Lukisan harimau ganas yang seakan-akan hidup dibawa turun. Tangan didepakan lalu memeluk sisi kiri dan kanan gambar itu dengan cermat sebelum disandarkan pada dinding. Sawang yang hidup di atas itu ditiup kuat hingga jatuh ke atas kepala Hao yang kakinya masih kukuh menahan bingkai gambar baharu yang bakal menggantikan lukisan itu di atas kepala lutut.
"Woi! Kau ni main tiup aje. Jatuh atas kepala aku!" Lantang Hao dan mendongak kepala memandang Ragus di atas tangga.
Malah Ragus meletuskan tawa kecil. Sengaja barangkali.
"Maaflah, sengaja. Cuba kau jengket sikit kaki tu. Aku tak sampailah nak sambut wedding frame Tuan Faleq dan Rina." Arahnya. Kedua-dua tangan dibuka luas untuk menerima bingkai gambar yang lebih besar daripada mereka.
"Jangan nak perli ketinggian aku, Ragus. Kalau aku jengketkan kaki aku lagi sikit, risau aku boleh jadi ballerina aje. Pastu masuk olimpik. Kaulah tunduk sikit." Balasnya. Hujung jemari kakinya sudah memerah dan kebas.
"Haih...bolehlah tukar bidang lepas ni. Nanti aku bagitahu tuan, ya?" Usiknya dan ketawa besar. Bingkai gambar itu terus disambut Ragus dan disangkut pada paku yang telah ditebuk. Sedikit ke kiri, seinci lagi ke kanan dan sempurna! Tegak sudah bingkai itu. Nampak lebih elok di situ jika hendak dibandingkan dengan gambar harimau tadi.
Dahi yang bercucuran peluh dilap dengan lengan baju. Tangan mencekak pinggang melihat betapa indah dan sempurnanya dua pasangan sejoli itu. Sumpah dia tidak menyangka Tuan Faleq mereka jauh lebih romantik dari apa yang mereka jangkakan.
Siku Hao di sisi disenggol. Cuba mendapatkan perhatian dan fokusnya.
"Kau tengok tuan kita dalam gambar tu. Romantik, kan? Tak sangka Tuan Faleq boleh angkat Rina seringan dan semudah itu. Ish, dua-dua nampak cantik dan kacaklah!"
"Betul. Aku setuju dengan kau. Aku tarik balik kata-kata aku waktu candle light dinner tu." Sahutnya dan ikut lalai dengan kahayatan yang ada dalam bingkai tersebut.
Bunyi hon kereta di luar pagar mematikan hayalan dan bergegas mereka berdua menjengah di ruang pintu seperti dua anak kecil yang menanti kepulangan seorang ibu. Namun, sebaik sahaja kereta itu bergerak ke hadapan sedikit dan nombor kereta juga semakin jelas di kornea mata, pintu pagar pun terbuka luas. Menyambut kehadiran seorang perempuan yang bertumit tinggi, rambut hitam pekat dan panjang yang lurus kelihatan rapi, gaun pendek paras lutut hitam berkilat dikenakannya pada hari ini.
Kaca mata hitam ketika itu utuh dipakai, ditanggalkan lalu disimpan ke dalam beg tangan yang dijembitnya. Menghadiahkan senyuman paling lebar kepada Ragus dan Hao. Dia dan anak-anak buah Faleq sudah terbiasa untuk berlaga pipi dan bersalaman. Maklumlah, dia sudah mengenali mereka sejak awal-awal Faleq menjadi mafia.
Dan, 'dia' itu ialah Melissa.
"Kauorang berdua apa khabar? Mana Faleq?" Baru sahaja tiba sudah bertanyakan keberadaan Faleq.
"Tuan kat atas. Sejam yang lalu baru aje dia balik rumah. Tengah siap-siap kut." Ujar Ragus.
Melissa angguk faham. Dua tubuh sasa yang menghalang ruang pintu dipandang Melissa.
"Tak nak bagi aku masuk ke?" Soalnya dengan nada ceria.
Ragus memandang Hao kemudian menolaknya jatuh ke bawah dan selepas itu buat seperti tiada apa berlaku dan masih lagi boleh tersenyum padahal kawannya sudah merengut kesakitan punggung.
"Masuklah, Melissa." Tutur Ragus dan berganjak ke tepi untuk memberi laluan kepada Melissa.
Satu kaki berpijak pada alas kaki dan seterusnya kaki satu lagi. Jika tadi awalnya senyuman segar kekal di bibir, kini layu seperti sekuntum bunga yang tidak diberikan perhatian. Ada sesuatu yang mencuri pandangan mata yang bersinar-sinar itu. Mata tidak berkelip. Tidak juga bernafas. Dadanya kekal statik. Beg tangannya pula terjatuh tanpa dia sedar. Dia mendongak tinggi melihat apa yang tergantung dan melekat pada dinding rumah ini.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romansa"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...