Jam di tangan dilirik selang tiga minit untuk pastikan yang mereka bergerak dari sini ke tempat itu dalam masa yang telah Faleq tetapkan. Dia tak mahu masanya lari dengan rancangan asal yang telah dirancang sungguh-sungguh. Teliti. Angin malam ini pula terasa sejuk lain macam tapi tak ada tanda-tanda hujan pabila dia memandang langit gelap itu.
Tangan memeluk tubuh. Zip sweater hitam ditarik sehingga menutup seluruh tubuh. But kereta menjadi tempat dia bersandar seraya menyilang kaki, menunggu Rina untuk keluar. Sudah agak lama dia di dalam tapi lelaki itu memilih untuk berdiam diri kerana dia tahu bagaimana seorang perempuan bersiap.
Tak lama selepas itu, satu figura seorang perempuan muncul di tengah-tengah ruang pintu. Secara tidak langsung Faleq menjatuhkan kedua tangan ke sisi. Mulutnya seakan-akan hampir terlopong luas apabila melihat yang Rina menjembit begitu banyak beg di tangan. Itu belum lagi termasuk beg gendong di belakang. Lekas dia menyusun tapak untuk membantunya.
"Banyaknya beg kau bawa. Kita bercuti untuk tiga hari ajelah." Tutur Faleq dan beri peringatan itu.
Peringatan itu tak diendahkan oleh Rina sehingga dia menyumbat segala macam saiz beg yang dia jembit tadi ke dalam but kereta. Keluhan berat dilepaskan kerana mengah mengangkut beg-beg berat. Faleq masih menunggu sahutan Rina.
"Saya tahu. Tapi ini semua bukan beg saya sorang. Beg saya satu tu aje, yang awak pegang tu hah." Ujar Rina, mulut memuncung ke arah beg kecil yang dipeluk kemas dalam dakapan.
"Satu ni aje? Habis tu, yang dalam tu?"
Rina memilih untuk diam dan tersenyum kucing. Dia mendekati Faleq dan berpaut pada lengan.
Kemudian, ada satu suara yang kedengaran di belakang mereka. Serentak Faleq dan Rina menoleh. Nak jatuh rahang ini melihat Taufiq, Ragus, Hao dan juga Zihad berdiri sebaris sambil tayang muka ceria.
"Beg kitaoranglah, tuan. Tak akanlah tuan dengan Rina aje nak bercuti. Kitaorang ni pun dah lama tak berjalan jauh." Tutur Ragus yang berdiri paling hadapan. Bantal leher berwarna merah jambu disangkut pada batang leher.
"Siapa bagi kauorang berempat izin, huh?!" Soal Faleq geram. Lagi menyampah melihat Ragus senyum yang hampir hilang mata.
"Rina. Isteri tuanlah." Jawabnya.
Kepala itu tunduk ke sisi, melihat wajah Rina dengan mata yang berkedip-kedip tidak berhenti.
"Kenapa...kau ajak diaorang?"
"Sebab ramai-ramailah lagi seronok. Lagipun bila saya cakap kat diaorang yang awak nak bawa saya pergi bercuti, diaorang terus sedih. Agaknya sebab nanti awak berjauhan dengan diaorang kut. Jadi sebab itulah saya angkut diaorang sekali." Jawab Rina dengan nada girang. Dia lagi suka kalau mereka ikut sekali. Barulah meriah!
Mereka berempat mengangguk setuju dengan jawapan Rina.
Tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut-denyut. Hampir pitam tapi tidak. Pelipis kiri dipicit. Dadanya turun naik menarik nafas panjang dan melepaskan nafas itu dengan laju sehingga suara garaunya kedengaran.
"Tapi aku dah plan untuk spend time dengan kau aje." Bisik Faleq, suaranya mendayu.
Rina pula serba salah.
"Saya ikut plan awak. Saya janji akan ada masa untuk kita berdua. Tapi bawalah diaorang sekali. Kita dengan kita, diaorang biar diaorang. Boleh?" Mulut mencebik. Dia cuba berlagak merajuk dan pada masa yang sama sedang memujuk hati suaminya.
Faleq diam agak lama. Wajah empat orang di hadapannya dilihat dan mengeluh kecil.
"Fine. Ikutlah." Jawabnya.
Sekarang, semua ukir senyum lebar sampai ke telinga. Bahagia betul bila Faleq yang selalunya melarang tiba-tiba membenarkan pula. Terima kasih kepada Rina, disebabkanya lelaki itu menjadi lembut hati.
Tak sangka pula sekarang ini dia jadi pembantu kepada anak-anak buahnya. Kalau untuk Rina tak mengapalah tapi dia pula terpaksa tolak troli yang semakin menggunung ke hulur dan ke hilir. Yang lain tukang ambil barang, yang dia? Berdiri dan melanggok di satu sudut, menyembunyikan dirinya di sebalik rak tinggi.
"Apa lagilah yang diaorang nak cari tu?" omel Faleq sendiri sambil matanya yang sudah berat itu melihat gerak-geri anak-anak buahnya mencapai setiap jenis makanan ringan yang ada untuk dibawa.
Rina pun tak mahu kalah juga. Dia sebenarnya malas untuk berhenti dan singgah sekejap ke pusat beli-belah tapi melihat yang lain begitu sungguh-sungguh, dia pun teracun sekali.
Langkah kecil Rina yang penuh keriangan sewaktu menapak ke arah troli itu rasanya sangat bahagia untuk Faleq yang melihat. Wajahnya ceria, tampak begitu bahagia sekarang.
"Happy?" Soal Faleq.
Rina mengangguk. Siapa sahaja tak gembira kalau apa sahaja yang nak, dapat, kan?
Tangannya yang penuh dengan bermacam snek dan air dilihat sepintas lalu. Sebelum dia meletakkan barang-barang itu ke dasar troli, Faleq menghalang tangannya. Ada sesuatu yang mencuri pandangan mata itu. Bukannya dia tak bagi tapi ada benda yang agak janggal baginya. Macam ada sebalang kaca jernih yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Dahi Faleq berkerut halus. Tertanya-tanya apa yang dibawa Rina itu.
"Apa tu?"
"Ini?" Soal Rina kembali, balang bersaiz sederhana yang dimaksudkan Faleq ditunjuk dengan lebih jelas.
"Haah. Kenapa ada bulat-bulat dalam balang tu? Dan kenapa dia banyak air? Warna macam warna lumut pula aku tengok." Ungkapnya. Dia buat muka geli. Kalau betul itu lumut, rasanya dia akan muntah.
"Ini namanya jeruk. Jeruk timun. Mana ada macam warna lumut. Rasa air yang awak kata macam lumut tu masam-masam. Bukan macam lumut hijau tu." Terangnya.
Baru dia faham. Bukan apa, dia tak pernah pula nampak jeruk seperti itu. Kalau jeruk cili, ya. Itupun dalam mangkuk kecil, kali pertama dia nampak sewaktu Rina mengajaknya makan makanan keow teow masa lalu.
"Kenapa tiba-tiba kau nak beli? Nak makan macam tu aje?"
"Entahlah, tekak teringin nak makan. Nampak sedap, saya belilah. Pastu saya ada juga beli keropok kentang ni. Bolehlah makan keropok ni dengan jeruk timun tu. Sedapnya!" Mata pejam rapat, air liur pula sudah terkecur seolah-olah dapat dia rasakan gabungan masam dan masin di dalam mulut. Manakala, Faleq pula bermasam muka. Pelik-pelik saja citarasa isterinya ini. Nak kembang tekak kalau dia yang telan benda itu.
Tali pinggang kereta dibuka lalu membetulkam sedikit kedudukannya sebelum dia tolehkan kepala ke belakang dan mata membulat luas. Tak guna punya anak-anak buah! Lena betul mereka tidur di belakang sambil peluk antara satu sama lain sedangkan dia memandu selama 2 jam dengan mata yang hampir-hampir tertutup. Mujur nyawa mereka masih panjang.
Keluhan kecil dilepaskan pada hujung bibir. Dia kembali ke posisi asal, melihat pula isteri yang juga sedang dibuai mimpi. Kepalanya yang tersungguk-sungguk itu disambut dengan tapak tangan Faleq. Sipi-sipi hujung bibir terangkat dan mengamati setiap apa yang ada pada wajah itu. Dengan perlahan, dia dekatkan wajahnya dengan Rina namun terberhenti apabila ada gerakan kecil. Cepat-cepat dia jarakkan wajah daripada Rina.
"Kita...kita dah sampai ke, tuan?" Soal Taufiq, mata digosok-gosok lemah.
Faleq cepat menoleh ke belakang, memandang kornea milik Taufiq dengan tajam. Lalu, satu jari diletakkan pada bibir, segera memberi isyarat supaya Taufiq tidak bercakap-cakap atau melakukan apa-apa sahaja yang boleh mengejutkan Rina dari tidur.
Walaupun dalam keadaan mamai, dia faham sangat dengan arahan tuannya. Ragus yang memeluk sisinya ditampar perlahan. Cuba mengejutkan dia.
Serentak mereka yang lain pun tersedar dan pintu kereta dikuak. Keluar beransur-ansur seraya itu memasukkan kunci ke dalam tombol pintu yang Faleq beri kepada Taufiq awal-awal tadi.
Di hadapan mereka, ada sebuah homestay yang besar bahkan lebih daripada cukup ruang untuk mereka berenam menginap di situ. Semuanya dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang ada. Kolam renang, kawasan unggun api dan banyak lagilah! Dan kawasan hijau yang mengelilingi binaan besar itu. Faleq memang yakin seratus peratus bahawa Rina akan jatuh cinta dengan tempat ini.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...