Tiga sekawan anak buah Faleq duduk semeja dan berkumpul untuk membincangkan hal tadi. Ura-ura kedengaran oleh ahli mesyuarat mafia tadi sebaik sahaja keluar daripada dalam bilik kebal itu. Kebetulan Hao baru sahaja keluar daripada tandas, terus dia pasang telinga dan menyampaikan khabar angin itu kepada Taufiq dan Ragus.
Kentang goreng yang masih panas disuap masuk ke dalam mulut Ragus. Penuh sepinggan, dia saja boleh habiskan seorang. Tidak sampai 10 minit sudah habis. Manalah tidak kena bebel dengan Faleq jika dia tidak main gim.
"Cakaplah apa yang kau dengar." Arah Taufiq.
"Zam dapat separuh undian daripada ahli mesyuarat." Tutur Hao, slang Cinanya kedengaran.
"Ha?! Biar betul. Tak pernah-pernah dia dapat vote, dia ada bayar orang-orang kat situ ke?" Taufiq sendiri sangsi dengan cerita Hao walaupun benar. Ragus pun hampir tercekik. Tidak percaya.
"Ya, betul. Aku rasa Tuan Faleq pun terkejut."
"Habis tu tadi kau cakap separuh undian pada Zam, bermakna 10 undilah? Tuan Faleq? Macam mana?" Soal Ragus pula.
"Undian tu seri. 10:10. Tapi yang lagi mengejutkan adalah Tuan Faleq dapat 11 undian bila pak cik Tuan Faleq, Zamrie pun jadi salah seorang ahli untuk bermesyuarat. Terkejut tak?"
Melopong besar mulut mereka berdua. Terkejut besar sehingga kematian kata. Zamrie pak cik Faleq menjadi salah seorang ahli mesyuarat? Biar betul. Sudah lama dia berehat dari dunia mafia yang kejam ini.
Sudah sedekad yang lalu Zamrie tidak munculkan diri tapi hari ini dia munculkan dirinya sebagai CCTV dalam bilik itu.
"Tapi dia hanya melihat dan mendengar aje apa yang diaorang buat." Kata Hao lagi, sekadar mahu jelaskan ayatnya dengan betul.
"Tuan Faleq macam mana? Aku tak nampak dia lagi." Ujar Ragus.
Panjang umurnya apabila Faleq muncul di hadapan mereka selepas keluar daripada tandas bersama luka dan darah. Wajahnya penuh kerisauan. Hatinya gundah.
Kerusi di sebelah Hao, dia labuhkan punggung. Mata Hao melihat ke bawah. Membulat mata itu apabila sedar yang Faleq mengalami kecederaam yang diabuat oleh tuan badan sendiri.
"Tuan...tangan tuan berdarah." Tutur Hao. Serentak Taufiq dan Ragus memandang ke bawah meja. Meremang bulu roma melihat darah yang begitu banyak dan kilaun kaca di celah-celah luka. Gerunnya!
"Pergilah ambil first aid!" Arah Taufiq. Dia menukar tempat duduk dan cuba membasuh luka tuannya dengan air.
Tapi tangan itu ditepis kasar. Wajahnya bengis.
"Tak payah. Aku boleh rawat sendiri. Letak aje first aid kat dalam bilik aku." Arahnya. Perlahan-lahan Hao menyusun tapak untuk naik ke tingkat atas dan meletakkan first aid itu di dalam bilik Faleq.
"Kenapa ni, tuan? Tuan bergaduh dengan Zam ke?" Soal Taufiq.
Soalan itu tidak terjawab.
"Tuan?"
"Boleh tak kau diam sekejap? Kepala aku tengah kusut." Arahnya, keras. Terus terdiam Taufiq. Dia tidak beraninya bertanya lagi bila jelingan tajam dilemparkan kepadanya.
Dia bangun lalu menapak ke luar. Helmet motornya di bawa sekali untuk berjumpa dengan Rina selepas melihat begitu banyak misscall dan satu mesej daripada Rina yang berbentuk location.
Tidak mahu sesak di dada, dia keluar untuk menenangkan fikiran. Dengan kemunculan Zamrie yang secara mengejutkan dan ugutan yang diberikan Zam tadi sudah pun mengacau otaknya. Sakit hati bila kenang semula ayat-ayat Zam. Mahu merobek-robek mulut lelaki itu.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Storie d'amore"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...