Terasa dirinya sedang dihargai oleh seseorang.
"Tapi saya masih ada kat sini, kan?"
"Memanglah tapi nanti bila semua dah kembali kepada asal, kau mesti dah tak nak jumpa aku lagi."
"Apa maksud awak? Kenapa pula saya tak nak jumpa awak lagi?"
"Tak ada apalah. Tapikan bila aku tengok muka kau...aku rasa macam dah lama kenal kau. Macam seorang perempuan yang pernah aku jumpa dulu." Tutur Faleq. Apabila dia melihat wajah perempuan itu dengan teliti, dia dapat rasakan sesuatu. Seperti mereka pernah berjumpa.
"Macam siapa? Makwe awak ke?" Soalnya, nadanya kedengaran sedikit cemburu.
"I'm not sure. Tapi muka kau macam sama orang yang pernah aku cari sebelum ni."
"Hmmm..." Sahutnya malas. Kalau dia mahu kata yang mukanya sama seperti orang yang pernah Faleq suka, dia tidak mahu dengar. Nanti akan sakit hati.
Lelaki itu tertawa halus. Jelas kelihatan pada wajah Rina yang dia sedang menahan perasaan cemburu. Tiada siapa selain dialah yang Faleq cinta. Tak perlulah untuk dia risau kerana hati ini telah penuh dengan Nisrina.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romantik"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...