bab 43

31 2 0
                                    

Hari demi hari silih berganti dan tanpa pengetahuan Faleq, Taufiq telah memerhatikan setiap langkah dan pergerakan seorang lelaki yang bernama Zihad dari jauh dengan mata helangnya. Setiap apa yang lelaki itu lakukan atau ke mana sahaja dia pergi, Taufiq ada. Peliknya tiada sosok curiga langsung yang dia lihat malah kelihatan biasa. Dia juga ikut sama sewaktu Faleq mengarahkan mereka untuk uruskan beberapa manusia durjana sepanjang waktu itu tapi entah kenapalah hatinya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu di sebalik wajah polos Zihad.

Taufiq menarik topi hitamnya ke bawah sehingga tidak menampakkan jelas kedudukan mata. Topeng muka pula digantung pada kedua belah cuping telinga. Lutut dikendurkan agar ketinggiannya tidak terlihat dari atas rak-rak barang yang tersusun sebaris di dalam pusat beli-belah.

Tangan meraba-raba atas palang sambil mata fokus hanya pada satu target. Cuba pastikan Zihad tidak lari dari korneanya. Namun, nama pun pusat beli-belah, sudah tentunya dia terlepas Zihad buat kali pertama sejak dari hari pertama Zihad dibawa ke rumah pangkalan Faleq.

Dia merengus geram lantas menepuk palang itu kuat sehingga menarik perhatian orang ramai. Sedari itu, dia cepat-cepat menundukkan wajahnya ke bawah dan berlari anak menuju ke tangga kecemasan.

Gagang pintu digenggam lalu ditolak dari dalam. Belakang tubuhnya direhatkan pada pintu. Topeng muka dicabut kemas lalu dibuang ke bawah. Nafasnya tercungap-cungap dek tadi.

"Tak guna! Macam manalah aku boleh terlepas dia? Mesti ada sesuatu ysng tak kena ni." Taufiq bermonolog sendiri.

Awalnya dia tidak mempunyai  apa-apa syak wasangka terhadap Zihad tapi mungkin dia ada rasa itu sedikit, tapi paling ketara sekali sejak dia terbau satu bau yang busuk pada jaket hitam yang tergantung pada penyangkut baju di dinding, dia terus pasang niat untuk mengetahui kebenaran sebenar. Lebih baik dia sediakan payung sebelum hujan.

Di sudut lain yang agak terpencil dan tidak ramai juga yang lalu-lalang di situ, Zihad dan juga satu figura seorang lelaki berketinggian 180 cm ke atas berjumpa dengannya pada hari ini dengan membawa satu niat dan rancangan yang bakal menjadi menjadikan dialah terpaling kuat.

Senyuman sinis dicarik pada bibir. Melipat tangan ke dada. "Kau sempat sorok daripada dia?"

Zihad mengangguk.

"Bagus. Game kita akan bermula tak lama lagi. Inilah peluang untuk kau buktikan yang kau layak jadi orang suruhan aku bila aku dah jadi ketua dalam heirarki mafia." Zam menyusun ayat itu yakin.

"Aku nak kau teruskan apa yang kita buat sekarang. Bila aku dah bagi hint dekat kau, itulah masanya. Faham?"

"Faham. Jadi sekarang ni aku kena ikut ajelah segala telunjuk Faleq tu?"

"Ya. Ikut sahaja macam orang bodoh." Tuturnya dan ketawa sinis. Dia tidak sabar-sabar untuk menanti hari itu tiba. Hari di mana dia menguasai dunia mafia setelah sekian lamanya.


Seusai Rina menerpa keluar daripada bilik bedah, dia terus didatangi oleh seorang budak lelaki kecil yang mungkin lingkungan usianya dalam 6 tahun? Baju scrub masih belum ditukar tiba-tiba sahaja budak lelaki itu muncul di bawah matanya.

Dia mengatur langkah ke hadapan. Berdiri dekat dengan budak itu lalu melututkan kedua-dua kepala lutut ke lantai yang sejuk. Dia menarik hujung bibir ke atas sehingga timbul lekuk pada pipi. Sekarang, dia dapat melihat wajah budak lelaki itu dengan jarak yang dekat dan menyenangkan.

Budak itu berdiam diri agak lama sampaikan Rina sendiri yang meraih tangan kecil itu lalu dipegang. Kening dinaikkan ke atas. Mata budak itu pula berkedip sekali.

Huh? Kenapa ni?

"Adik...sesat ke?" Rina cuba meneka. Manalah tahu budak lelaki itu sesat sewaktu berada di dalam hospital besar ini kerana tiba-tiba sahaja dia meluru ke arah Rina yang baru sahaja selesai membuat pembedahan di dalam sekitar 10 minit lalu.

Faleq Nisrina Where stories live. Discover now