bab 14

50 4 0
                                    

Perempuan di sekeliling pinggang yang lagi cantik dan hot pun tidak dipandang Faleq. Tapi kenapalah dia memilih perempuan yang bertudung litup itu. Selalunya jika dia berjalan berselisihan dengan mana-mana perempuan bertutup, dia akan pura-pura buta. Tidak berminat pun.

Tapi sekarang bila-bila dia keluar seorang diri, semua perempuan bertudung dia nampak seperti Rina. Hampir-hampir saja dia mahu menegur tapi apabila dua kali pandang, ternyata bukanlah perempuan yang sedang dia angaukan. Matanya sekarang ini hanya nampak muka Rina sahaja walau ke mana dia pergi.

Muka pak cik yang jual air buah-buahan di sekitar tamannya pun dia nampak Rina. Alkisahnya dia hanya memerukkan diri di dalam rumah sejak mereka berdua berjumpa di taman Ahad lepas. Hanya muka Rina yang ada di dalam mimpi lelaki itu.

"Argh! Kenapa asyik muka kau aje yang aku nampak? Aku nak tidur pun kau still nak datang dalam mimpi aku?" Omelnya sendirian. Bantal di bawah kepala dibawa ke muka. Ditekup kuat.

"Disebabkan kaulah Rina aku jadi macam ni."

Nak salahkan orang lain pula. Walhal diri sendiri yang sedang dilamun cinta tapi tak nak mengaku.

Sudahnya sampai ke pagi dia bersengkang mata. Sesaat dia cuba pejam mata, datang pula Rina dengan gelak tawanya yang manis. Dia tidak boleh tidur walaupun tubuhnya terasa begitu letih.

Nampaknya sudah jam 10 pagi. Sudah tiba masanya untuk dia mencapai tuala mandi dan masuk ke dalam bilik air.
Seusai dia membersihkan diri, tuala kecil yang dibuat untuk mengeringkan rambut basahnya disangkut pada batang leher. Setiap baju yang tergantung pada tempat penyangkut almari dia pilih. Cuba membayangkan adakah sesuai jika dia memakai baju kemeja berwarna merah? Tak naklah, nampak terlalu kacak pula jika dia memakai baju itu.

Untuk pilih baju sahaja sudah hampir setengah jam. Berlambak baju kemeja milik Faleq yang digantung helai demi helaian di dalam almari. Kalau almari itu boleh bercakap, sudah lama ia menyumpah Faleq kerana asyik baju kemeja hitam saja yang menjadi pilihan.

"Black is premium. Lagipun kau terlalu kacak untuk memakai warna lain. Takut perempuan lain pula yang pandang tapi kalau Rina saja yang pandang, hari-hari aku sanggup tukar baju warna lain pun tak apa." Omelnya dan tersenyum nakal.

"Apa...yang aku cakap tadi? Kau biar betul, Faleq? Kau cakap kau sanggup tukar baju warna lain kalau Rina saja yang... pandang?" Mulut ditekup dengan tangan. Tidak percaya dia keluarkan ayat itu. Dia betul-betul tidak betul sejak sedar dari koma.

Kepala digeleng ke kiri dan kanan sambil memakai jam mahalnya. Menuruni anak tangga laju sehinggakan tidak menghiraukan seruan daripada Ragus dan Taufiq. Mereka berdua mahu memanggil tuan mereka untuk bersarapan bersama tapi buat dua orang itu macam halimunan pula.

Kereta Peugeot 408 warna biru gelap menjadi kenderaanya pada hari ini untuk menjemput Rina.

"Tuan jadikan kita ni macam halimunan pula." Ujar Ragus. Mata memerhatikan kereta itu berlalu pergi, keluar daripada garaj mereka.

"Aku dah cakap. Sejak tuan sedar dari koma, dia jadi dah tak betul." Perkataan di akhir bibirnya diperlahankan.

"Sekarang aku percaya kau."

"Tapi nasi lemak pagi ni sedap pula kau masak. Selalu ada aje tak kena." Tutur Taufiq. Ini sudah masuk kali kedua dia menambah nasi di atas pinggan.

"Memanglah sedap sebab aku beli."

"Lah..."


"Mana Faleq, ni? Katanya dah nak sampai. Batang hidung pun tak nampak lagi." Jam di pergelangan tangan dilihat. Asyik dia sahaja yang menunggu lelaki itu.

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now