bab 18

49 5 0
                                    

Setelah hampir satu jam menunggu pintu ketibaan terbuka, akhirnya muncul juga batang hidung Doktor Azmin bersama dua bagasi besar di kedua-dua sisinya. Terlalu lama dia menghirup udara negara luar sehingga lupa yang kini dia sudah pulang ke tanah air sendiri. Skarf tebal yang dililit pada leher untuk menghangatkan suhu badannya dileraikan.

Tangan melambai tinggi kepada Faleq yang sedang menunggunya di tempat duduk sambil menyusun langkah besar. Kaca mata hitam diturunkan dari batang hidung lalu diklipkan pada kolar baju kemejanya.

"Apa khabar adikku? Long time no see." Sapa Azmin dan mereka saling berlaga bahu.

"Adiklah konon. Kau kata flight dah sampai dari tadi. Jenuh aku tunggu kau." Keluh Faleq.

"Saja cakap macam tu supaya kau datang awal. Kau ni orangnya bukan menepati janji. Eh, by the way tentang kau dengan Zam macam mana? Betul ke kau pergi hospital? Doktor yang rawat kau tu tahu tak tentang kau?"

"Sabarlah. Tak akanlah aku nak cerita kat sini. Jom, aku ajak kau makan. Nanti aku cerita semua yang terjadi kat sini selama dua bulan kau kat luar negara." Ujarnya. Satu lagi bagasi besar diseret Faleq, mengurangkan sikit beban Azmin.











Air teh tarik panas yang masih mempunyai ribuan buih di atas dihirup Azmin laju. Sedap sungguh air ini. Rindu dengan makanan di Malaysia. Selalunya jika dia berada di Finland, asyik makan makanan dalam tin saja. Susah betul hendak mencari makanan halal di sana tapi apabila sudah pulang semula ke sini  tidak perlulah dia bersusah payah lagi.

Minuman itu dihirup penuh nikmat tapi kenikmatan itu hilang sejurus Faleq membuka lembaran buku yang tebal di dalam ingatan dan bercoret panjang di hadapan mukanya.

Hampir nak tersebur teh tarik panas itu ke muka Faleq. Cepat-cepat mulutnya dilap dengan kain lengan baju. Terbeliak anak biji mata Azmin mendengar cerita panjang Faleq.

Tangan dihentak ke atas meja, kuat. Orang-orang yang berada di dalam kedai mamak itu turut memandang mereka berdua.

"Shhh, kau ni. Orang lain pandang tahu tak?" Pintas Faleq.

"Lantaklah. Sampai macam tu sekali dia buat? Semata-mata nakkan hak kau? Dia tu buta ke? Pekak? Sejak dua tahun lepas dia tu asyik tak puas hati dengan kau. Dahlah rambut tutup sebelah mata." Azmin berleter panjang. Naik berang mendengar cerita Faleq.

Lelaki yang duduk di hadapannya mengangguk kecil. Memang Zam menyimpan dendam terhadap Faleq. Ada sahaja benda yang dia rasa tidak kena apabila berkaitan dengan Faleq Iskandar itu.

"Habis tu, doktor yang rawat kau tu macam mana? Dia tahu apa-apa tentang kau? Yang mencurigakan ke? Bukan apa, perut kau tu banyak kesan parut. Tak akanlah dia tak pelik? Doktor tu lelaki atau perempuan?" Soal Azmin panjang.

"Doktor tu tak banyak tanya. Aku tak pasti sama ada dia tak pelik atau dia sendiri yang tak nak tanya. Dan doktor tu perempuan." Jawabnya dan sebelah pipi terangkat sedikit.

Naik pelik Azmin melihat senyuman itu. Ada apa?

"Yang kau senyum kenapa?"

"Tak ada apalah."

"Hmmm, ini doktor perempuan yang kedua rawat kau. Doktor perempuan yang selamatkan kau dua tahun lalu pun masih tak jumpa lagi. Kau kata kau nak cari dia? Tak akanlah tak jumpa lagi?"

"Buat apa aku nak cari dia lagi? Dia hanyalah orang yang selamatkan aku waktu tu aje. Memang dulu aku beria nak cari dia tapi bila aku fikir balik, tak perlulah. Diakan dah dapat emas. Buat apa aku nak risau lagi. Betul tak?"

Azmin angguk setuju. Betullah apa yang dikatakan oleh Faleq. Sudah lama hal itu berlalu tapi dia masih baik-baik sahaja kecuali diserang oleh puak Zam. Tiada polis atau pun sebaliknnya. Nampaknya perempuan itu betul-betul tutup mulut.







Faleq Nisrina Where stories live. Discover now