"Faleq." Satu suara yang amat dia benci suatu ketika dulu sehingga kini. Tangan terasa ringan setiap kali dia lihat wajah Zamrie Sufian walaupun itu ialah pak ciknya sendiri. Sifat benci dan dendam sudah sebati dalam diri lelaki itu sejak dia berusia 19 tahun.
Tiada seorang pun yang bertanya kepadanya jika dia sedang tersakiti. Hanya sebab dia anak kepada seorang mafia, dia kuat? Tidak. Dia juga lemah apabila satu tragedi ngeri menghantui hidupnya. Tubuh ayahnya diselimuti dengan darah yang memancut keluar. Dia sendiri merakam peristiwa itu dengan anak mata. Bagaimana dia boleh lupakan perbuatan yang bertahun dulu dan maafkan Zamrie?
Lelaki itu ialah abang kepada ayah Faleq. Mereka sama-sama menjadi mafia untuk pastikan hidup mereka tidak menjadi zalim dan mangsa kepada orang-orang jahat di atas muka bumi. Tapi sebaliknya abang sendiri yang menzalimi adiknya. Dan, di saat itu Faleq menanamkan satu azam dan kebencian yang amat dalam sama seperti di dasar lautan yang paling dalam.
Figura seorang lelaki tua bertopi jerami sambil menghisap seputung rokok di dalam mulut duduk di laman rumah ketua mafia sambil menunggu kepulangan Faleq selepas menghantar Rina pulang.
Kereta mahalnya diparkir di luar rumah. Belum apa-apa lagi, dia sudah rasa menyampah dengan sikap Zamrie.
Dia menyusun tapak menghampiri Zamrie. Tangan memeluk tubuh. Sedia mendengar ayat dari pihak lelaki tua itu.
"Kamu pergi mana? Lama uncle tunggu di sini. Budak-budak kamu cerita yang bulan lepas kamu kena attack dengan geng Zam. Betul ke?" Soal Zamrie.
Dua kening yang dijongketkan menjawab persoalan itu.
"Teruk?" Soalnya lagi, bimbang.
"Kau nak apa datang sini? Tak malu ke datang sini dengan muka yang tak bersalah?" Bengis.
Tongkat yang disandarkan pada dinding rumah dia ambil. Itu sebagai kakinya yang ketiga. Sudah tua, tidak larat berjalan atau berdiri lama. Menapak perlahan menuju ke arah Faleq.
"Kamu masih berdendam dengan uncle walaupun dah bertahun-tahun benda tu berlalu? Kalah iya, uncle minta maaf untuk kali yang ke-1 juta."
Faleq mendesis kuat. Wajahnya jelas sedang mencemuh kata-kata Zamrie. Maaf? Huh!
"Aku faham. Kau datang sini untuk minta maaf aje, kan? Aku rasa kau dah tahu jawapan aku apa. Perlu ke aku jawab lagi? Tak."
"Dahlah kau muncul tiba-tiba. Buat keputusan untuk jadi ahli mesyuarat pun ikut kepala otak kau, kau nak apa sebenarnya? Kau nak hak ni semula? Take it! I don't mind!" Nadanya naik satu oktaf. Terhinjut bahu Zamrie sewaktu anak saudaranya meninggikan suara kepadanya. Dia dah salah faham tentang ini.
Dia cuba meraih tangan Faleq namun, ditepis kasar. Membuatkan matanya menjegil tajam.
"Bukan macam tu. Uncle tahu yang Faleq mesti pelik sebab semuanya tiba-tiba sahaja. Tapi uncle buat semua ni untuk protect Faleq. I won't let history repeat itself." Tuturnya, lemah. Mungkin dia perlu berlemah lembut dengan anak muda ketika berbicara.
Faleq tersenyum sinis. "Protect? For what? Aku boleh jaga diri aku sendiri. Kau tu sepatutnya lindungi adik kau waktu tu! Bukannya kau tikam belakang dia!"
Jeda.
Pernyataan itu mendiamkan seribu bahasa untuk Zamrie. Dia akui, susah untuk melupakan masa silam apatah lagi itu menjadi satu sesalan terbesar bagi dirinya.
Kepalanya tertunduk ke bawah. Bahunya terasa berat seperti sedang memikul beban batu-bata.
"Sudahlah. Aku dah tak anggap kau macam pak cik aku lagi tapi seorang musuh. Mulai hari ni, kau jangan jejakkan kaki ke rumah aku melainkan ada hal penting." Ujarnya seraya menghayunkan kaki untuk masuk ke dalam rumah. Tetapi apabila teringatkan sesuatu, dia memberhentikan pergerakkannya.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...