Lidah kelu tak terkata tatkala sebentuk cincin perak berada di hadapan matanya sekarang. Apa yang dia rasa dan lihat ini adalah realiti atau dalam mimpi? Sekejap mata menoleh ke sebelah, melihat Faleq yang sedang memegang cincin itu dengan ibu jari dan jari telunjuk. Dia tidak dapat membaca wajah Faleq yang sentiasa melekat dengan senyuman sejak tadi.
"Faleq...apa ni?"
Soalan bodoh apalah yang dia tanya? Sudah terang lagi bersuluh itu adalah cincin. Dan itu mestilah satu lamaran!
Automatik tubuh Rina bergerak refleks lalu berdiri dengan lemah lutut. Masih memandang cincin itu. Lalu, Faleq turut mengubah posisi duduknya dan melututkan satu kakinya benam ke dalam pasir manakala satu lagi kaki menjadi sokongan untuk dia meletakkan siku tangan yang memegang cincin tadi.
Jantung Rina mengempan dengan sangat laju. Dia sudah boleh mengagak apa yang bakal terjadi.
Bibir yang terasa kering dibasahkan dengan lidah. Faleq mengangkat wajahnya memandang Rina. Diteliti setiap apa yang ada pada wajah perempuan itu dengan mesra.
"So...will you complete my...life?"
Wajah Rina terus bertukar seusai Faleq menamatkan soalan itu dengan tanda tanya. Dia tidak pernah terfikir bahawa akan tibanya satu masa, hari ini tiba. Dia mengetap bibir rapat-serapatnya. Lama Faleq menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut perempuan itu. Sama ada ianya apa yang Faleq harapkan ataupun apa yang Faleq berharap tidak akan dengar. Semuanya 50-50.
Kali kedua, Faleq cuba melamarnya sekali lagi.
"Nisrina, aku nak kau yang jadi isteri aku. Seseorang yang selalu dekat dengan aku setiap detik, saat, minit, jam bahkan untuk berabad lamanya. Hanya kau. Tak pernah terlintas dalam hati aku untuk pilih orang lain."
"Sejak hari pertama lagi aku kenal kau, aku jatuh hati pada kau. Dan kaulah perempuan yang paling istimewa bertahkta di hati aku selepas arwah mama aku. Dan untuk sekali lagi, sudi kau menjadi pemilik cincin ini untuk selama-lamanya?"
Argh! Kenapa susah sangat untuk dia buat keputusan? Just say yes!
Faleq berdiri seraya itu membersihkan debu-debu pantai yang melekat pada seluarnya. Cincin itu ditayangkan di hadapan mata milik Rina. Tapi Rina masih lagi berdiam diri.
"Aku faham. Kau mesti speechless dengan lamaran aku, kan? It's okay. Aku tak nak desak kau. Tapi boleh tak kau ambil cincin ni dan bawa pulang? Aku akan anggap kalau kau pakai cincin ni di jari manis kau, itu tandanya kau setuju. Tapi kalau kau pakai cincin ni pada jari telunjuk, bermakna aku kena faham dan hormat keputusan kau." Ujar Faleq. Suara agak bergetar. Menahan sebak di dada.
"Tapi..." Suara Rina tertahan. Cuma
Rina angguk setuju, perlahan. Cincin perak itu dihulurkan pada bawah mata Rina. Dengan berhati-hati dia ambil dari Faleq lalu dilihat sekejap sebelum simpan dengan baik di dalam beg tangannya. Faleq memaksa dirinya untuk terus bertahan dengan senyuman walaupun rasa sakit tak berdarah. Apa pun yang dia dapat daripada keputusan Rina, dia harus tetap terima dengan berlapang dada walaupun awalnya akan sakit.Nisrina duduk termangu di sofa lembut berwarna kelabu asap. Lilitan tudung dileraikan lalu digantung ia pada kepala sofa. Kaki diselunjurkan, kepala direhatkan di atas lengan sofa. Kerlipan lampu berwarna putih yang diletakkan di penjuru ruang tamu menyinari ke segenap ruang itu. Rina menghela nafas panjang. Sekejap dia kembali duduk untuk mengeluarkan cincin yang disimpan tadi kemudian baring semula sambil membawa tangan yang memegang cincin itu ke udara. Kepala mendongak ke atas. Cincin itu dibelek-belek. Kelihatan mahal dan sungguh elegan. Mesti nampak kemas apabila dia sarungkan cincin itu di jari.
YOU ARE READING
Faleq Nisrina
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...