Menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik bedah dengan memakai baju scrub yang disteril bersama beberapa lagi orang doktor termasuk Daus untuk uruskan kes bedah itu akhirnya selesai jua. Jahitan yang terakhir diputuskan dengan gunting. Tepat jam satu pagi, lampu yang berwarna atas pintu bilik bedah bertukar hijau.
Kerusi menunggu di ruang hadapan bilik bedah dipenuhi dengan lelaki-lelaki yang turut datang bersama sekitar beberapa jam lalu. Langkah Rina dipendekkan apabila semua lelaki yang ada di situ menghampirinya rapat.
"Macam mana dengan tuan kami? Pembedahan berjalan lancar?" Soal Taufiq. Jelaslah pesakit yang berlumuran darah tadi itu ialah Faleq. Namun wajah Faleq tidak Rina cam kerana semuanya berlalu terlalu cepat.
"Saya nak bercakap dengan seorang sahaja." Sahut Rina selepas pintu dibuka luas seraya menyilangkan tangan.
"Tak boleh. Kami berenam mesti dengar juga."
"Nak tahu seorang sahaja atau tak nak tahu langsung?" Rina memberikan cadangan. Bukan apa, dia tidak mahu terlalu kecoh di sini jika kesemuanya tahu serentak.
"Fine. Kauorang pergi duduk sana. Biar aku yang dengar." Tutur Taufiq sambil menunding jari telunjuk ke arah kerusi yang mereka duduk tadi. Lantas, mereka akur namun masih memandang wajah Rina dengan tidak puas hati.
"Tuan awak selamat dan pembedahan pun berjalan dengan lancar. Kita pun dah dapat penderma darah sebelum masuk ke bilik bedah tadi. Tapi patient kena diletakkan dalam jagaan unit ICU." Katanya.
"Kenapa pula? Bukan tadi kata semuanya okey? Kami nak bawa tuan pulang."
"Tak boleh. Keadaan dia masih perlukan pemantauan dari masa ke semasa. Jadi untuk beberapa hari ni, dia akan ditahan." Jelasnya.
Taufiq kembali kepada mereka. Cuba berbincang dengan membina bulatan kecil. Suara Ragus yang kuat itu juga tidak kedengaran dek bisikan yang betul-betul lemah.
Mereka kembali semula dengan mensajikan jawapan yang Rina harapkan. Mujurlah anak buah Faleq itu mudah dilentur. Jika tidak, susahlah dia.
Beberapa jam yang lalu...
Macam apa yang dijanjikan orang tua pada malam itu, Faleq telah pun menunggu di tempat yang sama bersama anak buahnya. Menantikan duitnya yang banyak. Dari jauh sudah pun kelihatan dua beranak itu. Wajah mereka tampak gusar. Sugul juga ada. Yang dijembit pada tangan belah kanan orang tua itu ialah beg hitam yang besar.
Mereka menghadap Faleq secara bersemuka lagi. Wajah lebam Zihad diperhati lama oleh Faleq. Sipi-sipi bibirnya tersenyum sumbing.
"Kau kena belasah ke, Zihad? Dengan siapa pula kau pinjam duit?" Soal Faleq dengan nada yang memerli.
Tanpa kata daripada dua orang itu. Hanya beg hitam yang besar dicampak ke bawah mata itu.
"Ambillah duit kau tu. Sekarang ni, aku, anak aku dan kau tak ada apa-apa kaitan lagi." Ujar Hamdan, orang tua itu.
Sebelum Faleq membuka zip beg itu, dia menyuruh anak buahnya untuk menutup pintu gudang. Manalah tahu mereka panjang akal untuk melarikan diri.
"Ragus, kau tengok dalam beg tu. Betul atau tidak jumlah hutang dan sama ada tu duit tipu atau bukan."
Dengan sekali arahan yang dilemparkan sahaja, dia melutut ke simen. Beg itu didekatkan dengan dirinya. Cuba mengintai dengan bukaan zip yang sedikit. Matanya tertancap pada timbunan duit berwarna ungu.
"Macam mana?" Soal Faleq sambil menjongketkan kening.
"Ada, tuan." Sahutnya. Kepala itu diangguk kecil
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...