Ketukan pada pintu yang bertalu-talu tanpa henti itu menyedarkan mata Rina, segar seperti dia tidak terlelap untuk masa yang lama. Faleq yang baring di sisinya masih lena tidak kedengaran langsung ketukan itu. Kepalanya ditegakkan dan duduk seketika sebelum mencapai tudung nikah pagi tadi. Serentak mereka tertidur dalam posisi memandang antara satu sama lain. Kepala saja hanya direhatkan di atas katil manakala tubuh mereka bersandar pada katil.
Bingkas Rina berdiri dan menyusun tapak. Tombol pintu dipulas. Begitu pintu dibuka, ada dua manusia sedang berdiri tegak di hadapannya. Mata itu segar-bugar tatkala meneliti pakaian yang mereka kenakan. Seperti dua orang pelayan di restoran kelas dunia.
"Eh? Puan Rina...maksud saya, Rina dan tuan tak siap lagi ke?" Soal Ragus hairan apabila melihat yang Rina masih memakai baju yang sama sejak pagi lagi. Caranya mengelarkan dirinya kepada Rina juga berbeza setelah tuannya dan Rina berkahwin.
Rina senyum tipis. Dia pun tidak sedar yang dia terlelap.
"Belum. Saya dan Faleq terlelap tadi." Ujarnya.
Ragus dan Taufiq tersenyum lebar dan memalingkan wajah mereka ke belakang untuk sembunyikan tawa kecil yang masih lagi Rina dapat mendengar.
"Kenapa? Kauorang ada nak cakap apa-apa? Nak cakap dengan Faleq? Saya kejutkan dia se..."
Belum sempat dia mahu habiskan ayat itu, bahunya terasa ada seperti seseorang sedang menyetuh dan dibawa dekat dengannya ke sisi. Dia mendongak, memandang wajah Faleq yang baru sahaja tersedar. Bangun-bangun tidur pun handsome. Macam mana ini?
"Apa ketuk-ketuk pintu bilik ni? Tak ada kerja lain?" Soal Faleq pula.
"Sebab ada kerjalah saya dan Taufiq ketuk tadi." Tuturnya, bernada lembut.
Faleq berkerut halus.
"Kerja apa?"
"Kami dah sediakan candle light dinner ala-ala macam dalam tv untuk tuan dan Rina. Kali ni, Ragus tak masak dan semuanya dah tersedia kat laman belakang. Tinggal untuk tuan dan Rina turun sahaja."
"Jadi, kalau tuan dan Rina dah siap nanti, turunlah." Pesan Taufiq. Mengharapkan Faleq setuju.
Sebaik sahaja lelaki itu mendengar penjelasan daripada Taufiq, dia terus memandang si isteri. Kedua-dua kening dijongket.
"Kau nak ke?"
"Hmmm, mestilah! Diaorang dah susah payah untuk sediakan semua tu." Jawab Rina teruja. Mereka berdua menghela nafas lega.
Faleq mengangguk kecil, setuju. Jika Rina suka, dia pun suka. Tapi jika isterinya kata tidak, dia pun akan jawab benda yang sama.
"Bagi kitaorang masa. Nanti kitaorang turun." Jelas Faleq dan terus menutup pintu di hadapan muka mereka.
Seusai mereka selesai menukar pakaian kepada pakaian yang lebih selesa, anak tangga dituruni satu persatu. Aroma bunga ros merah yang bertaburan di setiap jalan sehingga ke laman belakang mencetuskan reaksi hairan kepada mereka berdua. Lampu-lampu juga malap. Romantik barangkali.
Langkah mereka akhirnya tiba di tempat yang Ragus pesan satu jam yang lepas.
Pokok-pokok rendek yang menjadi tempat teduh di siang hari dihiasi dengan lampu-lampu kecil yang berkelip-kelip. Suasana itu terasa sangat istimewa. Cahaya juga tidak terlalu gelap dan tidak juga terlalu terang.Ada sebuah meja dan juga dua kerusi untuk Faleq dan Rina. Di atas meja itu pula dihiasi dengan beberapa jambak bunga ros yang diletakkan di dalam pasu bunga kecil.
Wajah Rina bersinar. Teruja melihat semua itu. Mulut yang hampir ternganga ditutup dengan belakang tapak tangan. Manakala, Faleq pula ikut tersenyum lebar. Dia memerhatikan hiasan yang tergantung di setiap dahan pokok dan seterusnya mengalihkan pandangannya ke arah mereka berempat yang siap berdiri di tepi untuk mengalu-alukan kehadiran mereka.
Tangan isteri masih dipegang erat dan dibawa jalan ke kerusi. Lelaki itu menarik kerusi untuknya, perlahan. Lalu didekatkan dengan meja. Layanan bak pemaisuri diberikan selayaknya.
Kemudian dia melabuhkan punggung, duduk di hadapan Rina saling bertatapan mata.
"Ahem! Sekali lagi selamat pengantin baru buat tuan dan juga Rina. Hari ni kita nak bagi servis yang selevel dengan restoran lima bintang!" Ungkap Taufiq seraya menghidangkan mereka dua pinggan stik dan juga hidangan sampingan yang dimasak khas oleh seorang chef dan juga doktor iaitu, Azmin.
Ini semua adalah rancangan asal Azmin yang mengarahkan anak-anak buah Faleq untuk persiapkan semua yang telah dia arahkan. Tapi malangnya dia tidak dapat melihat semua itu dek panggilan daripada hospital mendadak. Tahu-tahu sajalah kerja seorang doktor bagaimana.
Mata Rina terpaku pada makanan itu. Kelihatan lazat dan menyelerakan.
"Baiklah, selamat menjamu selera. Ouh! Sebelum terlupa saya juga nak bagitahu yang semua hidangan ni Azmin yang sediakan dan masak sendiri. Jadi jangan risau sebab Ragus dah tak berani untuk sentuh segala perkakas di dapur." Ujar Taufiq sambil berbisik tapi masih dapat Ragus dengar ayat-ayat terakhir dari mulut Taufiq.
Mereka berdua tertawa kecil. Kalau begitu, selamatlah makanan ini untuk ditelan.
Taufiq meninggalkan mereka dan kembali berdiri ke hujung laman bersama yang lain. Agak jauh untuk memberikan mereka ruang supaya dapatlah berbual sesama sendiri.
Pisau dan garfu dipegang. Pinggan itu dibawa dekat dengan bawah matanya. Tapi sebelum sempat pisau dan garfu mendarat ke atas stik itu, Faleq menggantikan stik itu dengan stiknya yang sudah menjadi kepingan dadu bagi memudahkan Rina untuk mengunyah.
Perempuan itu tampilkan senyuman mahalnya. Terharu.
"Sweet betul tuan kita, kan Hao?" Soal Ragus dengan hati yang damai.
"Aku lagi sweet." Sahut Hao.
"Ceh, perasan."
"Saya tak sangka yang diaorang sediakan semua ni." Tutur Rina seraya menyuap masuk stik dadu itu ke dalam mulut.
"Kalau diaorang tak sediakan apa-apa untuk kita, aku akan anggap diaorang tu tak ada perasaan." Sambung Faleq dan terhambur tawa, sama Rina
"Awak tahu tak yang sebenarnyakan saya masih tak boleh nak percaya yang kita dah pernah berjumpa dua tahun lalu. Saya rasa macam mimpi. Mimpi indah. Dari kita mula-mula hampir nak gaduh kat kafe, saya minta tolong awak, awak tenangkan saya, awak buatkan saya tersenyum dan kita kahwin. Cantikkan semua tu?"
"Kalau semua ni mimpi indah semata-mata, aku tak nak bangun dari tidur. Sebab aku takut tak akan jumpa kau lagi." Tutur Faleq dengan senyuman di wajah. Rina membalas senyuman itu.
"Ha, saya nak tanya awak sesuatu boleh?"
"Anything, sayang." Sahut Faleq, tanpa melihat isterinya.
Kali kedua untuk hari ini dia mendengar lelaki itu memanggilnya dengan panggilan manja 'sayang'. Walaupun panggilan itu kedengaran biasa tapi hatinya berbunga-bunga. Dia memejam mata sejenak dan membuka mulut.
"Tadi kan awak kata setiap parut kat perut awak ada kisah dia, kan?"
Faleq angguk. Tangan ralit memotong stik itu.
"Jadi... Awak tak nak cerita ke yang lain?" Dia cuba mengumpan untuk tahu ke semua kisah parut itu.
Wajah Rina dilihat. Keluhan kecil kedengaran di hujung bibir.
"Are you curious with all my scars now?"
"Mestilah! Saya nak tahu semuanya."
"Hmmm, one day I will tell you when the time is right."
"Keep my promise." Jari kelingking dinaikkan lalu ditala di depan mata Rina.
"Fine." Bibir dicebik tapi tetap mengikat janji itu dengan jari kelingking kecilnya.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...