Telefon yang asyik berdering dari tadi diabaikan walaupun telah masuk kali yang ke-10. Semua panggilan itu tidak berjawab oleh Faleq. Setiap kali muncul nombor Zam di atas skrin telefon canggihnya, dia akan biarkan ia terus berdering. Tidak rasa terganggu langsung dek penolakan cinta yang dia terima sejak kelmarin. Entah apa lelaki gila itu mahu daripadanya.
Mandi tak basah, makan tak kenyang bahkan tidur tak lena sejak beberapa hari ini. Taufiq, Hao dan Ragus perasan dengan perubahan gaya hidup tuan mereka tapi tetap mengunci mulut. Tak mahu mengagak-agak apa yang berlaku antara mereka.
Selalunya lelaki itu akan menunggu Rina setiap kali jika dia pulang ke rumah selepas bekerja seharian di hospital tapi kali ini tidak. Itu juga menjadi salah satu petunjuk bagi mereka bertiga. Keluar hanya pergi ke gim dan pulang sejurus selesai. Apa lagi dia mahu buat? Tiada apa. Semuanya terasa kosong buat masa sekarang.
Satu notifikasi mesej naik. Skrin diselak ke atas. Mata membaca mesej ringkas yang dihantar oleh Zam baru sahaja beberapa minit lalu.
"Port biasa. Jam 9 malam."
Ringkas dan padat pesanan yang dihantar dari lelaki gila. Rambutnya yang kusut masai diraup ke belakang. Terus mencapai kunci motor untuk bergerak ke tempat biasa mereka selalu berjumpa tanpa anak-anak buahnya.
"Tuan nak pergi mana?" Soal Taufiq yang sedang duduk di atas kerusi meja makan.
"Tak payah sibuk. Kalau apa-apa berlaku, barulah kau boleh tahu." Tuturnya kasar lalu melangkah keluar.
Mereka bertiga sudah masak dengan perangai Faleq yang dingin dan bengis itu. Nak terasa hati pun tidak lagi. Sudah terbiasa.
"Kau nak apa daripada aku, huh?" Soal Faleq seraya menghampiri kedudukan Zam yang sedang duduk di atas but depan kereta. Hanya mereka berdua yang ada di situ.
Zam tertawa sinis. " Kau enjoy dulu view atas bandar ni. Dari atas ni semuanya nampak kecil aje, kan? Manusia pun macam semut."
"Kau tak payah nak bazirkan masa aku. Cakap dengan aku sekarang yang kau nak apa?!" Gerutunya. Kolar baju Zam dicengkam kuat menyebabkan dia tersandar dengan sendiri pada cermin kereta.
Tindakan itu tidak menggeletarkan tulang rusuknya tetapi dia lagi suka melihat wajah Faleq seperti itu.
"Kau tahu aku nak apa, Faleq. Aku tak nak bazirkan air liur aku untuk terangkan apa lagi yang akau nak kata. Kau boleh teka."
Muka Faleq terus-menerus berkerut. Dia tahu yang lelaki gila ini mahukan haknya dalam kedudukan tertinggi dalam mafia. Ingat dia akan berikan kedudukan itu semudah a,b dan c? Tidaklah jawapannya.
Kolar baju dilepaskan kasar. Tubuhnya berpaling daripada muka Zam. Tangan mencekak pinggang seraya bibir mengetap kuat, menahan amarah yang sedang membuak-buak.
Senyuman penuh makna jahat tersorok di sebalik topeng. Dia mahu menguji kesabaran Faleq.
"Aku tahulah yang kau stres kena reject dengan buah hati kau tapi be professional, okey?"
Dush!
Tumbukan kuat melayang dengan begitu ringan sehingga mendarat ke muka Zam. Kalau kuat sedikit lagi mungkin boleh pecah muka lelaki itu. Kali ini dia tidak boleh bertahan lagi dengan sikap Zam.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
عاطفية"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...